Mata Maya meliar melihat biliknya.

"Siapa kau? Apa kau nak dari aku? Kenapa aku?"

"Amanah terbesar aku ialah menjaga kau. Maria amanahkan aku untuk menjaga kau dan melindungi kau."

"Maria? Maria van Grace?"

"Siti Maria, Maya. Dia penganut Islam."

Perempuan itu tersenyum kecil kepadanya.

"Rina? Tina dan Qi?" tanya Maya kehairanan.

"Matlamat kami semua sama sahaja. Untuk menjaga dan melindungi kau."

"Kau kenal mereka?"

Perempuan itu mendiamkan diri sebentar.

"Ada sebab mengapa Dia menguji kau begini, Maya. Apa yang kau lalui sama seperti apa yang dilalui Maria sebelum ini."

"Grandma macam aku? Adakah kematian Grandma ada kaitan dengan semua yang berlaku pada aku sekarang ni? Grandma mati sebab aku ke? Perempuan yang aku nampak tadi tu Grandma ke?"

"Setiap kebenaran memerlukan kesabaran untuk kita nampak hikmahnya. Perjalanan kau masih jauh, Maya."

"Apa maksud kau? Aku tak faham. Aku penatlah bila semua benda nak berteka-teki dengan aku.

"Sabar, Maya. Sabar."

Maya menundukkan kepalanya. Dia berasa hampa.

"Kau boleh nampak aku dan kawan-kawan aku. Tolong kami untuk tolong Maya."

Langkah ustaz Hakim terus terhenti.

"Kenapa, ustaz?" tanya Eiman, salah seorang pelajar lelaki yang bersama-samanya sebentar tadi.

"Sekejap. Apa maksud kau?" Ustaz Hakim memandang tepat ke arah Mila, kembar dan Selena.

"Mila, betulkah apa yang kita buat ni?" tanya Selena, cuak apabila Mila bertekad untuk berdepan dengan ustaz Hakim itu.

"I tahu apa yang I buat ni, Selena. Kau, manusia yang diberi keistimewaan oleh Dia, kami semua tak boleh mendekati Maya kerana kau dan penghuni lain memagar seluruh kawasan kolej ni tapi kau lupa mahkluk yang sebenarnya mengancam pelajar lain dan Maya tidak terkesan langsung dengan apa yang kau buat."

"Tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah yang Maha Berkuasa. Aku tak nak bersubahat dengan mahkluk yang melakukan kejahatan kepada manusia lain."

Kata-kata ustaz Hakim mengundang tawa Mila dan kembar.

"Siapa yang jahat sebenarnya, ustaz? Manusia atau kami? Kami hanya mahkluk lain yang tidak pernah menganggu melainkan gurauan semata-mata. Manusia yang menyeru kami, manusia jugalah yang menghancurkan kami. Mahkluk yang sedang mengganggu Maya ialah mahkluk laknatullah. Kami mahu melindunginya dengan izin Dia tapi dihalang oleh manusia bodoh yang tidak tahu apa-apa."

Nada Mila mulai berubah tinggi. Dia dapat merasakan sedikit keangkuhan dalam diri ustaz tersebut.

"Kami berdua wujud dengan izin Dia kerana ada manusia yang tamak menjadikan kami berdua sebagai belaannya. Apabila senjata memakan tuan, tuan kami membuang kami seolah-olah kami yang menyesatkan dia, mencanangkan bahawa kami berdua menghasutnya untuk menjadi tamak. Jika manusia benar-benar baik, kami berdua tidak sepatutnya wujud," sambung salah seorang kembar.

"Tuan kami berlaku zalim kepada kami berdua. Sehingga kini kami berdua tidak memaafkan dia kerana menzalimi kami berdua. Sekarang, kami menyayangi Maya kerana dia tiada buruk sangka terhadap kami walaupun mengetahui asal-usul kami sebagai mahkluk ghaib."

PENDIAMWhere stories live. Discover now