8 | memori

855 112 37
                                    

“Ya, bagus. Duit kau aku dah masukkan.”

“Appa?” tegur Chan, mengintai sedikit untuk melihat ayahnya yang sedang berbual menerusi talian. Lelaki dewasa itu memandang Chan dan menundukkan sedikit badannya agar setara dengan ketinggian Chan yang berumur 14 tahun pada waktu itu.

Siapa tu?” tanya Chan.

Takde apa-apa, Chan. Pergi tidur. Dah lewat.”

Keesokkan harinya, Chan ke sekolah. Dia mendapat berita bahawa ayah 'crush'nya meninggal. Lelaki kecil itu membuat keputusan untuk melawat gadis itu tetapi hajatnya untuk menenangkan gadis itu terkubur apabila ada yang lebih awal memberikan bahu buat gadis itu, untuk menangis.

Chan pulang.

“Abang, kenapa abang buat semua ni?!” terdengar suara lantang emak Chan. Lelaki itu baru sahaja hendak memulas tombol pintu, tetapi dia tidak berbuat sedemikian.

“Sebab dia dah hancurkan bisnes abang. Dia patut mati!” tengking ayah Chan, garau.

Chan menyandar pada pintu, mendengar dengan jelas pergaduhan mereka.

Abang tahu tak abang dah jadi pembunuh?! Abang tahu?!”

Mata Chan membulat.

“Kau diam! Aku buat semua ni untuk kau dan anak kita. Park Joonhyun mesti mati!”

Kedengaran suara sedang merintih kesakitan daripada puan Bang. Chan segera mengambil tindakan menjejak masuk ke dalam rumah, menghentikan ayahnya.

Chan memegang tangan emaknya erat dan menarik wanita itu jauh daripada ayahnya, “Apa appa buat ni?!”

Kalau korang berdua nak hidup, tutup mulut kau.”


Sudah pukul 9:58 malam. Batang hidung Chan tidak kelihatan. Eunra menunggu dengan sabarnya di ruang tamu. Kiwoo menemaninya. Gadis itu sekali sekala mengerling ke arah Kiwoo, tahu yang budak itu akan bertukar lagi apabila tiba waktunya.

“Apa yang Chan rahsiakan daripada Eun ni?” keluh Eunra.

“Aku dah cakap, dia bukan boyfren yang terbaik.” celah seseorang membuatkan Eunra terperanjat. Sebaik sahaja mengetahui itu Hyunjin, gadis itu terus membaling bantal kecil yang dipeluknya tadi.

Hyunjin menangkap bantal itu dan tersengih.

“Tak kenaaaa”

“Pergi sanalah. Takde mood ni.” balas Eunra, dingin.

Hyunjin memegang tangan Eunra secara tiba-tiba, menarik gadis itu rapat ke tubuhnya. Puas Eunra bergelut untuk keluar daripada dakapan Hyunjin tapi akhirnya, dia mengalah.

“Waktu umur kau 12 tahun, kau ingat budak yang cium pipi kau?” soal Hyunjin. Tiber.

Eunra menjongketkan keningnya, 'apa kehek pulak ni?'

“Oh, aku lupa. Ingatan kau umur 12 tahun samar, sebagai ganti rugi untuk appa kau.” sambungnya, tergelak sinis.

Eunra meleraikan dakapan itu dan menatap mata Hyunjin sedalam-dalamnya. Dia pernah kenal ke lelaki yang abnormal ini?

“Ogos, appa kau mati. Aku nampak semuanya, aku melawat kau dan aku yang peluk kau saat kau menangis. Aku bukan manusia dan kau pun tahu. Appa kau jumpa dengan aku dalam keadaan roh dan minta untuk hidup kembali.”

Eunra cuba memproses apa yang diperkatakan oleh Hyunjin.

Hyunjin menyambung, “Aku tunaikan hajat dia. Dengan syarat, kau jadi tunang aku dan memori kau selepas kemalangan, lesap.”

“Kenapa kau hilangkan memori aku?” soal Eunra.

“Sebab kau nampak aku, dalam rupa hodoh aku.” kata Hyunjin, segan. Belakang kepalanya digaru.

Eunra terdiam sekejap. Pelbagai soalan muncul di mindanya.

“Jap, kenapa Kiwoo bertukar jadi kau?”

“Sebab ni keluarga aku. Diorang tahu kau tunang aku. Jadi kitorang ambil langkah ni untuk umpan kau ke sini.” jelas Hyunjin membuatkan mulut Eunra ternganga, tidak percaya yang dirinya telah diperdaya.

Muka Eunra kemerahan, “K-kurang ajar!”

“Comel je sayang saya ni.” kata Hyunjin, mencuit hidung Eunra. Mereka berdua kemudian dikejutkan dengan bunyi sesuatu terjatuh. Cepat sahaja pandangan Eunra beralih ke arah bunyi itu.

“Chan?”

Lelaki itu kelihatan terkedu.

Kek yang jatuh ke lantai itu dipandang oleh Eunra. Terbeliak mata Eunra. 'Ah, sudah.'

Belum sempat Eunra mempertahankan apa yang terjadi, Chan terlebih dahulu menarik tangan gadis itu, menjauhkan dirinya daripada Hyunjin.

“Kau nak apa lagi?!” tengking Chan. Buat kali pertama.

Eunra ketakutan. Dia tidak pernah melihat Chan bengis sebegitu.

“Aku nak kau jujur. Jujur dengan Eunra apa yang jadi hari tu.”

”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Past Bedtime | H.HJWhere stories live. Discover now