4 | rahsia

901 107 27
                                    

Pagi keesokannya, Eunra terbangun di atas sofa di bilik Kiwoo. Katil Kiwoo dipandang, budak itu sedang tidur nyenyak. Dia menggosok matanya, tidak percaya yang lelaki dewasa yang dilihatnya itu sudah tiada.

Adakah kejadian semalam satu halusinasi?

Dia bangkit dari pembaringannya. Terasa angin berlaga dengan kulitnya yang mulus secara direct. Belum sempat dia bangun daripada sofa, dia menjerit kecil.

A-apa yang dah jadi??’ getus hatinya, panik apabila melihatkan dirinya yang tidak ada seurat benang pun pada tubuhnya. Segera dia balut tubuhnya dengan selimut yang ada.

Peristiwa malam semalam cuba diingatinya. Tapi gagal. Hanya separuh yang diingatnya. Kenapa dia tidak ingat mengapa dia di dalam bilik Kiwoo?

Ingin tahu, dia segera mencuci dirinya lalu memakai pakaian. Seterusnya, dia mencari Chan. Puas dia mencarinya di tingkat atas itu tetapi kelibat teman lelakinya itu langsung tidak kelihatan. Bukan apa, dia mahu pastikan dia masih tak gila.

“Chan!” tegur Eunra apabila menemui lelaki itu di dapur, apron di tubuh, sedang memasak. Menyediakan sarapan barangkali. Pinggang lelaki itu dipeluk dari belakang.

“Dah bangun dah pun sayang saya ni,” kata Chan penuh senyuman sebelum memusingkan tubuhnya untuk melihat wajah Eunra. Pipi gadis itu ditarik lembut, “How was your sleep, babygirl?”

Eunra tergelak kecil.

It was pelik. Kenapa Eun bangun kat bilik Kiwoo?” perkara yang berlegar dalam fikiran Eun sejak dia bangun pagi itu dikemukakan. Riak muka Chan berubah. Lelaki itu tersenyum kelat.

Dia tidak berkata apa-apa dan terus dengan aktiviti memasaknya.

“Hey, Chan. Kenapa ni?”

Tidak dilayan.

“Chan?”

Hanya bunyi hotdog dimasak memenuhi ruang dapur.

Marah, Eunra berjalan menghampiri Chan dan merampas sudip serta mematikan api dapur. Dia menjeling Chan dengan pandangan tajam.

I need explanation, Chris.” gigi Eunra diketap.

Itulah habit Eunra. Memanggil Chan dengan nama sebenarnya saat dia marah dan menginginkan penjelasan. Chan meraup mukanya dan menghela nafas panjang. Akhirnya, dia menolehkan badannya menghadap ke arah Eunra. Matanya berkaca pada saat itu. Hati Eunra bagai remuk melihat teman lelakinya itu yang merahsiakan sesuatu daripadanya.

I'm sorry, sayang..” ujar Chan hampir berbisik. Lelaki itu mengalirkan air mata jantannya. Air mata Eunra turut mengalir laju. Gadis itu mula menyalahkan dirinya yang gagal mengingati kejadian semalam.

Huwaaaaaa!! Bunyi tangisan Kiwoo menyentakkan pasangan itu daripada adegan air mata. Eunra menyelak rambutnya, stres. Dia kemudian pergi ke bilik Kiwoo. Budak itu diberi susu botol untuk menenangkannya.

Sedang Eunra menjaga Kiwoo, bayangan wajah Chan yang tersenyum kelat itu muncul di kotak fikirannya. 'Chan,,, apa yang Chan sembunyikan daripada Eun??'

Raut wajah Kiwoo ditenung.

Benarkah apa yang dia nampak semalam? Kiwoo bertukar menjadi seorang dewasa lalu menjadi raksasa?

'Mungkin dah tiba masanya aku jumpa doktor tu lagi..' getus hati Eunra. Keluhan terbit daripada bibirnya.


“Awak nampak makhluk yang tak masuk akal?” tanya doktor psikiatri yang bernama Min Yoongi itu sekali lagi untuk mendapatkan kepastian. Eunra mengangguk. Doktor Min mencatat apa yang diterangkan oleh Eunra.

Sesudah sesi bercerita, lelaki itu meletakkan pennya. “Berdasarkan cerita awak ni, saya rasa halusinasi awak semakin kuat. Mungkin kisah silam awak dah menjadikan awak trauma dan mudah berhalusinasi tentang perkara buruk. Takpe, kami akan berikan ubat supaya awak lebih bertenang.”

“Tapi Doktor, saya yakin saya tak berhalusinasi kali ni.”

“Kita akan tengok dalam jangka 2 atau 3 hari ni kalau-kalau kondisi awak akan lebih stabil. Kalau tak, saya akan refer kepada doktor Tuan.” jelasnya sambil membelek dokumen-dokumen pesakitnya.

Dia melangkah keluar daripada bilik rawatan khas itu dengan penuh lemah semangat. Dunianya terasa begitu misteri.

Bzzz!

From: Omma
Eun, blh tak omma nk jumpa Eun?

Past Bedtime | H.HJWhere stories live. Discover now