7 | min yoongi

870 116 25
                                    

Eunra bangun pada pagi keesokannya dengan mata yang cukup sembap. Gadis itu puas meletakkan mekap agar tidak terlampau kelihatan mukanya yang teruk itu. Dia berhajat hendak ke pasaraya sebab susu Kiwoo sudah pun habis.

Mereka berdua, Eunra dan Kiwoo bersiap untuk ke pasaraya. Chan? Lelaki itu sudah awal pagi ke tempat kerja. Dah dapat kerja kan, kenalah cari nafkah.

Eunra dan Kiwoo menumpang teksi untuk ke pasaraya. Setibanya di sana, gadis itu memulakan pencarian barang-barang Kiwoo sementara Kiwoo diletakkan di atas kerusi bayi di dalam troli. Nasib baik budak tu tak banyak ragam.

“Pampers, susu, biskut, tisu basah...apa lagi eh?” bisik Eunra sendiri, cuba untuk mengingat kembali apa yang dia hendak beli.

Budak berumur 3 tahun itu hanya memandang Eunra, dengan matanya yang bulat. Sesekali tergelak. Entah apa yang disukakannya itu. Eunra hanya tersengih melihat gelagak budak comel itu. Kalau Kiwoo, Eunra senyum. Hyunjin? Mungkin tak senyum tapi kaki atas muka terus kut.

Sedang gadis itu sibuk mencari barangan dapur, dia terlanggar seorang pakcik. Gadis itu lekas menolong pakcik itu mengutip buah-buah epal yang jatuh bergolek. Sebaik sahaja dia mengangkat mukanya, dia beku.

A-appa?”

Lelaki berusia itu kelihatan lebih terkejut. Dia segera menolak Eunra tetapi tidak terlampau kuat. Hanya cukup untuk membuatkan gadis itu terganjak kebelakang sedikit dan membenarkan ayahnya beredar dari situ.

Lidah Eunra kelu.

Kakinya juga terpaku pada lantai.

Ikutkan hati, nak je dia lari dan panggil ayahnya itu. Namun, dia terlampau terkejut. Macam mana orang yang enam tahun dia sangkakan telah mati, masih hidup? Apa makna di sebalik semua ni?

Eunra melabuhkan punggung di atas sofa setelah siap mengemas rumah. Kiwoo pula telah lama terlelap. Letih barangkali sewaktu menemaninya membeli barang. Gadis itu mengetuk-ngetuk lembut bahunya untuk mengurangkan lenguh.

Alat kawalan jauh dicapainya dan tayangan televisyen dibuka. Sedang dia ralit, dia kemudian terkejut sendiri.

Dahinya ditepuk, “astaga, APPOINTMENT!”

Segera dia menutup televisyen dan bergegas ke hospital bersama Kiwoo di dalam dukungannya. Ada ke patut dia lupa dia punya appointment? Ish ish.

Di Hospital.

“Erm, Miss. Harini saya ada appointment ngan doktor Min.” ujar Eunra, menghulurkan kad berwarna merah jambu itu kepada seorang jururawat wanita yang berada di kaunter. Wanita itu mengambil kad itu dan meneliti butiran yang tertera di atas kad sebelum memberinya kembali.

“Tempat biasa ye, puan.” jelasnya dan Eunra mengangguk faham.

Gadis itu menapak ke bilik doktor Min tetapi langkahnya mati sebaik sahaja sampai di pertengahan jalan. Dia ternampak kelibat Chan dengan seseorang. Apabila dijenguk dengan siapa, gadis itu dikejutkan pula dengan kelibat doktor Min.

“Kau ni tak habis-habis datang melawat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Kau ni tak habis-habis datang melawat.” kata doktor Min, atau digelar Yoongi secara mesra.

'Eh, diorang kawan rapat ke? kenapa tak pernah tahu?' bisik Eunra di dalam hati. Baru sahaja dia hendak menyampuk perbualan itu, dia terpotong.

“Keadaan Tuan Park, apa khabar?” soal Chan. Gadis itu tidak berniat untuk curi dengar tetapi situasi mereka membuatkan Eunra tertarik.

“Okay je, dengan aku.”

“Pasal duit untuk tanggung dia, kau jangan risau. Aku akan bagi kau. And, thanks Yoongi.” balas Chan membuatkan Yoongi tersenyum menunjukkan gummy smile nya.

“Aku tak sangka kau sanggup lakukan semua ni sebab nak cover parents kau” kata Yoongi, tidak percaya.

Rambut Chan diraut ke belakang, sedikit tertekan. “Aku tak tahu. Bila aku nampak je dia masih hidup, Eunra je yang terlintas dekat kepala aku. Aku taknak Eun dapat tahu ayah dia hidup sebab nanti, dia tahu semuanya.”

“Tapi Eun dah tahu ayah dia masih hidup. Aku yang cakap.” sambung Chan.

“Kau bagitahu dia?”

“Aku takde pilihan. Dia menangis depan aku malam tu, aku taknak cakap hal yang sebenar. Jadi aku buka cerita pasal ayah dia.”

Mata Eunra membulat. 'Apa maksud semua ni?'

“Tuan Park tak tahu kau yang jaga dia selama ni. Dan kau patut tahu dia sedang cari keluarga kau untuk balas dendam. Aku harap kau hati-hati, Chan.” Yoongi menepuk bahu Chan tanda 'goodluck'.

Eunra yang berselindung di sebalik mesin minuman itu hanya tercegat disitu. Kad yang dipegang itu remuk dibuatnya. Gadis itu berlalu pergi dari situ.

ㅡa u t h o rㅡ

terima kasih sebab baca buku yang serba tak masuk akal ni! :")

terima kasih sebab baca buku yang serba tak masuk akal ni! :")

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

belanja abang jinnie bagi love satoo 😂💙

Past Bedtime | H.HJWhere stories live. Discover now