5 | tunang

877 116 43
                                    

“Eun, dari tadi saya cuba nak pujuk Kiwoo tapi dia tetap nangis..” rungut Chan apabila Kiwoo langsung tidak mahu lelaki itu mendukungnya. Eunra yang baru sahaja pulang dari check up, terus mendampingi Kiwoo. Elok je budak tu.

“Chan, boleh Eun nak tahu satu perkara? Satu je. Chan kena jujur.” ujar Eunra sambil menunjukkan jari tundingnya sebagai simbol nombor satu. Chan teragak-agak tetapi dianggukkan saja kepalanya. Yelah, belum tahu soalan, semua boleh angguk.

“Kejadian semalam...betul-betul terjadi kan?”

Lelaki itu sekali lagi berubah air muka. Daripada yang neutral kepada yang alkali sikit. Kepalanya diangguk kecil. Eunra menghela nafas panjang.

'Satu soalan terjawab...' getus hati Eunra.

At least, tahulah yang dia tak berimaginasi.

By the way, sayang...Chan ada interview kerja ngan papa lepas ni. Lepas tu, ada makan malam. Mungkin Chan balik lewat,” ujar Chan, tidak meninggalkan sebarang detail kepada kekasihnya dan menyambung, “Chan janji Chan akan pulang dengan segera lepas dah siap.”

Eunra menguntum senyuman. “Takpe, Chan. Eun okay je sendiri.”

Mata Chan beralih ke arah Kiwoo. Eun takpe, tapi budak itu yang Chan risaukan. Cukuplah dengan peristiwa semalam. Dia terasa tidak berguna dan penyesalan menyelubungi dirinya setiap kali memandang Eunra.

“Kiwoo..dia bukan manusia. Tapi Eun tahu dia takkan lukai Eun.” tutur Eunra penuh konfiden.

Chan tersenyum kelat, kali ini.

Lelaki itu bangkit dari kedudukannya dan mengemaskan kembali baju yang dipakai. Tanpa membuang masa, dia pergi ke interview seperti yang diberitahu kepada Eunra. Gadis yang ditinggalkan itu mencapai fonnya.

To: Chris my love 💙
Good luck my baby 💞🌹

Dia tersenyum lalu menekan contact ommanya pula.

To: Mom
Omma, Eun kena jaga Kiwoo skarang

To: Mom
Omma dtg sini eh? Eun hntr address

To: Mom
[ you've sent your address ]


Knock knock!

Tidak lama selepas itu, Puan Park tiba di perkarangan Hwang. Eunra menjemput emaknya masuk dan memberitahunya yang Kiwoo sudah pun terlelap.

Mereka berdua melabuhkan punggung di ruang tamu.

“Omma tak kerja harini?” tanya Eunra.

“Eun..Omma ada perkara penting nak bagitahu.” Puan Park terus kepada topik yang hendak diberitahunya. Dia kelihatan cemas. Eunra mengusap tangan emaknya lembut, cuba menenangkan wanita itu.

“O-omma nampak appa kamu.”

Dahi Eunra berkerut seribu. Keningnya kalau boleh nak bertangkup sudah. Dia cuba untuk mempercayai Puan Park.

“Omma nampak dia..masih bernafas. Sedang makan di restoran pagi tadi.”

“Omma, appa dah mati. Doktor dah sahkan. Jangan cakap mengarut please.” Eunra berkata, hampir kedengaran biadap tetapi gadis itu penat. Penat dengan perkara pelik yang banyak berlaku ke atasnya. Enam tahun Tuan Park tinggalkannya, tidak mungkin dia abaikan keluarga dan hidup sendiri!

“Eun!” Puan Park separuh berbisik dan meninggikan suara, matanya berkaca. Jelas kerinduan terpancar. Emosinya juga seperti bercelaru.

“Omma yakin itu appa.”

Eun menghela nafas panjang.


Malam menjelma, Eunra mengacau air susu Anlene yang dibuatnya. Kebelakangan ni, belakang dia sakit. Dah tua agaknya.

Gadis itu juga sesekali termenung jauh memikirkan perkara yang telah berlaku. Tambah pulak apa yang Puan Park beritahu.

Dia serabut.

Sebaik sahaja memberitahunya perkara penting itu, puan Park pulang untuk kerja shift malam.

Setelah siap membancuh airnya, dia ke ruang tamu. Televisyen dipasang. Kiwoo? Bersebelahan, tengah mamam biskut Marie.

Memandangkan Kiwoo budak, cerita yang ditonton oleh mereka ialah Omar dan Hana. Nak tengok cerita lain? Mahu menangis budak tu.

Mata Eunra mula kuyu. Kepalanya terlentok ke sebelah. Terasa kehangatan badan seseorang di sisi. Nak kata Kiwoo, takkan sampai pulak bahunya untuk kepalanya dilentokkan. Tak mungkin. Dengan penuh logik, Eunra memikirkan itu Chan.

“Chan, awak dah balik?” dia menggeliatkan badannya dan membuka matanya.

Badannya automatik menjauhkan diri. Daripada duduk tengah sofa, ke hujung sofa. Kalau boleh nak terjun dari belakang.

“K-kau?!”

“Hai, Eun.” sapa lelaki itu, acah macho.

Eunra cuba berlagak tenang buat kali kedua. “Apa kau nak? Kenapa kau gunakan badan Kiwoo untuk berubah? Siapa kau?”

“Kau. Sebab keluarga ni yang buat perjanjian dan aku, tunang kau.” selamba Hyunjin menjawab soalan Eunra.

Tersedak gadis itu. “Tunang? Apa kebende kau ni.”

Dagu Eunra dipegang Hyunjin, lembut. Bibir gadis itu diusap.

“Ya, aku Hwang Hyunjin. Tunang kau.”

“Aku dah ada boyfren.” Eunra menepis tangan Hyunjin dan mengetap bibirnya.

“Lelaki semalam tu boyfren kau? Aku tak rasa dia sayangkan kau. After all, he didn't even bother to stop me.” kata lelaki itu penuh makna dan mengeluarkan ketawa sinis. Tak ubah macam syaiton.

a u t h o rㅡ

lanje gambar kiwoo sikit~ (´•᎑•')♡tomei je budaknya uwu

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

lanje gambar kiwoo sikit~ (´•᎑•')♡
tomei je budaknya uwu

Past Bedtime | H.HJOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz