3 | misteri

969 119 60
                                    

“Sayang, kenapa budak tu nangis lag---” Chan terhenti di separuh ayatnya apabila melihatkan kekasihnya sedang berpeluk dengan seorang lelaki. Eunra yang masih terkejut itu menoleh ke arah Chan dan segera meleraikan pelukan antara dirinya dan Kiwoo. Baru saja dia mahu membuka mulut, Chan sudah pun menghayunkan tumbukan ke muka Kiwoo. Topeng yang dipakai oleh Kiwoo versi dewasa itu retak, menampilkan wajahnya. Mata berwarna turqoise.

“Chan, nooo!! Itu Kiwoo!” Eunra segera menarik Chan daripada terus membelasah Kiwoo versi dewasa itu. Pada kejutan gadis itu, Chan menarik lengannya daripadanya dan berlalu pergi meninggalkan Eunra bersama Kiwoo.

Eunra menbontoti langkah Chan laju tetapi gagal mendapatkan Chan kerana dipeluk sekali lagi. Dia cuba meloloskan diri tapi pelukan itu hanya makin kuat.

“Eun, kenapa kau bawak jantan lain masuk rumah aku? Kau tahu aku tanggungjawab kau kan?” ujar Kiwoo membuatkan Eunra serta-merta terkedu. Kiwoo menghidu bau rambut Eunra persis seorang psiko. Tangan Eunra menggigil ketakutan. Dia memejam erat matanya. Mengharapkan itu semua satu mimpi.

“Eun jangan takut..Hyun sayang sangat dekat Eun. Hyun takkan pernah sakiti Eun.” sambung lelaki itu .

'Hyun..?' bisik Eunra di dalam hatinya.

“Kau s-siapa? Mana Kiwoo?! Apa kau buat dekat dia?!” marah Eunra sekuat hati dan melepaskan dirinya daripada lelaki bernama 'Hyun' itu.

“Kiwoo? Siapa Kiwoo? Aku Hyunjin.” jawab lelaki itu, dengan wajah suci dan seolah-olah tidak mengetahui. Eunra mengambil satu langkah ke belakang apabila Hyunjin menghampirinya. Mereka saling mengambil satu langkah sehinggalah Eunra terjatuh ke atas sofa bed. Hyunjin yang baru hendak merangkak ke atas gadis itu, ditendang kuat di perut membuatkan dia senak.

Eunra bergegas ke pintu dan berlari keluar dari rumah.

Matanya melilau mencari tempat persembunyian. Tiba-tiba, satu tangan merangkul pinggangnya dan memeluknya dengan erat.

“C-chan?”

“Saya taku--” mulut Eunra dicekup oleh Chan. Lelaki itu menghendap dari belakang semak hutan itu. Dia mendapati lelaki yang memeluk Eunra sebentar tadi sedang giat mencari gadis miliknya.

“Eunra...aku tahu kau kat sini. Keluar sayang. Kita bincang.” lembut sahaja nada yang dipermainkan oleh Hyunjin. Chan yang berada di sebelah Eunra sudah mendidih, mahu menghadiahkan sebuah lagi tumbukan.

Dia membuat keputusan untuk keluar dan berlawan dengan Hyunjin tetapi Eunra menghalang kekasihnya itu. Gadis itu membisikkan sesuatu, “Chan, no. Dia bukan lawan awak. Dia bukan manusia.”

“But--”

Eunra menggelengkan kepalanya. Tegas.

I can't afford to lose you. Not anymore, Chan.” sambung Eunra, sebak dek teringatkan kisah silamnya.

Mereka berdua akhirnya memerhati saja Hyunjin yang tidak berputus asa mencari Eunra. Selepas beberapa ketika, Hyunjin mengamuk. Lelaki itu bertukar menjadi sesuatu makhluk yang aneh. Nak kata bear, bukan bear.  Nak kata mamee monster...eh, jauh pulak. 

Kedua-dua mulut Chan dan Eunra ternganga melihat makhluk aneh itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kedua-dua mulut Chan dan Eunra ternganga melihat makhluk aneh itu. Seolah bermimpi sahaja.

“Sayang, kita lari.” cadang Chan sambil memegang tangan Eunra erat.

“Chan, saya babysitter Kiwoo. Saya tak boleh tinggalkan rumah ni selagi keluarga Hwang tak balik!”

“Sayang, itu bukan Kiwoo!” bisik Chan bercampur marah.

“Tapi Kiwoo bertukar menjadi makhluk tu. Saya tak boleh benarkan makhluk tu kuasai Kiwoo!” balas Eunra. Gadis itu kemudian menampilkan diri di pandangan makhluk itu. Takut? Sudah pasti. Tangan gadis itu tidak habis menggigil melihat betapa bengis muka makhluk yang dihadapinya itu.

Eunra menunggu saatnya dirobek-robek oleh makhluk itu tetapi, lain jadinya. Makhluk yang dilihatnya itu mengusap pipinya lembut menggunakan jari kelingkingnya yang sebesar muka Eunra. Chan tergugat. 'Eih, ngade-ngade lak makhluk hodoh ni.'


Past Bedtime | H.HJWhere stories live. Discover now