Bab 19

332 15 0
                                    

"Baguslah semua orang dah ade kat sini. Terasa macam waktu sekolah dulu," ujar Omar. Amar dibawa ke tempat Syaza dan yang lain-lain dikurung dengan matanya ditutup sambil dipimpin Syaza. Mereka menggenggam tangan erat. Setibanya di situ, Amar terdengar tangisan dan jeritan Haikal. Dia mempercepatkan langkahnya namun segera dihalang Omar. "Tak begitu mudah abang nak jumpa mereka," tegurnya pada Amar. Amar berpaling kepadanya dan menolaknya lalu terus memeluk Syaza. Dia membuka ikatan matanya dan bantu  Syaza dengan meleraikan ikatan tali di tangannya. Mereka berlari-lari anak ke dalam. "Berhenti!!!" jerit Omar sambil menghalakan pistolnya ke arah mereka. Amar dan Syaza memberhentikan langkah mereka. Walaupun ada pistol bersamanya namun Amar sedar keadaan belum memihak kepadanya kerana Syaza berada bersamanya. Dia risau Omar mungkin akan melepaskan tembakan pada Syaza. "Jalan," arah Omar. Mereka bertiga masuk ke dalam dan melihat Haikal yang masih menangis meratapi mayat Mai dan Irwan. Mereka juga melihat Anuar yang hanya menundukkan kepalanya, cuba mengelak daripada melihat kiri dan kanannya.

"Ape yang kau dah buat Omar," jerit Amar padanya, melepaskan segala kemarahannya yang telah lama dipendamnya.

"Tak guna abang menjerit. Mereka dah takde lagi kat sini," balas Omar sambil mengasak Syaza ke tilam yang sama dengan  Sofia.

Omar mengarahkan Amar duduk di meja yang telah disediakannya. Jelas terlihat meja tersebut telah dihiasi dengan lilin dan alas meja yang cantik dan sajian yang enak untuk dua orang. "Selamat datang ke candlelight dinner kita abang," pelawa Omar padanya. Amar masih mengawal dirinya. Dari tempat duduknya, dia dapat melihat Haikal dan Anuar yang dibelakangi Omar. Dia cuba memikirkan jalan untuk melepaskan mereka semua termasuklah dirinya. Tiba-tiba Omar meletakkan pistol di atas meja untuk mengalihkan pandangan Amar padanya.

"Abang tahu tak inilah impian adik selama ni,"

"Bunuh kawan kau sendiri kau kata impian? Baik bunuh dirilah,"

"Bukan...maksud adik dapat makan  berdua-duaan dengan abang adalah impian yang selama ni adik idamkan. Mereka semua ni penyibuk je,"

"Orang yang kau kata penyibuk tu semua kawan aku. Kalau betul kau masih berharap pada aku, mesti yang lain takkan kau usik,"

"Abang tak sedar ke yang selama ni adik cube lindungi abang dari gangguan mereka? Cubalah hargai sikit usaha adik,"

"Pergi mampus dengan usaha kau,".

Amar mengapai pisau di atas meja dan menghunusnya ke tangan Omar. Tangannya melekat  ke meja. Dia mengerang kesakitan. Amar segera merampas pistol kepunyaan Omar dan meluru ke arah Haikal dan Anuar. Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah rantai yang mengikat mereka. "Nampaknya 'magik' dia dah selamatkan kita kal," ujar Anuar. Haikal mengesat wajahnya lalu bingkas bangun dengan bantuan Amar. "Jom keluar dari tempat ni," pinta Amar. Haikal dan Anuar memapah Sofia manakala Amar memapah Syaza. Sedang mereka menghampiri jalan keluar, Omar menjerit ke arah mereka. "Nanti!!! Kau semua ingat boleh lepas macam tu je. Ni Omar lah,".

Di sebalik lapik meja yang didudukinya terdapat lagi sepucuk pistol yang tidak diketahui Amar. Dia menghalakan pistol tersebut ke arah mereka. Keadaan sungguh tegang. Jika tersilap langkah, nyawa Amar dan mereka yang lain boleh melayang. "Permainan kau dah tamat Omar. Takde ape yang masih tinggal untuk kau hancurkan lagi," ujar Amar. Amar dan Omar saling bertentang mata. Pistol dihalakan ke arah satu sama lain.
"Selagi aku hidup permainan ni belum berakhir. Aku sayang kau Amar. Takkan kau tak sedar lagi," balas Omar. "Semua orang boleh ade rase sayang Omar tapi sayang kau pada Amar adalah salah," sampuk Haikal. Omar mengalihkan pandangan  ke arahnya. Dia melepaskan tembakan yang tembus tepat ke bahunya. Amar membalas tembakannya dengan menembak lutut kirinya.

"Cepat keluar semua. Aku akan uruskan dia. Turun tangga ni lepas tu jalan terus sampai nampak Dani,"

"Jangan mar, terlalu bahaya untuk kau hadap dia seorang diri. Biar aku teman kau...,"

"...dan biarkan nyawa kita semua diambil dia. Aku tak boleh tengok  orang sekeliling aku mati lagi kal lebih-lebih lagi Syaza. Dia nak aku sorang. Tolong jagakan Syaza dan Sofia sekiranya aku dah takde lagi. Kau dan Anuar saje tempat aku berharap,".

"Aku dengan Haikal janji akan jaga Syaza dan Sofia. Kau pun mesti berjanji kau akan pulang ke pangkuan kami,".

Mereka berpeluk sesama sendiri sebelum pergi meninggalkan Amar seorang diri dengan Omar. Meskipun perit Amar terpaksa jua membuat keputusan sebegini agar Omar tidak mengganggu mereka lagi.

"Buat ape abang suruh mereka pergi? Adik belum selesai lagi dengan mereka,"

"Urusan kau bukan dengan mereka semua tetapi dengan aku,"

Amar memandang ke arah Badrul, Mai dan Irwan. Titisan air mata mulai jatuh membasahi pipinya. Hatinya sayu melihatkan keadaan mereka yang mati dengan cara yang ngeri. Cara yang tak terbayang oleh benak fikiran semua orang. Omar perlahan-lahan bangun dengan lutut yang tercedera.

"Tak perlulah menangis pada orang yang dah takde,"

"Haiwan pun ade hati perutlah Omar, bukan macam kau,"

"Tu haiwan bukan aku. Bagi aku ape yang penting adalah gunakan otak sebaik mungkin jika mahu menggapai kejayaan. Tengok sekarang, dengan buat semua ni aku dapat jumpa dengan kau, kan?"

"Semua ni? Ape maksud kau? Selain yang ade kat sini ape lagi yang kau buat? Beritahu aku,

Dengan kakinya yang sakit Omar berjalan menghampiri Amar sambil berkata "...kau tahu aku yang bunuh mereka bertiga, kau juga tahu aku yg bunuh Naufal dan Fairuz tapi ape yang kau tak tahu adalah pasal Sofia,".

"Kenape dengan Sofia? Kau beritahu sekarang ape yang kau dah buat pade dia...,".

Omar berbisik padanya "aku dah 'tebuk' dia....hahaha,". Amar menggenggam kolar baju Omar. Mereka bertentang mata. Omar hanya tersenyum sinis. "Jaga anak aku baik-baik Amar kalau aku takde," tambah Omar lagi dengan nada sindir. Amar melepaskan tumbukan tepat pada mukanya sehingga tersembur darah dari mulutnya.
Amar hanya lihat Omar rebah ke lantai.

"Terima kasih banyak-banyak Omar,"

"Kenape kau berterima kasih dengan aku? Sebab aku dah tolong bunuh kawan-kawan kau atau sebab dah bagi kau 'anak buah'?,"

"Tidak. Terima kasih untuk segala maklumat yang kau dah cakap tadi,".

Omar tercengang mendengar kata-katanya. Tiba-tiba di melihat Amar mencabut sesuatu dari telinganya. Ianya kelihatan seperti perakam audio yang selalu digunakan dalam penyamaran.

"Segala percakapan kau sebentar tadi telah direkod terus oleh Hamdani. Ini akan dijadikan bukti atas semua jenyah yang kau dah lakukan sekiranya ape-ape berlaku pada kau,"

"Licik sekali permainan kau Amar. Tapi ade satu bende yang aku tak faham. Ape maksud kau dengan 'sekiranya berlaku ape-ape pada kau'? Ape kau nak buat dengan aku?"

"Sama macam ape yang kau dah buat pada yang lain......
.......aku akan bunuh kau,"




-PSIKO- (ANTARA DENDAM DAN KEADILAN)Where stories live. Discover now