Bab 1

1.8K 53 3
                                    

Di sinilah segalanya bermula. Di sinilah tempat mereka berkumpul bersama. Mereka bergelak ketawa, menangis dan bergembira bersama. Tempat untuk menuntut ilmu yang berharga. Namun, disini jugalah sebuah kisah bermula. Sebuah kisah yang tidak pernah terjadi pada sesiapa.

Hari persekolahan telah pun bermula. Ramai muka baru yang mulai melangkah masuk ke sekolah. Bukan sebagai budak sekolah menengah tapi sebagai budak pra universiti. Dengan baju kemeja yang berwarna-warni serta baju kurung yang cantik berseri menyerlahkan lagi gaya mereka sebagai pelajar senior. Tahun ini merupakan tahun yang paling ramai pelajar pra universiti berdaftar di Sekolah Menengah Paya Lebar. Maklumlah sekolah aliran sains, aliran yang paling jarang diminati semua pelajar.

"Baiklah semua  selamat datang saya ucapkan kepada anda yang berjaya meletakkan diri sebagai pelajar pra universiti. Saya berharap dengan tenaga seramai 21 orang ini kita mampu membuktikan bahawa aliran sains juga boleh sukses dan terus maju dalam kehidupan," ucapan diberikan oleh puan Saodah selaku guru penolong kanan tingkatan enam. Sebelum bersurai, mereka diagihkan kepada dua kelas dan ajk khas dilantik.

Amar dipilih untuk menjadi ketua ajk khas tingkatan enam dengan dibantu Haikal dan Maisara sebagai pembantu dan Farah sebagai setiausaha. Mereka sebenarnya telah saling mengenali tika penggal pertama. Kini mereka berada di penggal kedua. Jadi mereka telah kenal potensi mereka masing2. "Kenapa aku yang dipilih menjadi ketua patutnya kau," ujar Amar sambil menunding jari pada Haikal. "Eh kau ni malu-malu kucing pulak. Orang dah bagi ambil jelah,"gurau Maisara. Mereka yang lain menganggukkan kepala tanda setuju."Bukan apa aku tak biasa pegang jawatan tinggi. Kalau silap macam mana?" jelas Amar. "Alah terima jelah. Orang macam kau dah ada pakej lengkap jadi pemimpin. Muka kacak, suara sedap, badan sasa pendek kata semua lengkaplah. Kalau ada masalah kita semua boleh tolong," nasihat Haikal pada Amar sambil menepuk bahunya. Amar pasrah dan hanya merima jawatannya dengan hati yang berat. Namun, disebalik semua itu, ada kelibat yang kurang senang dengan kemesraan Haikal  dan Amar.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula. Pelajar tingkatan enam kebiasaannya akan rehat bersama dengan pelajar tingkatan empat dan lima. Maklumlah kantin kecil tak mampu tampung semua pelajar sekaligus. Seperti biasa Naufal dan Amar akan ke surau untuk menunaikan solat sunat Dhuha sebelum makan. Haikal pula akan ke koperasi untuk berbelanja di sana. Tinggallah Badrul, Fairuz, Anuar dan Omar di dalam kelas. Pelajar lelaki hanya tujuh orang dan yang selebihnya perempuan.

"Geng tunggu apa lagi jom pergi makan," ajak Badrul pada yang lain.

"Pergilah dulu aku takde seleralah," jawab Omar dengan nada yang lemah.

" Kau ok tak Omar? Kau sakit ke?" soal Fairuz.

"Bukanlah aku cuma...." Omar diam seketika.

" Cepatlah cakap aku lapar ni , cuma apa?" seloroh
Anuar.

"Takpelah pergilah makan nanti tak pasal-pasal kebulur pulak," ujar si Omar. Omar merupakan pelajar lompatan. Usianya setahun lebih muda berbandimg mereka yang lain. Walaupun sekelas, mereka tetap melayannya seperti seorang adik.

Sekembalinya tiga sekawan tadi dari kantin mereka terserempak dengan Amar dan Naufal. Fairuz menceritakan pada mereka apa yang terjadi pada Omar. "Aku rasa kau kena jumpa dengan dialah mar. Kalau tidak kita semua tak boleh fokus nak belajar nanti," tegur si Naufal. Mereka yang lain turut bersetuju. "Baiklah," ujar Amar pada mereka.

Waktu rehat sudah pun tamat. Semua pelajar mulai pulang ke kelas. Kini mereka menyiapkan diri untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka. Namun mereka dikhabarkan bahawa puan Suraya, guru Matematik(T) mereka tidak dapat masuk ke kelas kerana hal kecemasan. "Mungkin ini masa sesuai untuk aku jumpa si Omar," bisik Amar sendirian. Dia berdiri lalu menuju ke arah Omar. Mereka yang lain hanya memerhatikan gerak-gerinya. "Omar aku tengok kau macam ada masalah. Cer citer," Amar memulakan perbualan. Perlahan-lahan Omar memalingkan kepalanya ke arah Amar. Wajahnya yang kesedihan sedikit demi sedikit mula menunjukkan senyuman. "Bukan masalah besar pun cuma kenapa mereka pilih kau jadi ketua kenapa tak pilih aku?" Omar mengajukan soalan pada Amar. "Hahaha. Laa... aku ingatkan masalah apalah tadi rupanya pasal ni. Hmmm... aku pun tak tau kenapa aku jadi ketua padahal yang lain lagi berbakat. Tapi ok pe kau jadi ajk multimedia. Dalam kelas ni kau sorang je yang mahir benda2 macam tu," Amar cuba menenangkannya. "Yela aku faham,"  balas Omar. "Kalau macam tu masalah dah selesai. Aku nak sambung buat latihan dulu," ujar Amar sambil beredar dari situ. Mereka yang lain hanya melihat dengan penuh kehairanan.

-PSIKO- (ANTARA DENDAM DAN KEADILAN)Onde histórias criam vida. Descubra agora