"Ala mana la aku nampak bola tu ."

"Tulah . Pendek sangat ." ada suara mencelah . Mail . Adriana terus duduk tegak .

"Macam penguin ." Mail gelak .

"Ha betullah tu ." sokong Wana .

"Dahla , aku balik bilik dulu . Dating lah puas-puas ." Wana senyum ke arah Adriana .

Tinggal mereka berdua dan seorang jururawat bertugas . Nasib baik bukan berdua . Mail duduk di kerusi di sebelah katil Adriana .

"Kenal aku tak ?"

"Hah ? Kenal lah ."

"Nasib baik . Ingatkan dah hilang ingatan ."

Muka Adriana blur .

"Bola tu kena kepala saya ke ?"

Mail mengeluh .

"Nasib baik tak berdarah ke apa . Kalau berdarah nanti , dah satu hal aku nak kena bawak pergi hospital . Patu kos lagi . Hish menyusahkan aku jelah ." marah Mail .

Adriana pelik .

"Kenapa awak yang kena bawak saya pergi hospital ? Bukan orang lain ?"

"Dah kau girlfriend aku . Kalau orang lain , nanti tak boleh dipercayai . Nanti dia buat apa-apa dekat kau...."

Adriana senyum .

"Ey bisinglaa . Bebel je ."

"Eh aku bebel ni untuk kebaikan kau ."

"Yelah . Dah la . Jom balik ."

Mail merungut dalam hati . Susah ni nak jaga budak ni .

"AWAK , saya lapar . Perut nyanyi nyanyi dah ni ." rayu Adriana sebaik sahaja mereka sampai di cafe .

"Nyanyi lagu apa ?"

"Negaraku tapi rancak ."

Mail gelak . Jantung Adriana berdegup kencang . Hensem mamat ni .

"Ha cepat . Kau beli makanan . Aku cari tempat duduk ."

Adriana memandang Mail lama .

"Pahal kau ni ? Aku tau aku hensem . Jangan pandang lama sangat . Hilang hensem aku ."

Adriana terus kembali ke realiti . Malu !!!!! Adriana terus meninggalkan Mail di meja cafe .

"Eh eh ! Tunggu japp ." panggil Mail . Adriana pusing ke belakang . Mail mengeluarkan sehelai not RM20 daripada dompetnya lalu diberikan kepada Adriana .

"Eh , tak payah lah . Saya guna duit saya ." halang Adriana .

"Mak aku pernah kata , kalau keluar dengan perempuan , jangan biar dia belanja guna duit dia . As a gentleman , I won't let you use your own money , honey dew ."

Adriana mengerutkan keningnya . Honey dew ?

"Ha cepatla beli . Kata lapar ."

KETIKA menjamu selera , Adriana perasan ada sepasang mata asyik memerhatikannya . Adriana memandang ke arah mata tersebut .

Afieq .

Adriana senyum .

"Kau senyum dekat siapa ?"

"Takde siapa lah ."

Mail memandang ke arah Afieq .

"Sejak bila gatal ni ?" keras suara Mail .

"Eh apa awak ni ?" 
  
"Boyfriend kau depan ni . Bukan dekat sana ." marah Mail .

Bukan jeles . Tapi tak suka . Beza tu tau .

"Saya senyum je . Bukan buat apa pun . Awak ni ." Adriana gelak dalam hati . Cemburu buta betul .

"Eleh yelah tu . Dah lah . Cepat sikit makan . Aku nak mandi ."

DI dorm ..

Amin ya rabbalalamin ...

"Adriana !"

Ya allah budak ni tak menyempat betul . Tunggulah aku bukak telekung dulu .

"Apa kau ni ?" marah Adriana .

"Pe cite dating tadi ? Dia ada bagi pickupline tak ?" soal Wana .

"Heh , macam biasa ."

"Macam biasa macam dia cakap dengan kau ?"

"Yelah . Kau ingat dia sweet panggil sayang bagai ?" soal Adriana . Wana ni mesti banyak baca novel .

"Hmm ." Adriana geleng kepala .

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Where stories live. Discover now