Chapter 14

345 14 3
                                    

"Vernon?"

Vernon melihat ke arah suara yang bukan milik Dahyun itu.

"Vernon ! Betul la ini awak.. Lama tak jumpa" kata perempuan itu lalu duduk disebelah Vernon tanpa di jemput.

Vernon masih bingung memikirkan siapa perempuan disebelahnya.

"Hey Vernon lupa ke?  Saya Wendy la" kata perempuan yang bernama Wendy itu.

"Wendy?  Oh kita kenal di America. Bila sampai sini?" soal Vernon.

"Minggu lepas..ada kerja sikit dekat S City ni.. Tapi minggu depan balik US" kata Wendy.

"Ver?"

Vernon mengalih pandangan dan melihat Dahyun yang baru balik dari tandas , "sayang mari Ver kenalkan ni Wendy. Dan Wendy ni isteri saya Dahyun"

Wendy yang duduk tadi segera pergi mendapatkan Dahyun.

"Hi"

Dahyun dan Wendy bersalaman. Wendy menarik Dahyun supaya duduk disebelah Vernon manakala dia duduk disebelah Dahyun.

"Waa Vernon.. Bila kau kahwin ni.. Comel pula tu" kata Wendy lalu memegang pipi Dahyun.

"haha adalah.. Rahsia" balas Vernon.

"Dahyun kerja?" soal Wendy pada Dahyun.

Dahyun menggelengkan kepala,  "tak.. Dahyun belajar lagi dekat H University"

Wendy memegang kedua tangan Dahyun,  "Tahniah Dahyun sebab berjaya pikat Vernon"

"huh? Kenapa pula?" Dahyun hairan.

Wendy tergelak,  "Dahyun nak tahu masa di America dulu.. Saya pernah tau nak pikat Vernon ni tapi dia langsung tak tengok saya.  Macam saya tak wujud pula.. Hahaha"

"eh? Yeka" Dahyun tergelak lalu melihat Vernon disebelahnya.

"ya Dahyun.. Boleh dikatakan Vernon ni la lelaki pertama yang saya pernah jumpa, yang sombong gila dengan perempuan" kata Wendy lagi.

Wendy tidak henti bercerita mengenai Vernon sehinggakan mereka berdua sudah penat ketawa. 

"Ehem hari dah lewat ni.. Jom kita balik" kata Vernon yang tiba-tiba mencelah. 

"oh tak sangka lama tahan korang dekat sini. Sorry" Wendy sekali lagi ketawa.

"Bye... Unnie.. Jumpa lagi" kata Dahyun.

"okay.. Nanti ada masa kita keluar berdua je ya" balas Wendy lalu memberikan nombor telefonnya pada Dahyun.

Wendy melihat Vernon pula, "Tahniah Vernon"

"terima kasih.. Kami balik dulu" pinta Vernon lalu menarik tangan Dahyun.

"Bye"

Keesokkannya, 

"Sayang hari ni Ver kene kerja di office" kata Vernon sebaik sahaja menyedari Dahyun sudah bangun dari tidurnya.

Dahyun menggosok-gosokkan matanya,  "oh iya ke?"

Vernon tersenyum melihat Dahyun menghampiri Dahyun,  "sayang kalau mengantuk tidur je la"

"hmm" Dahyun kembali sambung tidurnya.
"Ver pergi dulu" sempat lagi Vernon memberikan ciuman di dahi Dahyun.

Jam 11 pagi, 

"pukul berapa dah ni?" Dahyun tergapai-gapai mencari telefon bimbitnya.

"huh!!  11 ? Gilaaaa!!!" Dahyun melihat sekeliling.

LUCID DREAMWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu