Chapter 1

742 33 1
                                    

{A lucid dream is a dream during which the dreamer is aware that they are dreaming. During lucid dreaming, the dreamer may be able to have some control over the dream characters, narrative, and environment}

"Papa" menitik air mata Dahyun. Walaupun dia hanya anak angkat dalam keluarga Song tapi dia disayangi oleh Papanya.

Dahyun dijadikan anak angkat kerana Puan Song tidak dapat melahirkan anak tetapi selepas 3 bulan Dahyun menetap dengan mereka, Puan Song disahkan mengandung dan melahirkan anak perempuan bernama Chaeyoung.

"Pergi kau dari sini.. Dia bukan papa kau!" marah Chaeyoung lalu menolak Dahyun.

"T-tapi.. " Dahyun melihat jasad tak bernyawa En Song terbaring diatas katil hospital.

"Dahyun sayang... Tolong balik rumah sekarang" kata Puan Song dengan wajah yang serius.

"Baik... Mama" Dahyun bangun lalu beredar pulang.

Ketika Dahyun di grade 1, En Song meninggal dunia dan terpaksa tinggal dengan Puan Song dan Chaeyoung. Macam-macam dugaan menimpanya sehinggalah dia masuk ke Universiti barulah hidupnya sedikit tenang kerana tidak tinggal dengan mereka.

Sudah 1 tahun Dahyun belajar di H University. Kini tiba pelajar baru masuk pula.

"Dahyun ? Kenapa ni?" Soal Mingyu yang merupakan senior sama department dengan Dahyun merangkap boyfriend Dahyun.

"Ah tak ada apa.. Dahyun cuma macam ternampak seseorang yang macam Dahyun kenal antara junior tu" jawab Dahyun.

"Nak pergi dekat ke?" soal Mingyu lagi.

"Ah tak apa la.. Jom kelas dah nak mula" ajak Dahyun.

"oh kau dah boyfriend.. Aku akan rampas dia daripada kau Dahyun" kata Chaeyoung yang ternampak Dahyun memasuki bangunan.

"Chaeyoung jom pergi dewan.. Entrance ceremony dah nak mula" ajak Tzuyu.

"ah jom"

............................................

3 bulan yang lalu,

"Dahyun.. Sudi awak jadi girlfriend saya?" kata Mingyu.

"Senior..." Dahyun pusing membelakangi Mingyu.

"Adakah sebab senior kesiankan saya? Saya selalu di buli.. Walaupun dari sekolah dulu sehingga la dah masuk university ni, tetap juga kena buli" air mata Dahyun menitik.

Mingyu memeluk Dahyun dari belakang, "Tak.. Saya memang dah lama sukakan Dahyun.. Saya akan lindungi awak, saya akan pastikan tak ada siapa berani buli awal lagi"

Dahyun terdiam.

Mingyu memusingkan badan Dahyun supaya menghadapnya, "Dah jangan nangis. Jom kita pergi makan"

Di cafe,

Mingyu memegang tangan Dahyun, "Dahyun nak makan apa?"

Dahyun menjadi malu. Orang-orang sekeliling memerhatikan mereka, "apa-apa je"

"waa tu bukan si Dahyun ke" kata Nayeon.

"Hey Jihyo apa kau nak buat.. Nampaknya kekasih kau dirampas perempuan malang tu" kata Mina pula.

Jihyo menggenggam penumbuk, "tak guna!"

"Jumpa balik nanti" Mingyu melambaikan tangannya sebelum pergi ke kelasnya.

"hmm" Dahyun membalas lambaian Mingyu.

"Da-dahyun ada senior nak jumpa kau dekat taman. Katanya kau tercicir barang" kata Momo kepenatan.

LUCID DREAMWhere stories live. Discover now