Chapter 7

373 31 3
                                    

"Waa rumah ni sama macam dalam mimpi" kata Dahyun sedikit teruja melihat keliling rumah yang 100% seperi dalam mimpinya.

Vernon sekadar tersenyum melihat Dahyun.

"Tuan Muda selamat pulang" kata Ms Gong.
"Ms Gong,  mulai hari ni Dahyun akan tinggal sini" kata Vernon.

"Baik Tuan Muda.  Cik Dahyun mari saya tunjukkan bilik" Tersenyum Ms Gong lalu bawa Dahyun ke biliknya. 

Vernon melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya,  "Teo, siasat kes 3 bulan lepas apa yang terjadi dekat Dahyun"

"Baik boss"

"Cik Dahyun ni biliknya. Cik Dahyun boleh tukar pakaian dulu dan nanti saya panggil untuk makan malam" Kata Ms Gong.

"Baik. Terima kasih Ms Gong" balas Dahyun.

Dahyun segera menghempaskan tubuhnya ke atas katil , "Tiba-tiba rindu pula dekat bilik ni"

"Oh ya rantai" Dahyun segera pergi ke bilik kerja Vernon.

Knock knock

"masuk"

Dahyun perlahan-lahan membuka pintu, "Vernon?"

"Oh Dahyun,  ada apa?" soal Vernon. Matanya masih melekat memandang skrin laptop.

"Busy ke?  Kalau busy saya boleh cakap lain kali" kata Dahyun.

Vernon berhenti menaip dan menutup laptopnya,  "tak.. Cakap je la sekarang"

Dahyun mengeluarkan rantai dari poket dan letakkannya di atas meja,  "nah.. Saya baru ingat. 3 bulan lepas,  saya cuba untuk bunuh diri tapi ditahan oleh seorang nenek ni. Dia lah yang bagitahu mengenai Lucid Dream dan beri saya rantai ni.  Dan nenek tu bagitahu ada seseorang sedang tunggu saya"

'Kenapa sampai nak bunuh diri? Betapa terseksanya awak selama ni?' Vernon bermonolog sambil memandang tepat ke arah Dahyun.

"Dan... Saya agak mungkin lelaki tu.. Awak Vernon" Dahyun tertunduk malu. 

Vernon berjalan menghampiri Dahyun lalu memeluknya,  "ya.. Saya.  Saya dah lama masuk dalam mimpi tu, sampai 1 hari saya nampak awak hari-hari di tepi pantai tu. Jadi saya ambil keputusan untuk mula berkenalan dengan awak"

"satu je saya tak terima. Sampai hati awak kurung saya" Dahyun merungut.

"ahaha tu..." Vernon melepaskan pelukan. 

"sebab rantai tu milik peninggalan Mama.. Sebelum dia meninggal dia tinggalkan rantai tu dan amanahkan saya untuk beri dekat future wife" terang Vernon. 

"itu sebab saya jadi marah bila tengok rantai tu hilang dan ada pada awak" sambung Vernon lagi. 

Dahyun mengalihkan pandangannya dari melihat Vernon,  "Dah la pula tak percaya apa saya cakap"

Vernon menarik wajah Dahyun untuk melihat dia lalu bibir mereka bertemu. (kiss ⁄(⁄ ⁄•⁄ω⁄•⁄ ⁄)⁄   )

Dahyun menolak Vernon,  "saya balik bilik dulu"

Dahyun segera berlari keluar dari bilik kerja Vernon. 

"Damn Vernon,  curi first kiss aku" bebel Dahyun. wajah Dahyun kemerahan. 

Selepas makan malam, 

"Ms Gong terima kasih untuk makan malam ni. Sedap sangat" puji Dahyun. 

"ah terima kasih Cik Dahyun.  Dah lama orang tak puji masakan Ms Gong" kata Ms Gong. 

"Ms Gong  saya masuk bilik dulu.  Selamat malam" pinta Dahyun lalu melangkah naik masuk bilik. 

Di bilik kerja Vernon, 

LUCID DREAMWhere stories live. Discover now