EPILOG 🍑

10.1K 168 0
                                    

"HIBISCUS INTERNATIONAL SCHOOL?" Rhea Ilmelda menyebut nama sekolah swasta yang berwarna hijau putih dan tersergam indah di matanya ketika itu.

"Yes, this is your new school now " Ujar Puan Sri Nur Jasmine sambil mengosok rambut anaknya. Tengku Nur Jasmine merupakan isteri kepada salah seorang tokoh korporat jutawan yang berjaya di Malaysia.

Rhea Ilmelda terpaku dan terus memandang persekitaran kawasan itu. Memang cantik!

"Hello I'm Thalia, Thalia Henderson" Tegur seorang gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Thalia.

Thalia Henderson, sekali lagi Rhea Ilmelda terpaku tapi kali ini dia terpaku dengan kejelitaan yang dimiliki oleh gadis yang bernama Thalia itu.

Jika dilihat secara kasar Thalia Henderson ini pasti orang yang tidak mengenalinya akan menganggapnya sebagai pelancong yang datang melancong ke Malaysia untuk mengisi masa lapang.

"Hello too I'm Rhea Ilmelda and call me Rhea" Balas Rhea Ilmelda sambil tersenyum.

"Thalia ni pelajar tingkatan satu ke?" Tanya Puan Sri Nur Jasmine tersenyum sambil memandang Thalia Henderson.

Thalia Henderson mengangguk mengiyakan pertanyaan Puan Sri Nur Jasmine itu.

Setelah itu, Puan Sri Nur Jasmine menghantar Rhea Ilmelda dan Thalia Henderson ke tempat pendaftaran.

🍑

Suasana di Dewan Floral di mana tempat yang selalunya setiap tahun HIBISCUS INTERNATIONAL SCHOOL membuat majlis prom sungguh bising kerana pelajar-pelajar baru tingkatan 1 akan menghadapi orientasi pada hari itu.

"Okey kids, you all akan dibahagikan dalam kumpulan, one group three person ok" Terang Miss Josephine yang merupakan guru bimbingan kaunseling berbangsa cina di sekolah itu.

Setelah itu, bertambah bingitlah keadaan dewan Floral itu kerana kebanyakan pelajar berebut ingin berada satu kumpulan dengan rakan yang mereka kenali.

Tiba-tiba Rhea Ilmelda merasakan pergelangan tangannya ditarik dengan perlahan oleh sepasang tangan.

"Kita bertiga satu kumpulan tau, stay here" Ujar Thalia Henderson, dia yang menarik tangan Rhea Ilmelda supaya berada dalam satu kumpulan dengannya.

Seorang gadis berambut lurus dan berkaca mata memandang Rhea Ilmelda sambil tersenyum.

"Nama awak apa? " Tanya gadis itu.

"Saya Rhea Ilmelda, tapi awak boleh panggil saya Rhea" Ujar Rhea Ilmelda sambil tersenyum lebar.

"Nama saya Tengku Stephanie tapi biasanya orang panggil saya Stephie" Balas gadis bernama Tengku Stephanie itu tanpa dipinta.

Kemudian Miss Josephine muncul di kumpulan mereka dan memberikan mereka satu biji tablet berjenama apple. Haish kalau dah namanya sekolah swasta pasti semua peralatan yang digunakan haruslah berjenama yang terkenal.

"This is for your group" Ujar Miss Josephine kemudian dia beralih ke kumpulan yang berada di sebelah mereka.

"Rhea tolong simpankan tablet ni" Pinta Thalia Henderson sambil menghulurkan tablet itu kepada Rhea Ilmelda.

Rhea Ilmelda mengangguk sambil menyambut huluran tablet itu.

"Saya ada something nak bagi awak berdua ni" Ujar Thalia Henderson seraya membuka beg yang disandangnya dan mencari benda yang dikatakannya sebentar tadi.

Dua biji gula-gula berperisa plum dihulurkan oleh Thalia Henderson dan disambut baik oleh Tengku Stephanie dan Rhea Ilmelda.

"Thank you Thalia"

"Welcome, sedapkan? " Tanya Thalia seraya membuka balutan gula-gula plum yang berada di tangannya pula.

"Yup"

"Candies ni bukti kita dah jadi bestfriend tahu " Ujar Thalia Henderson, rupanya dia bagi gula-gula plum itu kepada Rhea Ilmelda dengan Tengku Stephanie bukannya ikhlas tapi ada syarat.

"Kalau saya dengan Rhea taknak jadi kawan awak ?"

"Stephie !"

Kedengaran gelak tawa Tengku Stephanie dan Rhea Ilmelda apabila melihat wajah Thalia Henderson yang sudah masam.

"Now, kita akan jadi best friend dan akan tetap bersama walaupun susah dan senang" Ujar Tengku Stephanie tiba-tiba sambil memegang tangan milik Rhea Ilmelda dan Thalia Henderson.

Once again ? ( COMPLETED )Where stories live. Discover now