❤BAB2❤

2.1K 91 7
                                    

Sampai sahaja Kyra di hadapan rumah Maya, dia terus berjalan memasuki perkarangan rumah rakan baiknya itu. Dia memberi salam dan salamnya disambut dari dalam rumah agam itu. Maklumlah, Maya ni anak Dato', memang besar la rumah dia.

Seseorang membuka pintu dan orangnya siapa lagi kalau bukan Maya.

"Weii,sampai pun kau. Ehhh jap, pahal muka kau sembap ni. Baru lepas nangis ehhh." Teka Maya.

"Ni aku nak story kat kau ni. Jom masuk dulu. Rumah kau tak de orang ke?" Soal Kyra selamba.

"Mummy dengan Daddy aku ade hal kat luar negara. Abang aku pergi rumah member dia main game, masuk la."

Mereka berdua berjalan menuju ke ruang tamu dan mereka duduk di sofa rumah Maya. Terus Maya memegang tangan Kyra. "Beb, kau cerita la,kata nak citerr."

"Ehhh makcik ni,memang tak menyabor. Ok ok aku citer". Kyra bercerita dari awal sampaiiiii habis.

" Ehh kejap,tadi kau kata nama dia Khan Hariz kan?"

"Haah,pahal?" Soal Kyra hairan.

"Entah entah......... Ustaz Khan. Ustaz Ice kita tu." Teka Maya.

"Ehhh mustahil lah. Kalau dia bakal suami aku, boleh meninggal kesejukan aku dengan perangai ICE dia tu." Kata Kyra sambil menggosokkan kedua dua belah tanganya tanda sejuk.

Maya yang dengar sudah berdekah dengan 'lawak hambar' Kyra. "Wei, tak lawak dowh, pahal gelak?" Soal Kyra sambil menggelengkan kepalanya." Tak, aku just terfikir Ustaz Khan jadi suami kau je." Kata Maya.

"Mustahil la, ehhh dah dah, tadi kata nak study, awalla." Kata Kyra.

"Ok ok dah jom study. Tapi kau okay tak ni?" Soal Maya yang kelihatan risau itu. "Aku okay je lah. Dah jom teruskan."

Pada petang itu,mereka berdua belajar bersama sama. Setelah habis belajar,Kyra pun pulang ke rumah dengan keadaan yang amat letih. Balik sahaja,dia terus mandi dan solat,selepas itu dia terus membaringkan dirinya di atas katil. Dia mengiring ke kiri dan tiba tiba,dadanya menjadi sebak. Dia terpandang gambar dua orang insan sedang bergambar sambil memegang tangan. Kyra mengambil bingkai gambar itu. Dia merenung figura seorang lelaki di dalam gambar itu.

"Abang, adik rindu abang sangat. Dulu masa abang ada,abang selalu ceriakan adik bila adik sedih.  I really really miss you.

Flashback

" Budak selekeh macam awak mana boleh main dengan budak macam kitorang." Kata seorang budak perempuan dengan angkuh kepada seorang budak yang ingin bermain bersama mereka.

"Alaa,saya nak main dengan awak semua, saya pun ada mainan masak masak juga." Kata budak yang ingin bermain bersama itu.

"Awak tak payah sebok lah. Budak miskin." Lalu budak angkuh itu menolak badan budak yang ingin bermain bersamanya. Lalu budak yang jatuh itu terus melarikan diri dan menyorok di tepi semak sambil menangis.

Sedang budak itu menangis,dia terdengar seseorang memanggil namanya. " Kyra,kat sini rupanya Kyra,penat abang cari,kenapa Kyra menanangis dekat sini? Siapa buat Kyra,cakap dengan abang. Biar abang belasah dia." Kata abang Hafiz sambil menunjukkan penumbuknya.

"Kyra bangun dan terus memeluk abangnya. Dia berkata "Abang,kenapa kita tak kaya macam orang lain. Kyra pun teringin nak kaya macam budak lain. Kyra selalu kena ejek miskin dengan budak lain."
Abang Hafiz terkejut dengan kata kata adiknya. Lalu dia membalas pelukan adiknya." Adik, kita sebenarnya tak miskin,kita kaya dik,kita kaya dengan kebahagiaan yang kita ada. Adik ada abang,mama,papa. Semua sayang adik. Tak guna kita kaya harta kalau kita tak bahagia bersama yang tersayang. Kalau adik nak kaya,adik kena belajar bersungguh sungguh,cari kerja yang bagus, cari kebahagiaan adik. Okay, dah jangan nangis lagi ya, abang belanja adik aiskrim nak?" Soal abangnya setelah berjaya menenangkan Kyra. Kyra mengangguk dan tersenyum." Terima kasih abang. Adik sayang abang."

Ustaz Ais Ku RomantikWhere stories live. Discover now