"Dah tu,apa gunanya saya bagi awak pakai kereta tu?Takkanlah nak bagi awak pakai suka-suka?"

"Bukan apa bos—"

"Tuan"

"Okay bukan apa Tuan.Saya cuma pelik je kenapa Tuan tak minta chauffeur Tuan yang drive kereta untuk Tuan?"

Suasana menjadi sunyi seketika.Soo Min memandang skrin telefonnya.Talian tidak terputus tetapi kenapa lelaki itu tak berkata apa-apa?

Dia ingatkan lelaki itu terlalu sibuk dan dia bercadang untuk memutuskan talian tetapi hasratnya terbatal apabila Taehyung kembali berbicara.

"Dah tu,takkan saya nak tunggu awak masuk kerja tiap-tiap pagi?Saya masuk awal,awak pula yang masuk lambat.Awak tu setiausaha saya,saya perlu tahu schedule saya barulah saya boleh buat kerja.Kalau awak lambat,macam mana saya nak mula bekerja?Saya malas nak cakap panjang lebar,ambil saya sekarang atau saya potong gaji awak," Soo Min mengetap gigi.Banyak songeh betul lelaki ni.Malas nak cakap panjang lebar konon.Tadi dia cakap tu tak panjang lah?

Caught In A Lieeee

"Ya Tuan sekejap lagi saya sampai," dengan itu panggilan tersebut tamat di situ.

Setelah memasuki kereta Mazda 6,Soo Min mengeluh dengan kuat.Sedihnya kereta ini bukan miliknya tetapi harta Taehyung yang hanya sebagai pinjaman untuknya.

Dia menampar dahi berkali-kali.Dah habis berbual dengan Taehyung,baru dia sedar apa yang berlaku semalam.

Dia,
Yoo Jung,
Taehyung,
Pondok bas,
Hujan,
Curang!

"Oh Tuhan kenapa aku berbual dengan dia macam semalam tak ada apa-apa yang jadi?Kau ni dah gila Soo Min..." dia menggeleng kepala.

"Tuan hehe," Soo Min menundukkan badannya tepat 90 darjah apabila menyapa Taehyung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Tuan hehe," Soo Min menundukkan badannya tepat 90 darjah apabila menyapa Taehyung.Lelaki itu hanya memandangnya atau lebih tepat lagi menjelingnya sepintas lalu sebelum duduk di bahagian belakang kereta tersebut.

Wanita yang tadinya mengiringi Taehyung dari pintu rumah hinggalah ke pintu kereta tersenyum kecil.

"Awak mesti Soo Min,setiausaha Taehyung?"

Soo Min mengangguk dengan teragak-agak.Wanita itu...wow!Macam tak percaya yang secantik dewi itu berdiri di hadapannya.

Siapa perempuan ni?Takkanlah dia isteri—

"Saya Kim Saeron kakak Taehyung," kata wanita berambut perang itu sambil tangan dihulurkan,ingin bersalaman dengan Soo Min.

Soo Min ketawa kecil,bodoh sangatlah dia sampai anggap perempuan ni isteri Taehyung.Kalau dah beristeri,takkanlah dia ada hubungan dengan Yoo Jung.Alahai Soo Min~

"Saya Yang Soo Min,selamat berkenalan Cik Kim" Soo Min menyambut tangan Saeron dan ingin berbual dengan wanita itu lagi tetapi dia diberhentikan oleh Taehyung.

"Saya dah lambat.Kak,Taehyung pergi dulu,"

Saeron menganggukkan kepalanya.Tingkap yang tadi diturunkan dinaikkan semula. "Orang dah lambat ada masa lagi nak berbual," rungutnya perlahan.

Tak lama kemudian Soo Min masuk ke dalam kereta.Tangan dilambai ke arah Saeron sebelum enjin kereta di hidupkan.

"Uhh Tuan,pasal semalam tu..."

"Saya tak nak cakap,awak drive je"

Sedang memandu kereta di jalan Seoul yang sibuk,Soo Min ada kalanya mencuri pandang ke arah Taehyung melalui cermin pandang belakang.Lelaki itu kelihatan terlalu fokus dengan dokumen-dokumen yang berada di tangan,seat di sebelah dan di pahanya.

"Ambil gambar kalau nak tengok muka saya lama-lama," kata Taehyung secara tiba-tiba.Mahu nak tersedak Soo Min dibuatnya.

"Maaf Tuan saya tak berniat nak simpan gambar Tuan pun," balas Soo Min.

"Sejak bila awak pandai menjawab ya?" Taehyung akhirnya mengangkat muka dan membalas pandangan Soo Min melalui bantuan cermin pandang belakang.

"Saya jawab je," bisik Soo Min dan kemudian,dia terus mengalihkan pandangan ke hadapan.

"Tak,sejak kebelakangan ni awak macam dah berani tunjuk belang dengan saya.Dan semalam,apa awak kata?Hoi?Gila ke apa?Adab mana cik?"

Soo Min sedikit ternganga,cuba untuk mencari jawapan pada pertanyaan Taehyung.

"Tuan kata tak nak cerita pasal semalam," jawab Soo Min bagi mengelekkan dirinya dipersoalkan berkenaan adab dengan lebih lanjut.

"Tuan kata tak nak cerita pasal semalam,"  jawab Soo Min bagi mengelekkan dirinya dipersoalkan berkenaan adab dengan lebih lanjut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Taehyung tidak berkata apa-apa,sebaliknya dia merenung Soo Min sebelum kembali menyelidik dokumen-dokumen penting di tangannya.

Bagus Soo Min,bagus!Kau baru je buat bos marah.Eh tapi aku pun marahlah..sejak bila pula aku tunjuk belang.Bos tengah emosional ke?

Soo Min menggigit bibir sambil memandang Taehyung buat kali terakhir dan meneruskan perjalanan mereka ke ibu pejabat Crystal Blue.

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now