Lawak sains 2

997 51 9
                                    

Tahukah anda? Belang yang kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula buka sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

______________________

Tomato dan timun adalah buah buahan ya, bukan sayur. Taukeh dan Sawi pula nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

______________________

Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyekat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

_______________________

Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa inggeris yang berakhir dengan bunyi 'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous, hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Firdaus berasa bangga sekejap.


...........................
Tamat......

LAWAKWhere stories live. Discover now