6

7 0 0
                                    


Ini bukan hari baru.

Aku baru pulang dari bertemu pakar yang pernah merawat aku dulu.Waktu aku hilang hampir seluruh warasku ketika dia pergi.Dan seperti jangkaku,aku punya kemungkinan untuk kembali menelan ubatan seperti sebelum dua tahun lalu.

Mengeluh.

Aku tutup novel di tangan.Merenung platform keretapi yang sepi.Sangat kebetulan,tiada sesiapa di sini di ketika ini.Aku suka suasana sebegini.Sunyi.Sedikit janggal kerana riuh selalunya.

"Kenapa mengeluh?"

Aku tersentak.Menoleh ke sisi.

Jantungku meluruh,kaget dengan muncul dia yang tidak terduga.

Dia senyum.

Waktu dia cuba mahu duduk di sisi,aku cepat saja berdiri.

"Dah lama kita tak jumpa,Ara."

"Hadri.."

Wajahnya kusut,berjambang tebal.Iya,dia yang aku lihat waktu di hospital itu.

"Saya dah balik.Rindukan awak dan semuanya."

Anehnya figura di hadapan aku ini.Ada sesuatu..

Tangan aku angkat,cuba menyentuh wajahnya.

"Tangan awak sejuk."

Dia sentuh tangan aku yang melekap di mukanya.Membawa ke genggaman.

Dia..nyata.Hadri yang berada di hadapan aku ini sebuah figura yang nyata.Dua tahun lalu,dia cuma bayang-bayang yang lolos tiap kali aku cuba menyentuh.Tapi,sekarang ini..

"Sayang?"

Dan tubuhku ringan melayang.

Mataku terkatup rapat.

Warm-Coated WishlistWhere stories live. Discover now