4

10 1 0
                                    


"Jangan putus ambik ubat tu."

Ali cuma menjeling sekejap dan terus asyik dengan makannya.

"Nadi,tadi ada orang datang hantar bunga lagi.Hari ni lavender."Aku senyum nipis menoleh pada bunga di dalam balang yang dikirim dua minggu sekali oleh entah siapa.Yang aku pasti,dia peminat Nadi.Aku pandang Nadi bila tiada respons.Dia masih berpura ralit dengan penny board.Aneh.Budak berdua ini langsung tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun sedari tadi.

"Kenapa dengan korang?"

Kedua-duanya menoleh serentak,sesaat sebelum kembali dengan kerja masing-masing.

"Ali.."

Ali bangkit tiba-tiba.

"Nadi,aku balik dulu.Penatlah hari ni."Tanpa sedikit pun mempeduli aku aku di hadapannya.

"Okay."Nadi juga sama.

"Sekejap."

Ali beransur pergi.

Aku sudah gelabah.

"Nadi.."

Dia cuma angkat bahu.

Oh,Tuhan.

"Aku nampak dia.Aku nampak Hadri dekat hospital haritu."

Jantungku meluruh menyebut nama itu.

Bening mataku mulai berair.Tubuhku semerta tergigil.

Ini sebabnya aku tidak mahu beritau mereka.Sebab akan jadi begini.Kawalan perasaan dan tubuh aku melonggar.

"Ara.."

Nadi menyambut aku segera waktu aku mulai mahu rebah.

Ali berpatah semula.

"Dia datang balik.Aku taktahu nak buat apa."

"Ya Tuhan..Ara..aku mintak maaf."Nadi mendakapku kejap.

Ali terpempam.

Kerana dia yang aku sedang cakapkan itu sudah lama mati.Wujudnya dia sudah tiada lagi di atmosfera bumi.

"Tapi doktor kata aku dah okay."

Warm-Coated WishlistWhere stories live. Discover now