Bab 2

6.8K 238 7
                                    

Asyraf Mikael yang sedang mundar mandir di depan rumah sewa perempuan itu hanya mampu menahan sabar dengan perangai Risha yang baginya sudah terlalu lama bersiap, itu lah perempuan bersiap berjam jam mengalahkan nak pergi majlis VIP padahal dia hanya mengajak perempuan itu pergi dinner bersama keluarganya saja.

Bukan dia tidak tahu Risha berdebar hendak berjumpa dengan familynya ,mesti gadis itu tengah berfikir baju apa yang hendak dipakainya .inilah masalah perempuan baju dah penuh dalam almari tapi satu baju pun tidak tahu hendak pakai yang mana.

Sebelum ini Risha selalu saja pergi kerumah Asyraf malah dia sangat serasi dengan Datin syida mummy Asyraf, tapi entah kenapa setiap kali mummy Asyraf ingin mengajak Risha kerumah pasti gadis itu akan menjadi tidak tentu arah hendak dikatakan segan ,tidak juga, tapi entahlah Risha selalu ingin kelihatan cantik dihadapan orang tua Asyraf.

Mummy Asyraf amat menyayangi Risha bahkan dia amat berkenan dengan perwatakkan Risha, pertama kali dia membawa Risha kerumahnya dia dapat melihat betapa bahagia nya mummy. Risha juga sangat rapat dengan Hana kepala masuk airnya.

"Apalah yang minah ni dok belek- belek lama sangat.muka dah lawa nak lagi berhias bagai. ishh nak bagi siapa tengok."
rungut Asyraf seorang diri.

Bukan dia tidak tahu perangai Risha yang tidak suka bermakeup berlebih tapi saja dok belek baju mana sesuai nak pakai.lagipun jika Risha bermakeup berlebih dia tidak akan benarkan. baginya cukup Sekadar memakai yang simple saja.
Pantang baginya jika gadisnya itu melawa sakan.senang saja aura cemburunya itu keluar.malah dia akan tuduh Risha yang bukan -bukan.melawa,biarpun setakat nak ke kolej sekalipun dia cukup tidak gemar dengan keadaan itu.

Sedang diri berperang dengan perasaan sendiri dia dikejutkan dengan satu teriakan dari dalam rumah gadis itu, bergegas dia membuka pintu lalu masuk kedalam rumah gadis itu, melilaukan pandangan ke serata tempat mencari dari mana datang tempikan itu.Asyraf melaung kuat memanggil nama gadis Risha.

"Risha asal kau ni? jangan buat aku paniklah."hampir gugur jantungnya mendengar teriakan dari gadis itu.

Risha yangg terdengar suara Asyraf laju saja dia memekik meminta tolong.dia paling tidak suka makhluk Allah yang satu ini. sungguh menjijikkan dah lah terbang kalau tak terbang boleh juga dia arwahkan.sungguh mahkluk ini buat dia pengsen .

Lipas itu bagaikan hilang pertimbangan dia terbang keserata tempat bagai lipas yang sesat .sekejab ke dinding sekejab ke almari. tengah berkemban feeling nak cari baju keluarlah pula lipas yang boleh tahan lincah. sampai terpekik terlolong .nasib baik dah pakai baju yang kat dalam ,kang tak pepasal dia tayang badan dekat lipas. No way!

"awak sini tolong saya, saya takut."laju dia memanggil Asyraf yang berada di ruang tamu.

Pasti lelaki itu terkejut mendengar jeritannya tadi, ini semua angkara lipas buat malu saja.

Asyraf yang terdengar suara Risha seperti hendak menangis segera menapak ke bilik gadis itu untuk melihat keadaan Risha.

"Kenapa ?Ada apa dengan kau ni terjerit-jerit." Kata Asyraf sebaik dia membuka pintu bilik Risha.

"Awak ada lipas lah kat situ.lipas tu terbang.seram saya." macam nak nangis dah mengadu dekat Asyraf sambil menunjuk tempat terakhir lipas itu mendarat betul-betul dihujung katilnya.

"Tak apalah dia tu kecil je lah,sekali pijak dah mati. ishhh ,aku ingatkan apalah tadi." Kata Asyraf sambil lilaukan pandangan di hujung katil .

Risha hanya mencebik mendengar Kata lelaki itu. tidakkah lelaki itu tahu bahawa dia paling takut dengan haiwan yang bernama lipas, nak lagi yang terbang lincah macam tadi .

Asyraf Mikael(Slow update)Where stories live. Discover now