Tamat !<3UDD

281 10 2
                                    

Kereta aku letak tempat biasa. Sebelum ke kolej aku sempat pergi Empire hotel dan bertanyakan pada pekerja disana tentang key chain ku jika mereka ternampak. Tapi tiada seorang dari mereka nampak mana-mana key chain yang tercicir. Lebih menghampakan setelah salah seorang dari mereka bersuara dan menyangka cleaner disana mungkin sudah membuang key chain ku.

Aku melangkahkan kaki ke kolej seperti biasa. Dari jauh aku nampak Duan berdiri dan bersandar dibalik tiang sambil berpeluk tubuh. Matanya tak lepas melihat aku.

Aku menundukkan kepala sambil berjalan. Tak mahu melihat dia. Pasti dia akan ganggu aku lagi. Terhenti langkahku setelah aku lihat ada susuk tubuh seseorang menghalang jalanku. Aku mengeluh.

Aku dah agak dia memang takkan berhenti mengacau aku.

"Looking for something?"

Besar mataku dengar pertanyaanya. Takkan dia jumpa lagi kot? Tak mungkin! Tak mungkin! Aku menyerah. Aku tak nak ada urusan apa-apa dengan dia lagi. No! Omelku dalam hati.

Aku mendongakkan kepala memberanikan diri menentang Duan.

"Kau cakap apa ni?"

Dia tersengih.

"Tak tahu atau pura-pura tak tahu?"

"Aku malaslah nak layan orang macam kau."

Aku berlalu meninggalkan dia. Tak jauh aku melangkah pergi dari Duan, dia mula berkata lagi.

"Kali ni janji apa yang kau nak buat?"

Sakit betul hatiku mendengar. Dia nak cabar aku ke? Aku berpaling melihat Duan semula.

"Kenapa? Kau takut?"

Dia ketawa dan menghampiri aku.

"Takut? Takut kenapa? Ke... Kau yang takut?"

Aku mendengus kasar dan berpaling hendak pergi. Beberapa langkah aku berjalan, kawan-kawan Duan sudah berada depanku. Besar mataku melihat. Mereka semua berpeluk tubuh melihat aku dengan wajah bengis diaorang.

Aku rasa macam dalam filem pulak. Orang-orang samseng menganggu orang baik macam aku ni.

"Kau gembira ke selepas mainkan perasaan seseorang?"

Salah seorang dari kawan perempuan Duan bersuara. Aku menundukkan kepala. Letih! Letih dengan semua ini. Duan jalan dan berdiri sebelah kanan depanku. Dia tersenyum sinis melihat aku seakan mengalah.

Tiba-tiba aku ternampak Sally kawan rapat Duan memegang sesuatu. Takkan dia kot? Aku tersenyum.

"Okay! Korang nak sangat aku buat janjikan?"

Aku melihat mereka semua dan melirikkan mata kearah Duan yang masih tersenyum. Sombong betul gayanya.

"Listen carefully. To those yang jumpa key chain aku. Jika dia lelaki aku janji akan melamar dia dan jadikan dia teman hidupku dan aku tak akan lepaskan dia. Tapi kalau perempuan pulak yang jumpa. Aku janji akan berkawan dengan dia dan anggap dia macam keluarga aku sendiri dan..."

Mataku lirik kearah Duan yang masih tersenyum. Pipi dia kejang ke? Dari tadi asyik tersenyum. Sempat-sempatnya aku mengata Duan.

"Tak akan pernah menerima duan jadi kawan aku semula."

Mati terus senyuman Duan.

"Hei! Kenapa pulak aku masuk dalam perjanjian kau? Aku takde kena mengena dengan perjanjian kaulah!"

Marah Duan. Itulah paksa aku lagi buat jani. Sekarang kau rasa aku kenakan kau.

Semua kawannya ketawa mendengarkan perjanjian yang aku buat. Aku sendiri turut geli hati.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 22, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cerpen: Semua Sebab Janji Kau!Where stories live. Discover now