Cerpen: Semua Sebab Janji Kau!

Cerpen: Semua Sebab Janji Kau!

374 Reads 2 Votes 14 Part Story
GRB 10 By gurlzrosebiru10 Updated Nov 22, 2018

Persahabatan antara Diana dan Duan terikat kerana sebuah janji yang telah Diana buat sendiri. Walau Duan halang Diana macam mana sekali pun untuk tidak mengikut dirinya dan teman-temannya waktu rehat, Diana tetap berkeras. Bagi Diana, kalau dah janji wajib ditepati. Itu prinsip Diana.
Disebabkan keras kepala Diana, Duan mengalah. 
"Kau memang tak bosan ke kacau aku?"
Diana menggelengkan kepala. Dia tersengih lalu menggelengkan kepala.
"Kenapa tak join diaorang?"
"Sebab dalam perjanjian aku nak berkawan dengan kau. Bukan diaorang."
"Janji?"
Duan mengeluh.
"Aku dah give up dengan kau. Tiap kali aku tanya, jawapan kau selalu berkaitan dengan janji."
Dan disebabkan janji itu  jualah Duan mula jatuh cinta dengan Diana.  Sehinggalah tamat tempoh janji Diana. Dalam perjanjian yang Diana buat sendiri hanya berkawan dalam masa sebulan sahaja atas sebab tertentu.
"Mulai sekarang aku tak nak kau ganggu aku lagi."
"Apa kau cakap ni? Aku ada buat salah ke?" Duan minta penjelasan.
"Kalau dulu kau sendiri nak dekat dengan aku. Kau sendiri nak berkawan dengan aku. Sekarang kenapa kau nak putuskan hubungan ni?"
"Kau ingat kenapa aku nak berkawan dengan kau?"
Berkerut kening Duan.
"Sebab aku terikat dengan perjanjian."
"Perjanjian? Perjanjian apa pulak ni?"
Apakah Diana akan putuskan persahabatan mereka sebab janji? Adakah Duan akan biarkan janji Diana jadi penghalang dirinya?