Bermulanya Kisah

395 9 0
                                    

Kerana sebuah janji, aku terpaksa berkawan dengan dia. Walau sekarang aku rasa menyesal. Itulah kau Diana, suka sangat buat janji. Tak apalah. First jumpa, dia dah sombong. Yang penting aku mesti tunaikan janji aku. Bisikku dalam hati.

Kalau dulu mungkin aku teringin nak berkawan dengan dia, tapi lepas melihat perangai buruknya yang sombong, penting diri, konon handsome. Itu yang membuatkan aku rasa terpaksa berkawan dengan dia sekarang. Sebab aku dah janji dengan diriku sendiri atas sebab sesuatu yang tak penting sangat. Dah janji, mesti aku tunaikan betul?

Kebetulan pulak aku dengan dia satu kolej. Cuma berlainan kursus. Aku ambil Arts Designer, dia pula kursus Photographer. Kelas kami pulak bersebelahan. Jadi senanglah aku nak mengintai dia dari cermin. Memang jodohlah katakan.

Ish.. Jodoh? Tak nak aku. Minta jauhkan aku dari orang-orang macam dia. Amin.

"Woi!"

Besar mataku. Semua kawan-kawannya turut menoleh belakang. Aku toleh belakang, takde orang. Aku ke? Duan menghampiri aku dengan wajah bengis.

"Kau buat apa?"

"Kau rasa?"

Tinggi duan 181cm itu membuatkan aku terpaksa mendongakkan kepala. Dahlah dia berdiri hampir sangat dengan aku. Sakit leher aku terpaksa mendongakkan kepala melihat dia.

"Aku selekeh juga kepala kau. Aku tanya dia, dia tanya aku balik."

Tersengih aku mendengar.

"Kau buat apa ikut aku? Aku ada ajak kau join aku sekali ke?"

Kepalaku yang sedari tadi macam anak burung minta makanan itu, aku tundukkan sedikit kepalaku. Hanya tubuh Duan saja yang aku nampak. Baru aku buka mulut nak jawab, dia dah mula membebel lagi.

"Tak! Aku nak tahu, kenapa sejak dua hari ni kau selalu ikut aku? Bukan aku dah pesan dekat kau yang aku tak sudi jadi kawan kau ke? Kalau belum, sekali lagi aku nak bagitahu kau yang aku memang tak nak dan tak suka berkawan dengan kau."

Aku seribu kali tak sudilah berkawan dengan kau! Jeritku dalam hati. Ish! Dia ingat dia siapa? Aku mendongakkan kepala semula. Matanya tajam melihat aku.

"Gila! Orang tak nak, main paksa pulak. Pergilah kau."

Wah! Berani betul dia usir aku dari kantin. Kau ingat suara kau besar, aku takut? Memang taklah! Hmm.. Keras juga kepala aku ni? Aku senyum sinis melihat Duan.

"Kau pernah dengar tak? Kalau dah janji tu, kena tunaikan."

Selamber badak aku bercakap pasal janji. Memanglah buruk muka dia dengar aku kata macam tu. Dah aku tak janji dengan dia, tapi dia pula yang jadi mangsa aku sebab aku buat janji sendiri. Bodohlah kau ni Diana. Sumpahku dalam hati.

"Wait! Apa maksud kau? Janji apa? Bila masa aku buat janji dengan kau? Kau dah salah orang ke?"

Bertubi-tubi Duan lemparkan soalan pada aku.

"Ada aku kata aku janji dengan kau ke? Tak ada kan? Aku buat janji dengan diri aku. So, aku harap kau tahan jelah."

Berkerut kening Duan.

"Macam aku terpaksa tahan nak berkawan dengan kau."

Sambungku. Suara aku kecilkan agar Duan tidak dengar.

"Apa kau kata?"

Oopss dia dengar ke?

"Apa? Tak ada apalah. Sibuk je."

Aku memalingkan muka tempat lain.

"Kalau kau buat janji dengan diri kau sendiri, jangan libatkan aku dalam hal kau! Boleh tak? Aku dah muak tengok dengan pakaian kau..."

Dia diam dan melihat aku dari bawah hingga atas. Aku turut melihat pakaianku. Apa salah pakaian yang aku pakai ni? Aku rasa sama je. Ada baju, seluar, tudung, kasut.

Aku melihat kawan Duan yang berada dibelakangnya sedari tadi. Oh! No wonderlah dia tak suka kawan dengan aku. Semua kawan perempuan dia pakaian tak cukup kain. Tapi, ada aku kisah ke?

"Kau tahu tak apa beza kau dengan kawan aku yang lain?"

"Tahu! Diaorang pakaian tak cukup kain, aku pula terlebih kain."

Besar mata mereka mendengar. Duan menoleh belakang melihat kawannya yang tengah bengang dengan aku. Dia cuba tenangkan kawannya lalu melihat aku dengan wajah bengang.

"Kau..."

Aku menunjukkan jari lima depan muka Duan membuatkan dia terhenti dari meneruskan bercakap.

"Aku kesian dengan kau ni. Perlukah pakaian jadi ukuran kau dengan siapa kau nak berkawan? Sebenarnya aku tak kisah kalau kawan kau tak cukup kain ke, terlebih kain ke atau takde kain langsung ke. Kau tahu tak apa yang penting dalam hubungan tu?"

Dia diam. Begitu juga mereka yang setia mendengar.

"Hati. Setiap hubungan bermula dari hati. Bukan dari pakaian. Kalau sebab pakaian aku yang tak girly sangat ni jadi benci kau, aku rasa... Aku tak kisah kot."

Aku tersenyum sinis melihat wajah marah Duan dan aku terus berlalu setelah mendengar lonceng jam berbunyi. Sia-sia aku ikut dia pergi kantin, dah tak sempat aku nak makan. Asyik lawan cakap dengan dia saja.

Cerpen: Semua Sebab Janji Kau!Where stories live. Discover now