Bab 3

88 8 10
                                    

Lepas sahaja balik sekolah, murid-murid yang bersepakat mahu pergi ke rumah Danial berkumpul di bus stop. Mereka bercadang untuk gerak sekali. Biar sampai serentak, senang sikit.

Tetapi, keadaan tak lagi seperti dulu. Tak semua yang join dapat bergurau senda sejak 'kes' itu berlaku. Geng Fatihah dan geng Muizz menjadi regang. Selalunya mereka mesra dan sering ketawa bersama-sama. Tetapi keadaan agak hambar.

Nurin seperti batu dan kayu. Bengangnya masih bersisa. Fatihah yang seakan mengerti dengan kelakuan Nurin mengajaknya berdiri jauh sedikit daripada yang lain. Nurin betul-betul belum memaafkan Muizz dan Hakimi.

"Weh tengoklah tu, macam takde mood je diorang berdua tu." Kata Aiman.

"Gaduh haritu tak baik-baik lagilah." Jelas Muizz.

Hakimi hanya diam membisu. Matanya melirik ke arah Nurin. Tetapi tidak mampu untuk meluahkan kata maaf.

"Haa.. itulah. Perempuan ni memang macam tu. Taknak pisang berbuah dua kali. So, diorang kenalah hati-hati lepasni."

Hakimi dan Muizz mengeluh serentak.

"Aku dah minta maaf dengan Fatihah. Tapi dia kata, kalau Nurin masih marah, Fatihah tak boleh nak pujuk dia dah. Nurin keras kepala." Muizz memberitahu mereka.

"Habistu kita nak buat apa ni?" Tiba-tiba Hakimi bersuara.

"Aku rasalah, korang kena jumpa depan-depan lah. Guna orang ketiga memanglah susah. Be a gentlemen. Jangan malukan kaum lelaki."
Kata Aiman.

'Ada betulnya juga.' Hakimi memandang Muizz. Muizz pun memandang Hakimi.

Hmmmpphh..

Hakimi memberanikan dirinya mendekati Nurin dan Fatihah.

Apabila semakin dekat, Fatihah meninggalkan Nurin sendirian. Tidak mahu masuk campur.

"Sorry Nurin. Aku pergi kat Alisah jap. Kau pandai-pandailah settle eh." Fatihah beredar dari situ.

"Wehh.. jangan ahh." Nurin merayu.

Fatihah tetap dengan pendiriannya. Ini masalah Nurin bukan masalah dia.
Nurin sudah tidak duduk diam. Dia memandang ke arah lain. Cuba mengawal gerak gerinya yang sedang diperhatikan oleh Kimi.

"Hai, Nurin Ilyana." Kimi memulakan perbualan. Sebenarnya, Hakimi juga malu. Tapi, dia mesti juga meminta maaf atau Nurin semakin membenci dirinya.

"Stop panggil saya with my full name. Annoying!" Nada marah Nurin jelas kedengaran di telinga Kimi.

"Dah 6 tahun tak borak. Apa salahnya?" Kimi meneruskan perbualan.

"No. Tak suka."

"Nama sedap. Tapi tak suka pula."

"Pergilah sana. Sebok aje."

"Saya minta maaf."

Nurin mendengus kuat. Dia beredar dari situ apabila bas sampai.

'Haihh.. melepas lagi aku. Tak guna punya bas.' Omel Hakimi.
**

"Jemput masuk wehh, bapak cepat korang sampai." Danial yang sedang menyiapkan meja makan di depan rumahnya terkejut dengan kehadiran rakan-rakannya. Memang on time betul diorang ni.

Mereka semua saling bersalaman. Kaum hawa pula bersalaman dengan ibunda Danial. Mereka mengambil tempat duduk masing-masing.

"Weh Kimi, tadi kau cakap apa kat Nurin." Muizz seakan berbisik dengan Hakimi.

"Aku pergi minta maaf lah. Dah buat salahkan?" Jawab Kimi.

"Dia maafkan tak?" Muizz pandang muka Kimi.

"Dia buat bodohhhh saja."

"Bodoh macam mana?"

"Bodoh macam tak kesah.... dia macam nak jawab tapi tak menjawab. Tak ada harapan saja. Lepastu elok pula bas sampai. Adoii." Jelas Hakimi.

Susah betul.
_________________________

Majlis hari jadi Danial Akmal berjalan lancar dengan kehadiran rakan-rakannya yang sporting habis. Setiap tahun Danial pasti akan mengadakan jamuan. Biasalah, anak manja. Tak buat nanti merajuk pula.

Mereka semua kekenyangan. Mereka ini bukan boleh dipelawa dengan makanan. Tolak batu dengan kayu saja. Semua telan. Tapi itulah yang best, enjoy and tak membazir!

Majlis diakhiri dengan aktiviti bergambar. Semua berposing dengan gaya yang berbeza-beza. Suara mereka bergelak tawa memecah sunyi kawasan perumahan itu.

Tetapi bagi Nurin, Hakimi dan Muizz, mereka kasih menyimpan perasaan yang tak boleh diungkapkan dengan kegembiraan. Terpaksa tunjuk happy depan orang lain. Hmmmmm tulah makanya jangan buat orang sakit hati. Kan tak senang hati.

Setelah itu, mereka pun pulang ke rumah masing-masing.

_____________________

Hakimi berlari anak ke arah Alisah. Ada tujuan sebenarnya.

"Alisah, tunggu jap. Kau ada username instagram Nurin? Aku cari tak jumpa pun!" Tanya Kimi. Betul struggle mamat ni.

"Ada. Memang lah tak jumpa. Nama dia pelik. Aku pun taktahu kenapa dia letak nama tu. Tak faham duh aku. Aku dah suruh dia tukar tapi dia taknak. Katanya biar susah orang nak cari. Lepastu, ramai ejek nama dia tu tau. Haih, tapi tulah, apa benda lah Nurin tu." Alisah ni memang suka membebel. Orang tanya satu, dia jawab macam jawab soalan KBAT. Siap huraian sekali dia bagi.

"Kau ni, aku tanya apa username dia je. Kau bagi jawapan panjang lebar buat apa?" Hakimi memerli Alisah.

"Ehh kk sorry, nah." Alisah mencari nama Nurin di Instagram. Dia menunjuk skrin telefon bimbitnya kepada Hakimi.

"What ?!?!! @kerenggamerah ?" Hakimi terkaku seketika.

"Kan aku dah kata, dah macam nama blog yang suka gossip tu. Apa eh? Ala macam Rotikaya, Beautifulnara. Apa lagi eh?" Alisah memikirkan nama username instagram dengan muka yang serius.

"Ishh dah la kau ni, sampai esok tak habis. Terima kasih. Aku gerak dulu." Hakimi malas mahu mendengar celoteh Alisah. Semangat betul dia.

"Hehe okay." Alisah malu dikenakan seperti itu. Tetapi dia sudah biasa.

Sampai sahaja di rumah, Hakimi terus tekan butang search dan menaip kerenggamerah.

"Yes! Finally. Okay dia tak private. Bagus bagus. Kalau private nanti mesti dia taknak accept." Hakimi terus menekan butang follow dan secara automatiknya, dia menjadi pengikut Nurin di instagram.

Tut tut!
Tak sampai beberapa minit, iphone 7 milik Hakimi berbunyi. Dia terus melihat skrin iphonenya itu.

"Ada notification la. Whattt!!!!!? Nurin followback!" Hakimi yang terkejut melompat dari sofa ruang tamu rumahnya itu.

"Boom wall lah kejap... hope dia pun like semua gambar aku. Hihi.."
Hakimi jakun.

'Legaaaaa...' Hakimi bersandar pada sofa empuk itu dan mulutnya terukir sebuah senyuman.

Kau Muncul KembaliWhere stories live. Discover now