Bab 9

30 0 0
                                    

"Ya Allah!!!!!!"

Nurin yang sedang khusyuk menjamu selera sedikit lagi mahu tersedak kuah tomyam yang dimasak oleh ibunya.

"Kau dah kenapa?" Tanya Fatihah.

"Whatsapp Hakimi. Doubletick weh. Maksudnya dia on phone dia kan? Tihaaaaa, tengok ni!" Nurin dengan segera menunjukkan telefon bimbitnya kepada Fatihah. Lalu, bergegas dia mencuci tangannya di dapur.

"Jom gerak rumah Muizz." Kata Fatihah.

"For what ?" Nurin pandang wajah Fatihah yang serius.

"Bagitahu dia lah. Lepastu kita bincang nak buat apa. Pergi balai polis ke apa ke?" Fatihah risau dengan keadaan Hakimi.

"Jap, aku nak try call Hakimi. Kotkot dia angkat." Nurin cuba menelefon Hakimi berkali-kali. Tetapi satu pun tidak terjawab.

"Dahlah Nurin, jom la gerak sekarang."

—————————————

"Aku nak pergi balai polis sekarang jugak!" Muizz terkejut apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Fatihah dan Nurin.

"Aku nak ikut. Jomlah sekarang." Fatihah bersemangat.

"Korang...." Nurin tiba-tiba bersuara dengan suara yang bergetar.

"Tu bukan ke Hakimi.." Nurin mengarahkan jari telunjuknya ke arah seorang pemuda yang sedang menunggang motosikal. Pemuda itu tidak perasan kehadiran mereka bertiga. Sepertinya, pemuda itu sedang menuju ke arah sebuah pasaraya.

Muizz dengan segera mengambil kunci motosikalnya dan mengejar pemuda yang disangkakan 'Hakimi' itu.

Nurin dan Fatihah hanya melihat apa yang berlaku dengan perasaan, dan keadaan yang kaku. Mereka tidak percaya dengan apa yang mereka nampak.

"Real Hakimi?" Nurin mengeluh.

"Nurin, aku nak pengsanlah.." Fatihah juga mengeluh.

"Bagi aku pengsan dulu..." Nurin tiba-tiba rebah di sebelah Fatihah.

Ha sudah.

"Nurin!!!!" Nurin pengsan serta-merta.

"Makcikkk! Tolong saya!" Fatihah menjerit di hadapan rumah Muizz. Ibu Muizz yang terkejut dengan jeritan Fatihah terus keluar dengan cepat.

"Ya Allah dah kenapa ni? Muizz mana? Apa jadi?" Bertalu-talu soalan yang diberikan oleh ibu Muizz.

"Kami nampak Hakimi naik motor tadi makcik. Muizz kejar Hakimi, yang Nurin ni pula terkejut sampai pengsan!" Fatihah menjelaskan dengan suara yang tercungap-cungap. Mana hendaknya, sudahlah terkejut dengan apa yang jadi, kawan baiknya pula buat hal! Lepas satu, satu.

"Ya Allah, biar betul kamu ni? Hakimi?"

"Iye makcik, jangan bagitahu sesiapa dahulu saya merayu. Kami tak pasti."
Pinta Fatihah.

"Ha iyelah, dah jom masuk dulu bawak Nurin ni sekali"

Mereka sama-sama mengangkat Nurin masuk ke dalam rumah.

—————————————-
Muizz sedaya upaya mencari kelibat pemuda yang disangka Hakimi itu. Tetapi hakikatnya, pemuda itu hilang serta-merta dari pandangan mata Muizz.

"Arghhhh!!!" Muizz menumbuk sidemirror motosikalnya. Dia gagal mencari Hakimi. Stres dibuatnya! Lalu, dia menuju ke arah stesen minyak untuk membeli sekotak minuman bagi menghilangkan dahaga di tekaknya yang sudah mulai kering.

"Assalamualaikum." Muizz yang sedang memilih air minuman disapa seseorang. Muizz menoleh ke belakang.

"Ha.. Hakimi?!" Tidak sampai sesaat, Muizz terus memeluk rakan baiknya itu  dengan sangat erat. Wajah yang dirinduinya itu sudah berada di hadapan matanya. Suara yang dirinduinya sedang menangis teresak-esak di telinganya.

Semua orang yang berada di kawasan itu memerhari 'babak drama' mereka ini dengan penuh kebingungan. Ada juga yang merakam, ada yang rasa perkara ini menjengkelkan, ada juga yang sebak melihat situasi ini.

"Kau pergi mana Hakimi? Semua orang cari.." Muizz bertanya dengan nada yang sangat muram.

"Aku tak pergi mana-mana. Ada je dalam KL ni." Hakimi yang sedang menangis teresak-esak cuba menjawab soalan rakan baiknya itu.

"Kau tak apa-apa?" Tanya Muizz. Tangannya menyentuh muka Hakimi. Mahu melihat sama ada lebam atau tidak di mana-mana bahagian. Tiada.

"Aku tak apa-apa. Aku ada banyak cerita. Mamak jom." Hakimi mengelap wajahnya yang sudah lencun dek air mata yang tidak berhenti mengalir.

"Rumah aku la. Nurin dengan Fatihah ada sekali. Diorang mesti risau aku tak balik lagi. Kitorang nampak kau tadi, aku try kejar, tapi kau tiba-tiba hilang. Stres, pecah sidemirror aku tadi!

"Aku nampak kau tadi. Aku pun kejar kau dari belakang. Nak nangis aku tadi. Haa.. Nurin sihat?" Tanya Hakimi.

"Sihat, setiap hari dia risau pasal kau."
Muizz menjelaskan keadaan Nurin sepanjang ketiadaan Hakimi.

"Maafkan aku, jomla gerak sekarang."
Hakimi tidak sabar untuk melihat wajah Nurin. Rindu rasanya.

——————————————

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 16, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau Muncul KembaliWhere stories live. Discover now