Bab 55

22.2K 879 20
                                    

Tok tok tok.. Irina yang baru sahaja selesai menghidangkan makanan di atas meja makan tersenyum. Tahu sangat dia siapa yang datang.

"Aisy boleh tolong umi? Bukakan pintu untuk umi. Ada orang datang tu." Kata Irina kepada anaknya itu. Aisy hanya menurut. Laju sahaja kaki kecil itu berlari membuka pintu.

Irina tersenyum sahaja mendengar gelak tawa Aisy apabila membuka pintu. Sudah pastinya Rhina, Thina dan yang lain sudah sampai.

"Rin.." Tubuh Irina didakap erat oleh Rhina dan Thina. Dari jauh Airil tersenyum sahaja. Keluarga mereka dah bersatu kembali. Hubungan yang dulunya putus diikat kembali. Dia bersyukur sangat. Yang penting isterinya itu sudah tidak bersedih lagi tapi... kata kata Farris masih menggangu fikirannya.

"Airil". Tegur Syazril. Airil tersentak dari lamunannya. Dipandang abang kembarnya.

"Kau ada masalah ke Airil. Your face, I think that face show you have a problem". Kata kata Syazril membuatkan Airil mengeluh.

"Panjang ceritanya.. aku punn tak tahu nak mulakan macam mana. Semuanya tak jelas lagi. Nanti aku bagitahu kau balik". Syazril hanya mengangguk sahaja.

"Uncle Mikaa". Jerit Aisy membuatkan semua yang sedang membuat aktiviti yang menjadikan Mikail tunggul kayu terhenti. Mikail mengeluh lega.

"Nasib Aisy ingat uncle. Kesian uncle Aisy sebab semua tinggalkan uncle. Semua sibuk layan orang lain. No one care about me". Suara Mikail dibuat buat sayu minta simpati Aisy. Aisy hanya terkebil kebil apabila Uncle Mikanya itu memeluk tubuhnya.

"Dah la Mika.. tak payah nak buat sedih sangat. Jom semua makan". Ajak Irina. Semua hanya ketawa.

Something I want is being HAPPY... and I really want to end all this thing and do what everyone want in their live..

Airil menunggu Farris dengan keluhan berat. Macam macam benda ada di dalam otaknya saat ini. Serabut. Dah la Si Farris ni tak pandai nak tepati janji. Janji gajah. Kata pukul 3 dan sekarang dah pukul 3.01 petang kut.

Hampir 10 minit juga dia menunggu akhirnya bayang Farris pun muncul. Airil mencebik melihat penampilan Farris hari ini. Dengan pakaian doktornya lagi dia datang. Yakin sangat yang Farris lupa ingin menanggalkannya.

"Sorry bro.. nasib sempat.. tadi aku ada appointment dengan pesakit. Tu yang kalut aku datang sini". Ujar Farris melepaskan lelah. Airil mengeleng kepala.

"Kalau ya pun tanggalkan la dulu baju doktor kau tu. Nasib tak ada yang berdarah tu." Farris memandang pakaianya. Baru dia perasan yang dia masih memakai kot doktor. Farris tersengeh malu.

"Takpe.. baru lah semua tahu yang aku sebenarnya doktor". Airil menjeling Farris dengan rasa menyampah nak mati.

"Back to story.. apa hal kau nak sangat jumpa aku. Dari semalam aku gelisah fikirkan pasalni. Apa sebenarnya jadi?" Farris yang sedang menanggalkan kotnya itu mengeluh. Farris mengeluarkan satu pendrive dan juga laptop. Laju sahaja Farris membuka file yang ada dalam pendrive itu sebelum dia menunjukkan kepada Airil.

Airil berkerut. Video rakaman CCTV itu dilihat bagai nak tembus. Ada dua situasi di situ. Satu situasi dimana perempuan itu masuk ke dalam wad Irina ditempatkan dan satu lagi hanya melihat dari pintu wad sahaja.

"Apa semua ni? Who that girl?" Soal Airil tak faham. Apa masalah dengan perempuan itu. Wajah perempuan itu langsung dia tak kenal.

"Kau ingat.. hari Irina sedar aku cerita kat kau en pasal perempuan nama Sara? And that girl is Sara. Waktu Irina sedar, dia datang tapi dia hanya tengok korang sekeluarga depan wad. I warning her too". Airil terdiam.

Suamiku, Encik Pengasuh?✔️Where stories live. Discover now