Bab 26

23.3K 1.1K 44
                                    

Thina termenung seorang diri di pantai. Mengenangkan hidupnya kini. Dia rindukan hidupnya yang dahulu. Yang ceria bersama keluarga.

"Mungkin Allah nak kita sedar yang dalam kehidupan ni ada pahit dan ada juga manisnya". Thina memandang ke arah suara itu.

"You siapa?" Soal Thina berkerut. Lelaki cina mana pulak nii. Lelaki itu tersenyum.

"I Mika. Tengku Mikail Lee. You?" Soal Mika pula.

"I Thina. Sharifah Faithina Ambella". Jawab Thina acuh tak acuh. Tapi Mika tetap tersenyum.

"Dari tadi I perhatikan you. You nampak macam ada problem. Nak cerita?" Soal Mika. Thina hanya diam. Tiba tiba sahaja ada kek di hadapan mata Thina.

"Kek apa nii". Soal Thina. Mika tersenyum saja.

"Makan la.. I sure you will like it. Nama kek ni SMILE BEAUTY. Ramai orang tersenyum makan kek ni tau. Macam magik". Thina tersenyum sini.

"Maaf la.. I tak suka kek. Boleh tak you pergi. I datang sini nak tenangkan fikiran. Berseorangan. I tak perlukan keprihatinan you tu." Kata Thina.

"Rasa la sikit. I yakin sangat kek ni dapat buat you tenang. Trust me. Kalau you makan, I janji akan pergi". Mika memujuk.

"You letak racun dalam ni kan. Sebab tu you beria ria nak suruh I makan. Dah blah ar. I tak suka". Mika membulatkan matanya.

"Sumpah I tak letak apa apa pun. Tengok I makann ni. Hah". Satu sudu kek dimasukkan ke dalam mulutnya.

"See? Kalau I letak racun takkan la I nak makan racun I sendiri. Try it". Thina mengeluh kasar lalu merampas kek itu lalu disuakan ke dalam mulutnya.

Thina terdiam. Sudah lama dia tidak makan kek. Kek yang diberi oleh Mika ini mengingatkannya tentang kenangannya bersama kakaknya dan Irina.

"Irina.. hari ni kan semua orang jauhkan diri dari kita kan. Dah laa harini birthday kita. Dorang tak ingat ke apa". Keluh Thina. Irina hanya mengangkat bahunya.

"Tak kesah pun dorang nak lupa ke apa. Birthday je pun". Ujar Irina selamba walaupun hatinya meronta ronta inginkan ucapan dan hadiah daripada orang yang rapat dengannya. Terutamanya orang yang dia sayangi.

"Kau ni Rin.. hati keras betul patut la Syazril pilih Kak Rhina. Kak Rhina tuu dah la baik, lemah lembut. Tak macam kau ni. Geram aku tau. Kau tak teringin ke nak makan kek ke.. ucapan birthday ke.. hadiah ke.." Irina mengeluh.

"Dah la.. jom masuk". Pintu ditolak dan...

Bang...

"Supriseee". Irina dan Thina di depan pintu kaku.

"Happy birthday adik adik akak.. " Rhina datang menghampiri kembar itu. Maka yang lain sudah menyanyikan lagu.

"Tiup lah". Thina mencium pipi kakaknya.

"Thanks kak.." Rhina tersenyum lalu memandang ke arah Irina yang hanya diam.

"Taknak peluk akak ke?" Irina tersenyum lalu memeluk erat kakaknya itu. Dia terharu.

"Thanks sis".

"You're welcome.. dah jom makan. Dah lama tau tetamu tunggu". Ajak Rhina. Ramai tetamu yang hadir. Semuanya rakan rakan Irina dan Thina.

"Rin.. happy birthday.." Irina hanya mengangguk tidak ada perasaan. Thina menolak perlahan adik kembarnya itu. Dasar hati keras.

"Kau ni.. layan la tetamu tu baik sikit. Sejahat jahat aku ni, aku boleh senyun dan ucap terima kasih lagi tau kat orang.. kalau la perangai kau macam ni, sampai bila bila kau takkan kahwin nanti". Irina berdegus geram.

"Kau ni.. ikut suka aku la nak senyum ke tak ke. Layan la kawan kawan kau tuu". Thina tersenyum. Krim kek diambil lalu dilumur di muka Irina.

"Thinaa..". Thina ketawa lalu berlari. Mula lah aksi kejar mengejar. Dalam tak sedar ada orang tersenyum dengan gelagat Irina. Irina tersenyum cukup membuat hatinya tenang.

"Senyum apa bro.. pergi la kat dia. Nyamar jadi aku. Aku pun nak ke atas kejap. Tengokkan Rhina". Lelaki itu tersengeh lalu membuang cermin matanya dan mengubah rambutnya.

"Thanks sebab memahami". Lelaki itu berjalan ke arah Irina yang sedang berseronok. Jarang dia tengok Irina bergelak tawa macam ni.

"Rin.. Ril nak cakap sikit". Irina memandang ke arah lelaki itu lalu tersenyum. Lelaki itu menahan tawa melihat Irina. Habis comot dengan krim.

"Alahai.. Rill,kalau dah suka terus terang je la perangai sebenarr". Irina menunduk.

'Betul ke Ril suka aku tapi kadang kadang perangai Ril selalu berubah ubah. Kadang kadang layannya baik sehingga dia bergantung harapan. Tapi pada masa yang  Ril juga bercinta dengan Rhina.. arrhh.. apa dia nak sebenarnya'. Bisik hati Irina.

Mereka pergi ke taman kecil. Irina hanya tunduk.

"R.. ril.. boleh tak Ril jujur dengan Rin. Kenapa Rin mesti mainkan perasaan rin macam ni. Kenapa? Kalau Ril suka kakak Rin.. cakap". Irina memandang lelaki di hadapannya itu.

"Ril.. Ril sebenarnya sukakan Rin. Ril sebenarnya bukan Syaz...." kata kata lelaki itu terhenti apabila satu suara memanggil mereka.

"Rinn.. masuk. Majlis potong kek nii dah nak mula." Panggil seseorang. Irina mengeluh.

"Kita sambung lain kali er". Kata Irina lalu pergi dari situ.

Sebenarnya Thina tahu yang Syazril ada kembar. Dia tahu yang Airil selalu menyamar jadi Syazril ketika bersama Irina.

Kejadian sambutan hari lahirnya itu adalah kali terakhir. Selepas beberapa minggu menyambut hari lahir, kisah hitam yang berlaku itu terjadi. Kejadian yang membuatnya dia menbencikan Irina. Segalanya berubah sejak itu.

Ketika Irina pengsan, dia turut pengsan ketika itu. Sedar sedar sahaja dia dapat berita yang Rhina dah takde. Syazril juga. Hingga kini dia dihantui kisah silam.

Tapi apabila bertemu kembali dengan Airil.. dia tekad untuk menyatukan Irina dan Airil kembali. Dia ingin adik kembarnya itu bahagian. Dia nak Irina sembuh sebab dia yakin sangat yang Airil mampu buat Irina sembuh.

Tetapi apabila dia tahu Irina selama ini berbohong.. dia kecewa sangat. Walaupun dia benci adiknya itu, dia tetap ada kasih sayang. Dia juga dalam dendam mahukan adiknya gembira. Dia juga menderita apabila dia tahu dia mempunyai penyakit. Dalam badannya ada dua personiliti.

Satu Thina..

Dan satu lagi Ambel iaitu personiliti yang pemarah dan pendendam.

Dia tak dapat kawal. Apabila dia dekat sahaja dengan Irina, personiliti Ambel muncul.

Tiba tiba sahaja Thina menangis.

"Ehh.. Thina kenapa ni? Kenapa nangis. Kek tu tak sedap ke?" Soal Mika kalut. Ya la, kek tu biasanya orang makan akan senyum. Ni menangis.

"I tak kuat.. I tak kuat". Thina menekup mukanya. Sungguh dia tak kuat.

"Thina.. kalau you ada masalah. I sudi jadi pendengar. Luahkan anything. Mana tahu I dapat tolong you". Ujar Mika lembut. Dari tadi lagi dia perhati gadis ini. Dia tahu yang gadis ini ada masalah. Lagipula dia sudah jatuh hati pada gadis ini.

Hai guyss.. macam mana? Korang dah dapat ke pickup sikit sikit jalan ceritanya.. takpe.. nanti ada satu flashback yang akan terangkan segalanya.. hope korang support author.. huhu.. abaikan typo. Thnks sudi baca. Hope enjoy.

VOTE AND COMMENT...

Suamiku, Encik Pengasuh?✔️Where stories live. Discover now