Bab 28

22.1K 1K 14
                                    

"Seorang anak pengusaha syarikat yang merupakan seorang pewaris besar telahpun terlibat dalam satu kemalangan petang tadi. Mangsa iaitu Hazairil Al Iman masih dalam keadaan kritikal. Mangsa masih dirawat di Haspital Besar Kuala Lumpur."

Berita yang didengar oleh Syazril itu membuatkan dirinya rebah.

"T.. tak mungkin". Dia menangis teresak esak. Adiknya kemalangan.

"Abang kenapa ni?" Soal Rhina.

"Kita ke hospital." Rhina berkerut.

"Siapa sakit abang? Abang ke?" Soal Rhina. Syazril mengeleng sambil meraup mukanya.

"A.. airil... Airil accident. Masih dalam keadaan kritikal. Walau apa pun terjadi, kita kena pergi Rhina. Betul cakap sayang yang kita tak patut sembunyi selamanya. Abang bersalah dalam hal ni. Jom sayang". Rhina kaku.

"Jom.. Rhina dah lama sangat nak jumpa dorang abang. Mesti Rin lemah sekarang. Airil tu kekuatan Rin." Syazril mengangguk. Dah tiba masanya dia muncul kembali. Dia akan tanggung apa saja risiko yang mungkin akan berlaku akibat kesalahannya. Dia menyesal.

Pada masa yang sama..

"Doktor.. jantung dia dah lemah". Kata seorang nurse.

"Tak.. kau tak boleh mati Airil.." Bisik doktor itu. Ya, itu adalah Farris. Farris merupakan doktor, merangkap spy dan juga sahabat Airil.

Di luar bilik Irina sudah tak henti henti menangis. Puas Datin Isma memujuk.

"Irina.. mama yakin Airil okey. Sabar ya sayang". Pujuk Datin Isma lagi. Hasnina hanya diam membisu.

"Rin.. sudah la. Kita doakan yang baik baik untuk abang aku". Nina berkata. Walaupun Irina itu selalu membulinya, tapi dia tetap hormat Irina sebagai kakak iparnya. Lagipula, dia tahu Irina banyak menderita.

Pintu bilik kecemasan dibuka.

"M.. macam mana dengan suami saya doktor". Farris mengeleng kepala. Berat sangat hatinya ingin mengatakan hal ini.

"Airil sekarang koma. Jantungnya lemah sangat. Kalau Airil terus beberapa bulan, mungkin dia akan..." Farris tak dapat meneruskan kata katanya. Irina rebah. Dia menangis.

"Farris.. tak ada benda lain lagi ke yang boleh kita buat?" Soal Nina. Farris mengeleng kepala.

"Maaf Nina.. I dah cuba tapi still jantungnya lemah. Dia koma. I tak tahu yang dia akan dapat bertahan ataupun tidak". Nina terduduk di atas kerusi. Dia tak sanggup kehilangan abang buat kali kedua.

"Airil kuat.. dia akan bertahan. Saya tahu. Dia dah janji yang dia takkan tinggalkan saya. S.. saya nak jumpa dia." Farris mengangguk perlahan.

"Airil dah dipindahkan.. mari ikut saya". Irina mengekori Farris hinggalah ke bilik dimana Airil ditempatkan. Datin Isma pula memberi ruang kepada Irina melawat Airil terlebih dahulu.

"Rin.. Airil dulu pernah hilang ingatan". Irina memandang Farris.

"Hilang ingatan?" Soal Irina. Farris mengangguk.

"Err.. Rin lawat la Airil dulu. Saya keluar dulu". Farris berlalu keluar. Irina menghampiri katil Airil. Dilihat suaminya sedang terbaring di atas katil. Lemah.

"Ril.. kenapa buat Rin dan baby macam nii. Rin baru nak suprise kan Ril. Kenapa Airil tipu Rin. Abang cakap yang abang takkan tinggalkan Rin". Irina menggenggam tangan Airil.

"Abang takkan tinggalkan Rin... arhh". Airil memegang kepalanya. Dunianya kini gelap. Dia hanya dengar suara Irina. Tetapi Irina langsung tak mendengar apa yang dia sampaikan. Kepalanya kini sakit. Dia mula mengingati kembali kisah lamanya.

"Azrill.. sampai bila kau nak simpan dendam kau nii. Sampai bilaaa? Dah laa... aku tak sanggup dah tengok abang aku macam ni. Apa semua ni Ril." Syazril menepis tangan Airil.

"Aku akan buat hidup family dia tuu meranaaa. Disebabkan dorang laaa, kita menderita. Perempuan tak guna tuuu.. arhhh". Airil menarik tangan Azril.

"Tapi Azril.. aku tak dapat ke universiti tempat kau belajar. Aku dah terima tawaran universiti lain..." Azril tersenyum sinis.

"Kau boleh je datang lawat aku kat sana. Kau pun duduk kat Jepun jugak. Macam la jauh sangat. Dah laaa, aku tetap nak ke sana. Aku nak balas dendammm". Airil mengusutkan rambutnya.

Di Universiti...

"Kau nampak tak perempuan tu. Tu nama dia Qairina. Orang panggil dia Irina. Dia tu anak bongsu. Perempuan tuu laaa yang buat mak ayah kandung kita matiii". Airil memandang Irina dari jauh.

"T.. tapi dia tak salah. Dia cuma lintas jalan then mummy and daddy elak. Redha la Azril dengan ketentuan Allah". Azril berdegus geram.

"Dah la.. susah tahu tak cakap dengan kau niii. Kau tengok sana. Tu Haris. Boyfriend Irina. Kat tepi tu Thina.. kakak kembar dia. Kau kena tolong aku buat Irina tu jatuh cinta dekat aku. Pastu bila dah betul betul suka.. kita hancurkan dia". Azril tersenyum sinis.

"Azrill.. apa yang kita buat ni salahhh.. cukup laaa. Kau kena pergi berubat. Kau sakitt". Azril menepis tangan Airil.

"Dah la.. buat je la apa aku suruh. Menyamar jadi aku. Aku tak boleh sebab aku memang akan jadi marah bila dekat dengan perempuan tuu". Airil melepaskan keluhan berat.

Airil menghampiri Irina yang sedang berbual dengan Thina.

"H.. hai." Irina memandang Airil.

"Aku pergi dulu laa.. bye". Thina sudah berlalu pergi. Mata Irina memandang Airil. Hatinya berbunga bunga. Entah kenapa lelaki di hadapannya ini buat jantungnya berdegup laju.

"Err.. Hai". Airil tersenyum.

"Nama saya Haza... err Syazril Al Irfan.. just call me Ril." Irina mengangguk.

"Irina. Qairina Anbella".

"A.. awak nak pergi lunch dengan saya?" Soal Airil. Irina menggaru kepalanya.

"Sorry.. I dah ada janji. Lain kali ya." Airil tersenyum hampa.

"Ni nombor I. Apa apa call ya". Irina mengangguk. Nombor bertukar tangan.

"See you". Irina melambai lambai ke arah Airil. Airil tersenyum. Sebenarnya hatinya sudah terpaut dengan gadis itu. Gadis pertama yang berjaya buat jantungnya berdebar debar.

"Bagus Airil.. aku dapat lihat dari mata Irina tu yang dia tu suka kau". Syazril tersenyum sinis. Airil mengeluh. Rambutnya dibetulkan kembali dan cermin mata besarnya dipakai.

"Aku balik dulu laa Azril.. kalau kau jumpa Rin, jangan apa apa kan dia". Ujar Airil. Syazrip menarik tangan Airil.

"Tak.. aku nak kau menyamar jadi aku hari ni. Aku nak ponteng". Airil membulatkan matanya. Perangai Syazril itu makin menjadi jadi.

"Apa ni Azril.. aku pun nak pergi kelass". Syazril tersenyum sinis.

"Dah.. aku tahu kau takde kelas hari ni kan. Dah pergi cepat masuk kelas. Jangan lupa buang spek kau tu. Rambut tu. Aku pergi dulu. Bye". Syazril sudah berlari meninggalkan Airil.

"Huh.. bahagia nya hidup". Ujar Syazril. Tiba tiba dia terlanggar seseorang. Seseorang yang buat hatinya kini terpikat.

"Sorry.. my fault". Gadis itu mengutip barang yang terjatuh.

"Err.. nope.. it's my fault. By the way, I Syazril. You?" Soal Syazril.

"I Rairhina. Just call me Rhina". Syazril tersenyum manis. Entah kenapa hatinya berbunga bunga. Adakah dia sudah jatuh cinta?

Macam mana flashback tadi? Faham tak kee bolok? Kalau tak faham tanya err.. mana tahu author boleh terangkan or baiki semula. Sambungan flashback akan disambung pada bab seterusnya. Satu persatu akan author bongkarkan. Macam mana Rhina dan Azril boleh hidup dan macam mana Airil hilang ingatan...  Thnks for reading. VOTE AND COMMENT.

Suamiku, Encik Pengasuh?✔️Where stories live. Discover now