Bab 54

21.5K 938 23
                                    

Hai guyss.. sorry sebab terlalu lama tak update.. bukan niat author nk lambat2kn cuma author masuk asrama.. masa tak mengizinkn.. sampaikan x sempat nk smbung cerita ni.. ni author try update smbungan baru dia.. hope you guys x lupa cerita ni..

Enjoy..

Airil mengeluh lagi.. berat hatinya ingin mengizinkan Irina berjumpa dengan Usop. Dia takut jika lelaki itu masih berdendam dan menanam niat untuk mencederakan Irina lagi.. dia tak sanggup untuk kehilangan Irina lagi.

Cukuplah dugaan yang dia lalui bersama Irina sampai di sini saja.

"Sayang betul betul ke nak jumpa Usop ni". Soal Airil. Irina mengangguk laju. Sudah hampir 100 kali soalan yang sama saja keluar dari mulut suaminya itu.

"Ya la abang... Rin betul betul nak jumpa dia. Lagipun, Rin memang nak sangat tahu apa sebenarnya dia nak bagitahu Rin hari kejadian tu. Rin tahu, yang dia sebenarnya baik". Airil hanya terdiam sahaja. Wajah Irina dipandang.

"Rin tahu kan abang sayang sangat dekat Rin. Abang tak sanggup dah kehilangan Rin". Irina hanya tersenyum.

"Abang.. please.. just for this time". Keluhan terbit di mulut Airil. Lambat lambat dia mengangguk juga.

"Aisy dan Harith sayang sangat sangat kan dekat abang. Rin rasa jelouse pulak". Irina tergelak kecil. Hatinya masih rasa sayu.

"Apa Rin cakap ni.. dia orang sayang kita. Rin tahu tak.. setiap hari abang bawak anak anak kita tu jumpa Rin tau masa Rin koma. Disebabkan Rin jugak, dorang kenal erti kekuatan dalam hidup. Kecil kecil lagi mereka dah kuat." Ujar Airil. Dia tak suka apabila Irina berkata begitu.

"Tapi..." belum sempat Irina habiskan kata katanya, Airil sudah menyampuk.

"Dah.. abang taknak dengar. Yang penting, sekarang Rin dah sembuh. Lupakan apa yang dah berlaku dan sekarang kita fokus untuk masa hadapan kita je". Irina tersenyum nipis sebelum memeluk erat tubuh Airil.

Dia sungguh beruntung mempunyai suami yang setia macam Airil. Bukan setakat setia malah menjadi pengasuh di hati dia juga.

Tit tit..

Pelukan terlerai apabila bunyi mesej masuk dari telefon Airil. Airil mengeluh sebelum membuka mesej yang dihantar Farris itu.

We need to discuss about that now

Discuss apa ni.. aku sibuk la. Kau kan tahu yang Irina baru je sedar. Lagipun, Thina, Mika, Rhina dengan Shazril nak datang petang nanti..

Tapi ni perkara penting gila.. apa kata kita jumpa esok? Kau free bila?

Erm.. ok lah... kita jumpa dekat starbucks macam biasa. Tapi janji eh sekejap je. Aku susah la nak tinggalkan Rin. Dia bukan sihat sepenuhnya lagi pun..

Ni demi Rin jugak Ril..dan demi anak anak kau.. nyawa dorang dalam bahaya.. aku tak dapat nk cerita kat sini Ril.. jumpa esok..

Mesej Farris membuatkan Airil diam membisu.. nyawa?

"Abang? Kenapa muka abang pucat? Abang sakit ke?" Irina memegang lengan suaminya. Risau dia melihat wajah Airil itu.

Airil tersenyum sekilas.

"Nothing my dear.. ermm.. Rin nak keluar beli barang? Kalau Rin nak, kita pergi sekarang lah. Lagipun petang nanti semua dah nak datang. Ajak Aisy dan Harith jugak". Riak wajah Airil jelas kelihatan pelik. Seperti ada menyembunyikan sesuatu.

Suamiku, Encik Pengasuh?✔️Where stories live. Discover now