Bab 30

23.7K 1K 3
                                    

"Maafkan abang Rin.. abang yang salah. Lepas balik Malaysia, abang rancang nak bunuh Rin. Abang cuba nak langgar Rin. Abang cuba macam macam. Maafkan abang Rin. Abang buat hidup Rin merana." Irina menunduk. Marah? Sedih? Gembira bersatu.

"Kenapa Rin bang? Kenapa?" Syazril yang melihat Irina menangis mula rasa bersalah.

"Rinn.. akak pun salah sebab tak terus terang dekat Rin. Sebenarnya Syazril yang rapat dengan Rin dulu, yang jatuh cinta kat Rin dulu tu Airil. Hazairil suami kamu Rin." Irina bagai rasa ingin pengsan. Apakah semua ini?

"Akak tahu tak lepas je peristiwa tu Irina jadi macam orang gilaaaa.. Rin buli orang sampai sanggup nak bunuh orang. Rin sakit kak. Rin masuk penjara. Rin masuk hospital sakit jiwa.. Rin menderitaaaa. Kenapa kak. Kenapa.. semua orang tak sayangkan Rinnnn". Jerit Irina persis orang gila.

"Maafkan akak Rin". Irina diam. Tak terkutik.

"Apa jadi sebenarnya?" Soal Irina dingin. Mendatar. Syazril menarik nafas lalu dihembus perlahan.

"Betul keee aku boleh rapat dengan Rin?" Syazril mengangguk. Airil tersenyum lebar. Gembira.

"Aku nak tenangkan diri sekejap. Kau jaga tolong Rhina ya. Anak aku pun. Kau balik la Malaysia". Airil mengangguk.

Sejak dari itu, Airil jarang berjumpa dengan Syazril.

"Azrashhh". Airil ketawa melihat keletah Azrash. Kanak kanak dua tahun itu lucu baginya. Comel.

Dipandang Rhina, dan Irina berbual. Entah apa dibual pun dia tak tahu. Nampak macam serius.

Rujuk bab 15.. kalau korang ingat yg Irina ada bercakap dengan Rhina tuu. Flashback.

Tiba tiba sahaja telefonnya berbunyi.

"Hello? Ada apa Azril?" Soal Airil.

"Hello.. aku cuma nak cakap kat kau yang minggu depan birthday Irina dengan Thina. Aku nak kau pergi rumah Rhina, tolong dia apa yang patut er?" Airil mengangguk.

"Okey.. err, kau datang ke masa majlis tu?" Soal Airil.

"Ya aku datang. Kau tolong jangan jadi aku masa tu selagi aku tak suruh. Aku ingat lepas birthday dia dalam seminggu tu aku nak terus terang dengan Rin pasal kita." Airil tersenyum lebar. Tak lama lagi Irina akan jadi miliknya. Tak perlu sorak sorak lagi identitinya.

"Okey.. thnks sangat Azril.. sebab faham aku. Aku tengah main dengan anak kau ni. Aku letak dulu ya.. bye". Talian dimatikan. Airil tersenyum lebar. Tanpa dia sedari langsung Syazril tersenyum sinis di sudut lain.

Airil melihat Irina yang dari tadi cemberut. Apa yang diceritakan Irina pun dia tidak tahu. Dia tahu yang Irina selalu memburuk burukkannya di hadapan Rhina. Dia tahu yang Irina buat semuanya bersebab.

Tapi dia gembira sangat Irina juga punya perasaan terhadapannya. Awal awal lagi dia dah bagitahu Rhina supaya terus berlakon. Tapi sekarang tak lama lagi semuanya akan berakhir. Dia harap Rhina bahagia bersama Syazril dan dia bahagia bersama Irina.

Thina pula macam tu la. Dia lebih rapat dengan Rhina berbanding Thina. Ya la kan, Irina seorang yang lebih sombong dan ego berbanding dua orang kakaknya itu. Tapi entah kenapa dia sukakan Irina.

Hari berganti hari... majlis party hari lahir Irina semakin hampir. Airil berdebar. Entah kenapa dia sedar satu perkara yang sejak kebelakangan ni, Irina banyak kali hampir terbunuh.

Satu.. hampir dilanggar.

Dua.. tergelincir tangga.

Dan banyak lagi... nasib dia selamatkan. Hubungan dia dengan Irina pula tak semesra dulu.

"Syazril termenungkan apa?" Soal Mak Mah.

(Sesiapa yang tak ingat Mak Mah sila rujuk bab 7)

"Takde apa apa la Mak.. cuma Ril risaukan sesuatu la. Entah kenapa Ril rasa macam tak sedap hati". Mak Mah mengusap belakang badan Airil. Dia sudah menganggap Airil itu sebagai cucunya. Dia juga tak tahu identiti sebenar Airil.

"Perasaan kamu je tu Ril.. mainan syaitan. Kamu pergi la rehat dulu. Mama dengan papa kamu takde bulan ni. Selalu pergi outstation". Airil mengangguk sahaja. Ketika dia ingin keluar dapur, dia bertemu Irina. Hanya jelingan maut sahaja Airil dapat dari Irina.

"Rinn.. Ril rindu Rin". Ujar Airil lalu mengejar langkah Irina.

"Apa rindu rindu. Ril pergi je la dekat Kak Rhina tuu. Jangan kacau Rin lagi. Kalau Ril betul betul sayangkan Kak Rhina, jaga dia. Jangan sampai dia terluka. Rin sayangkan kakak Rin". Ujar Irina lalu menaiki kereta. Entah ke mana Airil tak tahu. Airil kaku tak bergerak.

Dipandang sahaja kereta Irina yang keluar dari garaj.

Tiba tiba sahaja kepalanya sakit. Darah keluar dari hidung. Ini bukan kali pertama perkara ini terjadi. Airil mengesat darah yang keluar. Dia masuk ke dalam kereta miliknya.

Dia memejamkan matanya seketika. Sakit di kepala cuba ditahan. Setelah beberapa minit, sakit kepala semakin menghilang.

"Aku harus pergi hospital". Bergegas Airil memandu keluar kereta. Sejak tiga bulan lalu dia sering sakit kepala dan darah keluar dari hidup. Dia ingatkan hanya faktor cuaca yang berbeza di Malaysia dan Jepun.

Tapi bila dah berbulan bulan.. dia mula risau.

"Doktor.. sebenarnya saya sakit apa?" Soal Airil.

"Berat saya ingin bagitahu tapi... saya harap encik bersabar. Encik mengalami pertumbuhan tumor di kepala. Sudah tahap ke 3. Masih boleh diubati dengan pelbagai cara. Cuma saya nasihatkan encik jangan terlampau stress". Airil terkaku.

"Tumor?" Soal Airil ketar. Doktor itu mengangguk.

"Tapi ia masih boleh diubati. Kami boleh jalankan pembedahan untuk buang pertumbuhan yang ada di kepala encik. Tapi ia amat berisiko. Kematian dan juga ammesia iaitu kehilangan memori". Kata kata doktor itu membuatkan Airil gelisah.

'A.. aku takkan biarkan memori aku hilang. Memori indah aku bersama Rin hilang. Ya Allah.. apa aku patut buat'. Bisik hati Airil.

"T..terima kasih doktor. Saya akan fikir dulu ya." Doktor itu mengangguk.

"Tapi saya ingatkan yang jangan lewatkan proses perubatan. Mungkin akan memburukkan lagi kesihatan encik." Airil mengangguk sebelum keluar dari bilik doktor.

Telefon dicapai. Haruskah dia memberitahu Syazril?

"Hello.. Azril.. kau free tak?" Soal Airil.

"Tak free la.. aku ada hal sikit.. Asal?"

"Aku nak jumpa.. ada hal sikit aku nak bagitahu. Tapi lain kali la. Mungkin lepas party birthday". Ujar Airil.

"Okey.. aku chow dulu. Bye". Talian dimatikan. Airil mengeluh. Dia terduduk. Mukanya diraup kasar.

"Airil.. Airil tu Syazril?" Syazril mengangguk perlahan.

"Sebenarnya, yang sentiasa ada dengan Rin adalah Airil. Dia menyamar jadi Azril sebab Azril yang suruh. Sebab dendam." Syazril berasa bersalah. Rhina mengusap bahu Syazril.

"Kenapa Airil tak kenal pun Rin sekarang?" Soal Irina. Syazril menunduk.

"Airil hilang ingatan. Dia.. dia.." Syazril serba salah.

"Dia apaa?" Syazril memandang Irina.

Hah.. cam mne part ni? Dah slow slow terbongkar. Korang nak tahu camne Azril dan Rhina hidup? Tunggu next chap okey.. kalau nak bab seterusnya diupdate cepat.. comment laju laju.. huhu.

THNKS YG SUDI BACA.

VOTE AND COMMENT GUYSS..

ABAIKAN TYPO

Suamiku, Encik Pengasuh?✔️Where stories live. Discover now