Bab 8

27.8K 1.5K 204
                                    

Airil memandang Irina yang tidur di atas sofa. Hatinya dipaut rasa kesian. Dia teringat pula kejadian tadi.

Flashback...

Airil memandang Irina yang sedang bergolek golek di atas kati. Dia mengeluh perlahan.

'Kenapa tak jatuh je tersembam biar padan dengan mukanya tu. Biar jatuh macam nangka busuk. Nak bergolek sangat kan macam tak pernah jumpa katil'. Bisik hati Airil.

Bangg!!

Irina tersembam di atas lantai.

"Alamak.. masin nya mulut kau Airil". Bebel Airil lalu berlari mendapatkan Irina yang memegang hidungnya.

"P.. pakcik, Irin.. Irina sakit.. huaaa". Airil mula gelabah lalu menutup mulut Irina.

"Diam.. nanti mama dengar laa". Irina mengesat air matanya.

"Pakcik, Irina nak tidur". Rengek Irina. Airil mengeluh berat.

"Kejap.. aku nak letak ubat kat muka kau tu. Merah semacam je. Kan lebam pulak. Mama marah aku". Bebel Airil lalu menyapu ubat di hidung Airil.

"Dah la pakcik.. Irina ngantuk". Tangan Airil ditarik ke atas katil. Airil hanya menurut lalu berbaring di atas katil. Tetapi lain pula dengan Irina yang hanya duduk di atas katil.

"Kenapa kau tengok aku macam tu?" Soal Airil tidak selesa apabila Irina menenungnya tanpa berkelip.

"Baca buku nii". Satu buku bertajuk CINDERELLA diberikan kepada Airil. Airil terkebil kebil melihat buku tersebut.

"No.. malas aku baca buku budak budak macam tu." Airil memandang mata Irina yang berkilat itu. Akhirnya Airil mengeluh. Dirampas buku itu.

"Sekali jee.." Irina bersorak riang lalu membaringkan tubuhnya di tepi Airil. Lengan Airil dipeluk lalu diletokkan kepalanya di bahu Airil. Airil menjeling tajam.

"Pada suatu hari...." Airil terhenti membaca apabila Irina mnyampuk.

"Tinggal seorang gadis yang amat malang. Sejak kematian...."

"Ish kau ni.. tadi suruh aku baca ni kau pulak yang menyibuk nak baca. Nah ambil baca ni sendiri". Bebel Airil. Irina tersengeh.

"Rina dah bosan dengar cerita ni la pakcik, pakcik ada cerita lain tak?" Airil tersenyum jahat.

"Ada.. ni cerita betul tau". Airil mula merancang rancangan jahat untuk mengenakan isterinya itu.

"Cerita laa.. Rina nak dengarr". Bersungguh sungguh Irina ingin mendengar.

"Taknak laa.. nanti kau tak dapat tidur pulak". Dalam hati Airil ketawa nakal.

"Ala pakcik.. nak dengarr. Cerita laa". Rayu Irina.

"Begini.. ceritanya haritu aku masuk bilik kau. Pastu aku ada la nampak satu makhluk ni duduk atas katil kau. Muka dia seram. Ada d..." kata kata Airil terhenti apabila Irina terloncat turun daripada katil dengan berbungkuskan selimut tebal.

"P.. pakcik, cepat turun la pakcik. Ada hantuuu. Jangan tidur atas tuu". Terketar ketar badan Irina dibuatnya. Airil menyembunyikan senyumannya.

"Kalau kau takut.. tidur atas sofa. Aku tidur dulu". Airil mencabut cermin matanya lalu diletakkan ke atas meja. Dia memejam mata lalu cuba melelapkan diri.

End flashback...

Sungguh Airil tak sangka Irina betul betul mempercayai ceritanya sehingga sanggup tidur di atas sofa.

Airil bangun dari katil lalu dihampiri Irina yang sedang lena tidur di atas sofa. Pasti tidak selesa. Perasaan serba salah menyelubungi dirinya.

"Syazril... Rhina...." Airil tersentak apabila Irina meracau dalam tidur. Air mata keluar dari tubir matanya. Airil mula dilanda rasa ingin tahu. Cerita Mak Mah yang tergendala itu membuatkan dia rasa hairan.

"Apa sebenarnya yang keluarga ni sembunyikan dan kenapa kau sakit begini? Huh". Keluh Airil sambil mengelus pipi mulus Irina.

Apabila matanya bertembung dengan mata biru milik Irina, dia merasakan ada sesuatu kelainan. Pandangan Irina padanya sungguh berbeza seperti Irina memandang dirinya sebagai orang lain.

"Apa la terjadi kat kau sebenarnya." Keluh Airil sendirian. Dicepung tubuh Irina lalu diletakkan perlahan lahan di atas katil.

"Maaf Irina.. aku masih tak dapat terima kau dalam hidup aku. Aku rasa perkahwinan ini sama saja perkahwinan aku dengan budak 5 tahun. Maaf". Bisik Airil di telinga Irina. Irina bergerak perlahan lalu memeluk lengan Airil. Airil tersentak.

Dipandang wajah polos Irina. Akhirnya dia turut terlelap bersama Irina. Irina membuka matanya lalu tersenyum.

"Aku sayangkan kau Hazairil. Maafkan aku. Aku tak cukup kuat untuk semua ini. Selamat malam sayang". Dikucup pipi kanan Airil. Air matanya dilap.

"Syazril.. aku rindukan kau. Kak Rhina, maafkan Irina". Bisik Irina perlahan lalu terlelap di pelukan Airil.

***

Airil menolak bagasi besar milik Irina dan miliknya lalu dimasukkan ke dalam kereta.

"Jaga diri ya sayang". Tubuh Irina dipeluk erat.

"Mama.. kitaorang kena gerak sekarang. Nanti terlepas flight". Kata Airil. Datin Laila melepas pelukannya.

"Airil.. jaga anak mama ni baik baik ya. Bella jangan nakal nakal la. Dengar cakap Airil tu. Kalau Bella nakal, mama malas dah masak makanan kegemaran Bella". Irina mencebik.

"Jangan risau la ma.. Airil akan jaga anak kesayangan mama ni bagai nyawa Airil sendiri. Kan sayang". Pinggang Irina dipeluk. Dijeling ke arah Thina yang mula mencuka bagai jeruk dalam peti.

"Ada ada je kamu ni..  dah la, pergi sana. Nanti flight terlepas". Kata Dato Syed.

"Menghalau nampak papa ni.. takpe la, Airil dan Irina pergi dulu ya." Tangan Datin Laila dan Dato Syed disalam lalu masuk ke dalam kereta. Apabila kereta keluar dari garaj, hon dibunyikan. Dan laju saja kereta Audi hitam milik Airil pergi.

Di dalam kereta, Airil menanggalkan cermin mata besarnya dan digantikan dengan Rayban hitam. Irina terkebil kebil melihat Airil. Ya, Airil nampak lain.

"Pahal kau tengok aku macam tu?". Soal Airil menyedari bahawa Irina memandang ke arahnya.

"Orang cakap kalau tengok suami dapat pahala tauu". Kata Irina sambil tersenyum. Airil terkebil kebil. Suara Irina tidak lagi manja.

Irina yang mnyedari kesilapannya itu sudah gelabah. Tiba tiba satu idea muncul.

"Haaa.. hebat tak Irina berlakon. Aritu kan, Irina tengok iter CINTA SEPULUH SEN. Best sangatt". Airil mengeluh.

"Ingatkan dah tak sakit. Kan best kalau dia sentiasa macam tu. Macam orang normal". Bisik Airil perlahan. Irina mendengar bisikan Airil. Matanya dipejamkan.

'Apa salahnya aku jadi diri aku sekarang.. dia perasan tak agak agaknya?' Bisik hati Irina.

"Pakcik nak ite jadi macam mana?" Soal Irina. Airil tersentak.

"Jadi macam isteri orang lain. Tak macam budak budak. Nak isteri yang normal. Boleh?" Kata Airil.

"Macam iter iter tu er? Kalau macam tu, okey. Irina cuba jadi errr". Airil terkebil kebil. Irina tersenyum dalam hati.

'Irina Back'. Bisik hati Irina.

VOTE AND COMMENT. THNKS SUDI BACA. ABAIKAN TYPO ^_^

Suamiku, Encik Pengasuh?✔️Where stories live. Discover now