13

1.6K 85 3
                                    

Sana membuka matanya perlahan. Pandangannya kabur. Dia mengelip matanya banyak kali. Dia melihat sekeliling.

Aku kat mana ni?

Sana cuba mengerakkan tangannya namun tangannya seperti diikat. Dia cemas. Matanya meliar melihat sekeliling. Dia duduk di kerusi, tangannya diikat di belakang kerusi. Kakinya juga diikat. Dia cuba menggerakkan tangan dan kakinya namun ikatan itu terlalu ketat. Dia mahu menjerit dan baru itu juga dia tahu mulutnya di tutup dengan tape.

Matanya mula berair.

Ya Allah selamatkan aku.

Sana cuba melepaskan kaki dan tangannya dengan ikatan. Dia takut yang amat sekarang. Dia menangis.

Bunyi pintu dibuka dan ditutup buat Sana kaku. Dia membatu di kerusi. Apa yang dia tahu, tempat dia berada kini mungkin di ruang tamu sebab ada sofa kelabu di hadapannya ini.

"Oh kau dah bangun." Suara lelaki itu buat Sana menggigil di kerusi. Dari sisi matanya, dia melihat lelaki itu berjalan masuk ke dapur. Sumpah dia takut untuk bertentang mata dengan penculiknya ini jadi dia menunduk.

Lelaki itu berjalan ke belakang kerusinya. Dia menyentuh pergelangan tangan Sana yang kemerahan selepas bergelut untuk melepaskan ikatan itu.

"Kesiannya. Mesti tangan kau sakit kan? I'll put the medicine on it. Tunggu sekejap." Kemudian lelaki itu masuk ke dalam biliknya dan membawa keluar sebotol minyak gamat.

Perlahan dia menyapu minyak di pergelangan tangan Sana yang melecet. Sana menangis kuat. Dia ketakutan. Tiba-tiba lelaki itu berjalan dan berdiri di hadapannya. Sana terasa badannya menggigil kuat. Dia duduk di hadapan Sana dan memegang wajah Sana, mengangkat wajah Sana untuk memandang mukanya.

"Why are you crying? I won't hurt you." Lelaki itu mengelap air mata Sana dengan ibu jarinya. Membulat mata Sana melihat gerangan lelaki di hadapannya ini.

SETH!

***

"Any news?" soal Farah. Afif menggeleng.

Mereka berjumpa di cafe di kolej kediaman Farah dan Zila. Farah memandang pula kearah Naim. Naim turut menggeleng.

"Dia matikan telefon." Kata Naim merujuk kepada Seth.

"Naim, aku bukan nak tuduh Seth tapi..." Farah menyatakan rasa bersalahnya.

Tadi lepas tahu berita kehilangan Sana, dia hanya terfikirkan Seth. Sebab itu dia call Naim bertanya kalau dia sudah dapat berita tentang Seth. Dan bila Naim pun tak dapat berita tentang Seth, Farah mula syak kehilangan Sana ada kaitan dengan Seth.

"It's okay Farah. Kalau aku jadi kau, aku pun syak Seth juga. Tapi to be honest, instinct aku kuat cakap ini semua kerja Seth. Tapi entahlah. Bro, I'm sorry." Kata Naim sambil memandnag Afiq.

"Bukan salah kau bro." kata Afiq dan saat itu juga telefon Afiq berdering. Panggilan dari ibunya. Afiq bangun dan berjalan agak jauh dari mereka untuk mengangkat panggilan dari ibunya.

Tiba-tiba Farah menangis. Dia terlalu risau.

"Farah jangnlah macam ni. InsyaAllah Sana okay." Pujuk Zila. Dia mengusap belakang badan Farah. Naim melihat Farah yang menangis dan menghulur tisu kepadanya. Farah menyambut.

"It's gonna be okay. Don't worry okay." Pujuk Naim pula kali ini. Farah mengangguk perlahan dan mengesat airmatanya.

"Kita dah buat report kan. Jadi kita hanya perlu tunggu sekarang ni. Be strong okay." Sambung Naim lagi. Farah mengangguk.

Zila memerhati Farah dan Naim.

Ai lain macam je budak dua orang ni???

***

"Seth, lepaskan aku." mohon Sana dengan air mata. Dia ketakutan. Seth sudah menarik kerusi dan duduk berdepan dengannya. Dia memandang Sana.

"Hanya kau dan aku kat sini. So tell me. He force you to marry him right?" soalan Seth buat Sana terkejut.

Dia refer pada Afiq ke?

Sana hanya diam.

Seth merengus kuat selepas dia tidak dapat jawapan dari Sana. Dia memandang Sana lagi.

"Kau jangan takut. Bagitahu je aku. I'll protect you, I'll give you everything that you want, and I'll make you happy. Just tell me the truth. Hmm? You don't even love him. Right?" kata Seth lagi.

Sana menarik nafas. Orang psiko macam Seth ni jangan main-main. Silap gaya, ada yang boleh melayang nyawa.

"Seth, erm I'm hungry." Sana cuba alih topic.

"Oh ya aku ada beli makanan untuk kau. Your favourite." Kata Seth sambil berjalan ke dapur untuk mengambil makanan yang dibelinya tadi.

Seth menghidangkan makanan yang dibeli tadi di meja dan dia berjalan mendapatkan Sana semula.

"Aku buka ikatan kaki ni supaya kau boleh jalan ke meja untuk makan. Kau jangan lari tau." Kata Seth. Sana laju mengangguk. Seth membuka ikatan di kaki Sana dan dia memimpin Sana yang tangannya masih terikat ke arah meja makan. Dia suruh Sana duduk di kerusi dan Seth duduk di sebelahnya.

"Erm macam mana saya nak makan kalau tangan saya tak boleh gerak?" soal Sana. Seth hanya senyum.

"Aku kan ada. Aku boleh suapkan." Seth senyum dan mencapai sudu untuk menyuap Sana. Seth menyuakan sudu ke mulut Sana. Sana paksa dirinya senyum dan membuka mulutnya.

Dalam hatinya hanya Allah yang tahu betapa dia nak hempuk je mamat ni. Berani dia persoalkan hubungan dia dengan Afif?

Are you kidding me? Argh macam mana aku nak lepaskan diri ni?

"Kau tahu, aku dah lama suka kau. Aku wonderlah kenapa kau tak reply perasaan aku. Tak sangka rupanya mamat tu buat kau macam ni. Oh poor my Sana." kata Seth. Sana hanya diam.

"Sana." panggil Seth.

"Jom kahwin lari." Kata Seth.

Kahwin lari? KAU GILA KE APA SETAN!

Sana paksa dirinya senyum.

"Eh mana boleh. Saya masih isteri orang. Lainlah kalau awak call dia, suruh dia ceraikan saya." Kata Sana dengan nada memujuk.

I need to play along.

"Tch! Argh mamat tu lagi yang problem. Biar aku yang telefon dia. Kau duduk je diam-diam. Biar aku yang settle." Kata Seth. Dia berjalan ke meja di ruang tamu dan menghidupkan telefon Sana yang dia matikan sebaik dia menculik Sana tadi petang.

Melihat Seth mendail nombor, Sana senyum segarit.

Game over Seth. Game over.

Only One You (✔)Where stories live. Discover now