10

1.6K 91 8
                                    

"Oh my God!" kata Farah terkejut dengan apa yang tertampal di papan kenyataan utama fakulti mereka. Zila telan air liur.

"Sana is done." Kata Zila.

Mereka berdua kaku di hadapan papan kenyataan itu.

"Farah! Zila! Kenapa korang tak masuk kelas lagi?" soal Sana sambil berjalan ke arah Farah dan Zila. Farah dan Zila serentak memandang Sana.

Sana tak boleh tengok benda ni! desis Farah. Dia buat eye-contact dengan Zila, menyuruh Zila menghalang Sana dari datang ke papan kenyataan sementara dia menghalang kertas yang tertampal di situ dari pandangan Sana.

"Oh Sana!" Zila menghalang Sana dari terus melangkah dan Farah menyorok kertas yang tertampal itu dengan badannya.

"Kenapa korang pelik sangat ni?" soal Sana ingin tahu.

Farah dan Zila dua-dua diam.

"Tak ada apa-apa. Erm, kau dengan Zila masuk lah kelas dulu. Kejap lagi aku follow." Kata Farah.

"Farah, are you hiding something from me?" soal Sana sambil mengecilkan matanya. Laju Farah menggeleng.

"Nothing! Absolutely nothing." kata Farah namun dia masih belum berganjak dari papan kenyataan itu.

"Okay then." Kata Sana dan dia berpusing untuk ke kelas. Farah dan Zila melepas nafas lega.

Tiba-tiba Sana berpusing kembali.

"Oh kalau pasal berita palsu tu aku dah tahu by the way. Ada masuk kat dalam universiti punya facebook confession page pagi tadi." Kata Sana selamba.

Farah dan Zila terus membuka page confession facebook universiti mereka.

"Mana post tu Sana? Aku tak nampak pun." soal Farah setelah tiada pun post mengenai itu di page itu.

"Oh mesti Afiq dah padam." Jawapan Sana buat mereka berdua confius.

"Apa kaitan dengan Afiq pula?" soal Zila penasaran.

"Aku bagitahu Afiq pasal tu dan dia cakap biar dia yang settlekan. Tapi nasib baik dia tak padam seluruh page tu. Dia cuma padam post pasal aku tu je." Kata Sana.

"M....macam mana dia buat?"

"He hacked the facebook page." Jawab Sana selamba dan dia berjalan masuk ke kelas tutorial.

"Positive! Afiq is not an ordinary guy." Kata Farah dan disambut dengan anggukan setuju dari Zila.

***

"Tulah Sana yang dalam confession pagi tadi."

"Confession yang mana? Aku tak sempat baca. Post tu dah kena delete."

"Ni confession tentang ada sorang budak fakulti kita ada sugar daddy. Siap ada gambar lagi."

"Tapi ada tulis ke nama dia dalam tu?"

"Alah tak payah tulis pun dah jelas lah. Aku ada simpan gambar tu. Tengok ni. Obviously tu dia."

"Wow mesti kaya gila sugar daddy dia. Kereta mewah bhai."

"Betullah rumour yang aku dengar sebelum ni."

"Ish muka nampak je baik tapi ada sugar daddy. Patutlah barang dia nampak branded je."

"Ugh biarlah aku tak lawa pun, at least aku tak ada sugar daddy untuk support aku. hahaha."

Ugh those annoying makcik bawang!

Only One You (✔)Where stories live. Discover now