11

1.7K 94 6
                                    

Majlis Makan Malam Program

"Agak tak malu jugalah muka dia untuk muncul kat sini."

"Dahlah cemarkan nama fakulti. Dasar perempuan tak tahu malu."

"Huh kalau aku, dah lama aku berhenti belajar."

Luna dan Kiki ketawa mendengar mulut-mulut makcik bawang yang duduk di meja sebelah mereka. Meja Sana and the gang ada di depan mereka.

"Tapi kebal juga telinga Sana tu ek. Semua orang kutuk dia pun dia boleh buat derk je." Kata Kiki.

"Dah tu nak deny? Benda dah terang lagi bersuluh. Tak guna nak tegakkan benang yang basah." Luna ketawa. Dia yang minta admin page confession universiti di facebook untuk postkan berita tentang Sana. Tapi dia tidak puas hati kenapa cepat sangat confession tu kena take down.

"Tapi siapa yang organize dinner ni mesti ada connection yang kuat gila. Yelah dapat sponsor yang betul-betul sponsor kita. Dahlah kita tak payah bayar satu sen pun." Kata Kiki. Luna hanya mengangguk.

Tidak lama kemudian, MC pada malam itu naik ke podium dan majlis dimulakan. Bermula dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, ucapan dekan dan ketua program sehinggalah ucapan pengerusi.

"Terima kasih saya ucapkan kepada pengerusi kita yang sudah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis kita pada hari ini. Tapi sebelum kita semua mulakan agenda kita yang lain, mana mungkin kita lupakan sponsor kita pada malam ini. Kerana beliau, kita dapat datang sini secara percuma." Seloroh MC. Hadirin yang hadir ketawa.

Hakikatnya itu betul. Sponsor majlis itu bersetuju untuk menaja majlis makan malam mereka membuatkan semua yang hadir - berjumlah seramai hampir 200 orang itu datang secara percuma.

"Jadi saya menjemput Encik Mohd Afiq bin Kamaruddin, CEO AA Corp. untuk memberikan ucapan beliau." MC majlis menjemput Afiq naik untuk memberikan ucapan.

Afiq yang duduk di meja bersama pensyarah naik ke podium. Farah dan Zila menyiku Sana yang sudah tersenyum tersipu malu. Dia memandang Afiq yang segak di podium. Mata mereka bertembung. Sempat Afiq mengenyit matanya. Sana senyum malu.

"Seriouly? We got sponsored by Sana's sugar daddy? Eww." Cemuh Luna.

"I wonder how much she gave to him in order for him to sponsor us all here." sambung Kiki pula.

Afiq membetulkan microphone sekaligus menarik perhatian hadirin yang hadir.

"Assalamualaikum semua dan selamat malam saya ucapkan. Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada pihak pengerusi majlis kerana menjemput saya ke majlis ini. Dan saya juga berbesar hati sebab pihak pengerusi memilih hotel kami untuk mengadakan majlis yang amat istimewa ini." kata Afiq.

Pelajar-pelajar perempuan dah ada yang tersenyum-senyum bersama mata yang bersinar melihat Afiq. Yelah siapa yang tak terpesona? Afiq tu bukan sahaja tampan, malah ada hotel sendiri! Kaya dan handsome? Cukup pakej. Siapa yang tak nak kan?

"Sana, habislah kau. Aku tengok ramai yang nak usya Afiq ni." bisik Farah.

"Don't worry. He's mine anyway. He love me so much so nothing to worry about." Kata Sana penuh keyakinan.

"That I won't deny. He's obviously head over heels for you." Kata Zila pula. Sana hanya tersenyum.

Selagi Afiq di sisinya, datanglah ujian seberat apapun, dia yakin dia mampu laluinya - sebab Afiq. Dia kembali memandang Afiq yang masih memberi ucapan.

"Fakenyalah lelaki ni." Luna buat rolled eye. Pada dia Afiq pura-pura suci depan semua pensyarah dan hadirin yang hadir. Oh kalaulah semua orang tahu lelaki yang dalam gambar Sana tu Afiq, memang teruklah kena boikot.

Only One You (✔)Where stories live. Discover now