1

2.2K 97 0
                                    

TING! TING! TING!

Dengan mata yang separuh terbuka Afiq mencari telefonnya yang berbunyi. Dia menutup penggera dan berbaring menghadap ceiling. Bunyi shower dari dalam bilik air berbunyi tahulah dia bahawa Sana dah bangun. Dia kemudian duduk di katil.

Sana keluar dari bilik air dan segera menyarung pakaiannya dan duduk bersiap di depan cermin. Afiq menggosok matanya yang masih mamai dan melihat jam - 8 pagi.

"Awak nak pergi mana pagi-pagi hari ini?" soal Afiq dengan suara seraknya.

"Kelaslah. Ada tutorial pukul 8.30 nanti." Jawab Sana sambil tangannya pantas menyapu bedak ke wajahnya.

Oh ya, Afiq hampir lupa. Sana sambung belajar selepas setahun mereka kahwin. Itu permintaan Sana. Dia ikutkan sahaja. Lagipun mereka masih belum dikurniakan anak, belum rezeki. Jadi tiada apa yang menghalang Sana untuk sambung belajar. Walaupun Sana tak perlu pun belajar atau kerja sepanjang hayat. Sebab apa? Sebab suami dia kaya raya. Haha. Tapi sebab Sana cakap Sana teringin nak rasa belajar masuk universiti, Afiq turutkan sahaja.

Sana berjalan ke meja sebelah Afiq untuk mencapai telefonnya saat Afiq tiba-tiba memeluknya membuatkan Sana hilang keseimbangan dan jatuh terduduk di katil. Afiq meletakkan kepalanya di bahu Sana.

"Abang, saya nak pergi kelaslah. Dah lambat ni." Sana cuba keluar dari pelukan Afiq namun tidak mampu. Afiq memeluknya kemas.

"Tak payahlah pergi kelas. Abang cuti hari ni. Teman abang jelah kat rumah ni. Hmm?"

"Nope. Tutorial ni penting. Now let me go. I have class in 15 minutes." Sana meleraikan pelukan Afiq. Namun Afiq masih memegang tangan kanannya. Menggunakan tangan kiri, Sana memasukkan telefonnya ke dalam beg tangannya.

"Oh sarapan ada atas meja. Saya balik petang nanti tau. Dinner nanti saya masak." Kata Sana. Afiq mengangguk faham namun pegangannya pada Sana masih belum di lepaskan.

"Abang." Sana mengisyaratkan supaya Afiq lepaskan tangannya.

"Where's my good morning kiss?" Afiq mengusik. Sana menarik nafas dalam dengan kerenah Afiq ni.

Dia mencuim pipi Afiq. Pipinya bertukar merah selepas itu. Afiq senyum kemudian mencium dahi Sana semula.

"Ok have fun in class!" kata Afiq sambil melambai kearah Sana yang melangkah keluar dari bilik.

Have fun in class? How? I'm red like a tomato right now!

***

Kelas Tutorial

Kelas tutorial berakhir kira-kira jam 9.30 pagi. Sana sedang mengemas bukunya bila Farah dan Zila merapati.

"Sana, kau balik ke lepas ni? Kelas kita start pukul 2 nanti." Kata Farah. Zila mengangguk.

Farah dan Zila adalah kawan rapat Sana di universiti ini. Mereka berkawan dari semester 1 selepas bersama dalam satu kumpulan assignment dan kini mereka sudah di semester 2, dan mereka masih berkawan lagi baik. Farah dan Zila muda beberapa tahun dari Sana namun itu tidak menghalang mereka untuk berkawan. Namun apa yang Farah dan Zila tidak tahu adalah status dirinya yang sudah menjadi isteri orang.

"Aku stay library je dulu kot sebab aku ada tutorial finance pukul 12 nanti." Kata Sana.

"Oh oklah. Hmm apakata lepas kau habis tutorial pukul satu nanti, kita pergi cafe lunch sama-sama." Cadang Zila. Farah laju mengangguk. Sana senyum.

"Ok. Nanti lepas aku habis kelas, aku call korang." Mereka setuju dan mengambil haluan masing-masing - Sana ke library dan mereka berdua menunggu bas untuk balik ke kolej kediaman. Budak dua orang tu, gap sejam pun balik kolej. Apa yang menarik kat bilik tu pun tak tahu. Sana dari semester satu memang tinggal luar. Yelah, dia ada suami buat apa nak tinggal di asrama.

"Oh nak telefon Afiq lah." Sana mendail nombor telefon Afiq. Boleh jadi Afiq tidur semula dan masih belum bersarapan.

***

Dewan Kuliah 1

"Baiklah, group assignment anda semua saya sudah tetapkan. Sudah saya upload di FB. Jadi masa 15 minit yang berbaki ni, saya nak awak cari ahli group awak dan mula berbincang serba sedikit tentang projek jualan tu nanti. Faham?" kata Prof Zarina. Semua pelajar mengangguk dan melihat senarai nama kumpulan itu.

"Oh yeah! Aku dengan Sana satu group." Farah mengangkat kening sengaja untuk sakitkan hati Zila. Zila cemberut.

"Hah and great aku dengan that stupid trio." Kata Zila sarkastik.

'Stupid Trio' yang Zila maksudkan adalah geng Diva fakulti yang terdiri daripada Luna, Mia dan Kiki. Diketuai oleh Luna yang sememangnya ratu cantik fakulti, geng Diva memang terkenal dengan acah-acah popular dan ingin semua orang ikut cakap mereka.

"Zila tak baiklah cakap macam tu." Sana menegur. Kemudian dia melihat lagi senarai nama ahli kumpulan mereka.

"You guys are Farah and Hasanah right?" soal satu suara garau. Farah dan Sana mengangkat muka dan melihat gerangan dua lelaki handsome yang berdiri di depan mereka. Zila sudah pergi mendapatkan ahli kumpulannya yang lain.

"Yeah and you?" soal Farah. Dia tidak cam mereka berdua mungkin bukan dari course mereka.

"Oh I'm Naim." Lelaki yang berkemeja hitam, berbadan tegap memperkenalkan diri.

"Dan dia Seth Haris." Naim perkenalkan Seth yang berkaca mata. Seth senyum segarit.

"Saya Sana. Dia Farah." Sana bercakap bagi pihak Farah sebab apa yang dia perasan, Farah dah macam ada heart-heart pada mata dia.

"Hope we can work great as a team." Kata Seth sedikit dingin. Sana hanya senyum.

Namun firasatnya mengatakan, dia tak suka Seth.

***

Kuliah tamat dan mereka semua dibenarkan pulang.

"Wei handsome lah si Naim dengan Seth tu." Kata Farah.

Nope. Afiq lagi handsome.

Sana menyorok senyumannya.

"Ha senyum-senyum. Sukalah tu." Cuit Farah. Sana menggeleng.

"Mana Zila? Jom aku hantar korang balik kolej." Sana memang selalu menghantar Zila dan Farah balik ke kolej dengan kereta myvinya. Dia yang minta Afiq beli Myvi sebab kalau ikutkan Afiq, tu kereta Volkswagen dia nak bagi pada Sana. Dan itu terlalu over untuk dia bawa pergi kelas.

"Jap aku call dia." Kata Farah.

Only One You (✔)Where stories live. Discover now