9

1.5K 88 3
                                    

Farah dan Zila sudah sampai ke dewan kuliah namun bayang Sana masih belum kelihatan.

"Sana tak masuk kelas ke hari ni?" soal Zila sambil mengeluarkan buku notanya. Farah angkat bahu.

"Masuk lambat sikit kot." Kata Farah. Zila mengangguk setuju.

Lima minit sebelum kelas bermula, namun Sana masih belum tiba.

"Aku rasa budak tu skip kelas. Cuba kau telefon dia." kata Farah.

"Aku tak ada kredit." Jawab Zila selamba.

"Aduh kau ni." rungut Farah sambil mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor Sana.

Tut tut tut

Sana mengangkat.

"Sana, kau masuk kelas ke tak ni?" soal Farah.

"Ya Allah aku lupa nak inform. Aku kat hospital ni. Aku tak masuk kelas tau hari ni." jawab Sana.

"Kau kat hospital? Kenapa kau sakit ke?" soal Farah.

"Taklah. Aku lawat kawan aku bersalin." Jawab Sana.

"Okaylah, insyaAllah jumpa kat kelas esok. Jangan lupa save nota untuk aku." pesan Sana.

"Hmm yelah yelah." Jawab Farah. Kemudian talian dimatikan.

"Kenapa? Kenapa?" soal Zila ingin tahu.

"Sana kat hospital." Jawab Farah.

"Hospital?! Dia sakit ke?"

"Tak. Dia pergi lawat kawan dia bersalin." Terang Farah. Zila mengangguk.

"Aku tak tahulah aku sorang je yang rasa ni atau orang lain pun sama, tapi kau perasan tak, sejak kita discover yang Sana tu dah kahwin, lately topic yang kita cakap macam adult things. Maksud aku, macam benda-benda nilah. Bersalin, husband, anak et cetera. You know, topic that kids like us don't usually talk about. Typically kan we talk about crush, handsome guy, annoying girls that we don't like dan yang seangkatan dengannya. Kau tak rasa macm tu juga ke?" bisik Zila pada Farah dengan penuh serious. Farah hanya mampu bagi pandangan 'I-cannot-brain-this-girl'.

"Nope. Kau sorang je yang rasa macam tu. Plus, we actually don't talk about boys as much as you think." Kata Farah.

"Yea?" Zila tayang muka confius. Farah mengangguk.

Kemudian Zila mengeluh sendiri.

So it's true we are a bunch of single girls that don't talk about boys. Okay I accept that.

***

"Kau sengajakan buat-buat sakit sebab kau nak skip kelas?" kata Seth pada Naim yang sedang menunggu gilirannya untuk ambil ubat.

Tadi tengah hari sebelum kelas bermula, Naim menelefon Seth untuk ambilnya di kolej. Katanya perutnya sakit dan dia muntah-muntah.

"Wah hati kering betul kau ek? Aku separuh mati tau pagi tadi." Kata Naim membela diri. Menurut doctor, dia hanya masuk angin mungkin sebab masa makan yang tidak betul.

"Apa-apa jelah. Aku tunggu kat lobi. Dah siap pergi sana." kata Seth sebelum dia melangkah keluar dari ruang farmasi itu.

Ah kering pula tekak aku ni. Seth mencari mesin air gedegang yang berdekatan.

Dia nampak satu mesin dan dia berjalan kearah mesin itu. Saat itu juga ada seorang wanita ayu bertudung biru lembut, berkemeja denim dan berskirt putih berjalan ke arah mesin itu bersama seorang budak lelaki.

Semakin dekat dengan mesin itu semakin Seth rasa seperti dia mengenali wanita itu.

Sana?

"Yea dapat Ribena! Give me five!" kata Sana pada budak lelaki itu. Budak lelaki itu membuat hi-five pada tangan Sana dan mereka berdua ketawa.

Oh she's such a mother figure...

***

"Kat wad mana isteri Fahmi tu duduk?" soal Sana semasa mereka dalam perjalanan ke hospital. Hanif duduk di depan dengannya.

"Katanya kat tingkat 5. Nanti sampai sana abang telefon dia semula." jawab Afiq sambil matanya focus pada pemanduan. Mereka masuk ke perkarangan hospital dan Afiq berhenti di depan lobi hospital.

"Awak turun dulu sekejap. Abang cari parkir. Lepas tu kita naik sama-sama." Kata Afiq. Sana mengangguk dan membuka pintu.

"Jom Hanif. Kita pergi tengok baby girl." Sana bercakap dengan Hanif yang senyum lebar. Dia melangkah turun dengan kaki kecilnya bersama Mr Bunny di pelukannya. Menurut Fahmi, patung arnab tu dah macam patung busuk dia. Kalau tak ada, mahu demam di buatnya.

Sana dan Hanif berjalan masuk ke lobi hospital saat mata Hanif menangkap mesin air gedegang. Dia menarik tangan Sana dan menunjuk ke arah mesin itu.

"Ribena. Nak Ribena." Kata Hanif.

"Okay. Jom." Sana memimpin Hanif menuju ke mesin itu. Sana mengeluarkan not RM1 dua keping.

"Hanif nak try masukkan dalam ni?" soal Sana. Hanif mengangguk. Sana menghulurkan not itu pada Hanif. Not itu selamat masuk ke dalam mesin.

"Ok tekan ni pula." Sana mengangkat Hanif untuk menekan swith untuk memilih air Ribena itu.

Gedegang!

Jatuh air Ribena yang ditekannya tadi. Hanif sudah menepuk tangan gembira. Laju dia mengambil dari mesin itu.

"Yea dapat Ribena! Give me five!" kata Sana. Hanif senyum lebar dan memberi hi-five pada Sana. Sana senyum lebar.

"Ok jom kita..." baru Sana mahu berjalan pergi, langkahnya terhenti.

"Oh Seth. Hi." Sana menegur Seth yang berdiri tidak jauh dengan mesin itu. Hanif memegang tangan Sana.

Seth senyum.

"Hi Sana. You buat apa kat sini?" soal Seth sambil membetul cermin matanya.

"I datang lawat kawan I." terang Sana. Seth memandang Hanif. Sana mendukung Hanif.

"Ni anak kawan I. Hanif say hi to uncle Seth." Kata Sana.

"Hi." Hanif melambai kearah Seth. Seth senyum sambil mencuit pipi Hanif.

"He's a cute boy." Kata Seth.

"I know right." Kata Sana dengan senyuman.

"Sana!" panggil Afiq. Sana menoleh dan melambai untuk Afiq datang kearah mereka.

Oh ni lelaki hari tu. Mereka datang sini sama-sama ke? desis Seth.

"Ni Seth. My coursemate." Sana kenalkan Afiq pada Seth. Afiq dan Seth berjabat tangan.

"Afiq."

"Seth."

"Fahmi kata dah boleh naik. Jomlah." Kata Afiq. Sana mengangguk. Afiq mengambil Hanif dari gendongan Sana. Seth masih memerhati gerak geri mereka berdua.

"Kami pergi dulu. Bye Seth." Kata Sana kemudian mereka berdua berjalan ke arah lif.

Seth memerhati mereka berdua dari belakang.

Ah I feel intimidated by him. Come on Seth. Think a way. You can make Sana yours.

Only One You (✔)Where stories live. Discover now