" aku Park Jihoon. Peminat kau nombor satu! " dia berkata dengan sengihan yang lebar. Aku tersenyum lebar. Peminat? Aku tak sangka aku masih lagi ada peminat selepas apa yang dah terjadi pada aku ni.

" iya? Well, hai Park Jihoon. Nice to meet you. " aku senyum padanya lalu menghulurkan tangan aku padanya, menunggu dia menjabatnya. Dia melihat tangan aku kemudian wajah aku semula. Dia tersengih lebar lalu terus mencapai jabatan tangan aku.

" hehe.. aku tak sangka aku tengah berjabat tangan dengan idola aku " dia tersenyum sumbing. Dia memegang tangan aku bagaikan nyawanya berada dalam tangan aku. Alahai, comelnya.

" jadi, apa hajat kau datang sini? Macam mana kau tahu aku ada di sini? " soal aku bertubi-tubi. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal itu. " sebenarnya Seokjin beritahu aku yang dia tak dapat datang hari ini jadi dia minta aku menjemput kau. " katanya lagi dan aku mengerutkan dahiku.

" kau berkawan dengan Seokjin? " Jihoon menganggukkan kepalanya. " kami berkawan sebaik sahaja dia berjaya keluar daripada lubang itu terlebih dahulu. Banyak juga dia ceritakan tentang kau semasa kau berada di dalam sana " dia mengambil beg yang dipegang oleh aku tanpa disuruh.

" jangan risau, kau boleh percayakan aku " dia senyum segaris apabila melihat wajah aku curiga memandangnya. Yelah, Seokjin tak beritahu aku pun tentang budak ni. " kau boleh jalan? Mahu aku bantu kau berjalan? " soalnya lagi. Dia amat teliti dan berhati-hati dengan aku. Itu membuatkan kepercayaan aku padanya bertambah sedikit. Mungkin dia tidak lah seteruk mana kan?

" tak, jangan risau aku boleh berjalan dengan biasa " aku senyum padanya dan dia mengangguk perlahan. " kau tahu, aku ada banyak benda yang mahu bercakap dengan kau " katanya lagi dengan mata yang bersinar. Aku menganggukan kepala aku. " tentang apa? "

" tentang lubang tu. " senyuman aku mati. Nampaknya dia sama sahaja seperti wartawan yang pernah datang ke wad aku kelmarin. Mereka menyoal aku banyak soalan mengenai lubang kematian itu tetapi aku seboleh-bolehnya tak memberitahu mereka apa-apa. Dengan keadaan aku yang tak menentu, ia membuatkan aku tak selesa.

" eh, aku tak akan soal kau tentang lubang itu macam wartawan selalu lakukan " Jihoon mengangkat tangan nya. Wajahnya jelas menunjukkan dia mengelabah apabila aku memandangnya dengan pandangan yang serius. " cuma ada sesuatu yang kau patut tahu tentang asal usul Lubang itu." Dia sengih lagi.

Aku mengerutkan dahiku ke arahnya. Asal usul?

" apa maksud kau asal usul? " soal aku dengan nada yang mendatar. Jihoon memandang aku daripada sudut matanya lalu berkata lagi. " apa sebenarnya tempat lubang itu sebelum ia disumpah. " aku terdiam apabila mendengar kata-katanya. Terus, Jihoon merangkul bahuku.

" kita ada banyak benda nak dibincangkan dan aku yakin, kau juga tak tahu kan tengang tiada sesiapa pun yang mengistiharkan rancangan hollow of the low ini sebagai satu rancangan yang berlesen di sosial media? " dia mengangkat keningnya pada aku.

Nampaknya dia ini seorang yang menarik juga rupanya.

Hoseok baring di atas katilnya. Badan dia lemah. Tetapi apabila mengenangkan kenangan dia semalam bersama Taehyung dan juga yang lain membuatkan dia tersenyum sendirian.

Itu mungkin kali terakhir dia keluar daripada bilik ini dan juga kali terakhir dia berjumpa dengan kawan nya.

Apabila mengenangkan tentang itu, dia berasa sedih, kecewa dan marah. Kenapa dirinya berada di tempat ini? Apa masalah dia? Kenapa tiada satu pu doktor menerangkan apa sebenarnya penyakit yang dia dihidapi olehnya?

Dia seakan seorang yang bodoh dalam bilik itu. Berselubung dengan selimut, satu badan nya berwayar dan dia juga memakai penutup hidung dan mulut sebagai laluan pernafasan. Tetapi anehnya dia rasa sihat sahaja. Hanya tangan dia sahaja yang bermasalah.

Selepas dia berjaya keluar daripada lubang tersebut, dia mahu merasakan kebebasan. Tetapi ini, lebih teruk daripada keadaan nya di dalam lubang.

Menghadap siling yang putih dan membosankan setiap hari. Makan benda yang sama, setiap hari.

Dia muak.

Tiba-tiba dia melihat ada seseorang membuka pintu bilik wad tersebut. Walaupun di sekeliling katil yang dibaring olehnya itu dilitupi dengan tirai lutsinar, dia masih lagi dapat melihat pintu bilik wadnya itu terkuak.

Hoseok mengerutkan dahinya. Dia menjeling ke arah jam yang tergantung pada bilik tersebut. Ia menunjukkan jam Dua pagi. Siapa pula yang datang pada awal-awal pagi ni?

Pintu terkuak luas, tetapi tiada sesiapa pun yang muncul. Pandangan Hoseok hanya ditumpukan pada arah pintu; menunggu sesiapa sahaja gerangan yang akan memasuki ke dalam bilik tersebut. Tetapi selepas lima minit berlalu, tiada sesiapa pun masuk.

Hoseok mula rasa tak sedap hati.

Dia cuba mengendahkan perkara itu. Mungkin ianya hanya angin agaknya? Walaupun anggapan nya itu tak sekukuh mana, tetapi dia cuba memaksa dirinya untuk mempercayai anggapan tersebut.

" kau patut mati! "

Hoseok terkejut apabila melihat pada sebelah kanan nya, terdapat seorang budak perempuan yang rambutnya panjang mengurai. Matanya terbuntang apabila dia mengenali budak perempuan tersebut.

Budak perempuan itu memandangnya dengan renungan yang mengerikan. Ianya amat tak selesa. Kemudian, mata budak perempuan itu dilirikkan ke arah lengan Hoseok di mana luka yang diperolehinya itu berada. Ia berbalut kemas.

Denyutan Hoseok terhenti. Dia mengelip matanya untuk memastikan sama ada budak perempuan di hadapan nya ini nyata atau tidak tetapi apabila dia membuka matanya semula, dia melihat budak perempuan itu sudahpun tersenyum menyeringai menunjukkan barisan gigi tajamnya yang menitis-nitis air darah daripada gusinya sendiri. Itu membuatkan Hoseok terkejut dan panik.

Dia cuba menjerit apabila leher budak perempuan  itu memanjang dan ia menggerekkan kepalanya ke arah lengan nya yang berbalut itu. Mulut perempuan itu dibuka seluas-luasnya.

Entah kenapa tubuhnya kaku. Telinganya menangkap bunyi hilaian tawa budak perempuan itu. Makin panik dia jadinya.

Akhirnya gigi perempuan itu terbenam dalan lukanya. Hoseok melolong kesakitan. Budak perempuan itu mengunyah lengannya dengan begitu kejam sekali. Darah memercik tetapi budak perempuan itu langsung tak menghiraunya. Pandangannya kini pada Hoseok dan dia masih tersenyum menyeringai.

Hoseok menjerit, dan menjerit.

Tetapi tiada sesiapa mendengarinya.

Malam itu berlanjutan.

Sehingga Hoseok tak dapat mengawal badannya.

Roh nya mula hilang daripada tubuhnya.

Dan dia mula mengambil alih.

;)

hollow of the low. Where stories live. Discover now