Ajak Adila bermalam

2.5K 46 0
                                    

                              🌹 BAB 16 🌹


"Eh Adila. duduk la nak, mana Ina? "tanya Encik Iskandar mesra sambil mempelawa teman anak kesayangannya itu duduk. Syafiqa yang duduk di atas lantai melemparkan senyuman manis lalu turut mempelawa untuk duduk.

"ye pakcik. Ina tengah mandi tadi. kejap lagi dia keluar la tu."
jawab Adila Naufa mesra sambil tersenyum. Dia kemudian duduk bersimpuh di sebelah Syafiqa lalu mencubit manja dan geram pipi si kembar.

Encik Iskandar menggangguk kepala, baru sahaja Encik Iskandar mahu bersuara, Syafiqa terlebih dahulu bersuara. Dah macam pertandingan lumba bersuara gaya mereka.
   
"Adila, bermalam la kat sini malam ni. hari pun dah nak lewat petang." Pelawa Syafiqa mesra. Adila Naufa yang leka mencubit pipi si kembar lantas menjawab.
" eh tak pe ke kak? segan lak rasanya. tak susahkan akak dan pakcik ke." jawab Adila Naufa lalu memandang semula ke arah si kembar, Auni Raesha dan Auna Riesha yang sangat comel itu.  Dengan rambut yang diikat dua menggunakan riben merah jambu menambahkan lagi kecomelan mereka berdua.

"Eh tak pe Adila. ape pulak yang susahnya. Kami okay aje. Asalkan Adila selesa."
Encik Iskandar mencelah perbualan mereka lalu disambut anggukan dari Syafiqa yang menyokong hebat. Adila Naufa hanya mampu menggangguk tanda bersetuju dan dengan rela hati dia.

Encik Iskandar sememangnya seorang yang baik hati dan peramah. Dia sentiasa mengalu alukan kehadiran tetamu. lebih lebih lagi teman anak anaknya. Tetapi haruslah memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Lelaki tidak dibenarkan sama sekali. Kerana boleh mengundang fitnah dan buah mulut orang kampung. Dia tidak mahu anak anaknya menconteng arang ke mukanya.
Mujurlah anak anaknya terutama anak bongsu, Nurin Syarina yang masih belum berkahwin mahu mendengar kata, memahami dan menghormati setiap didikan dan ajaran ayahnya.

Encik Iskandar menanggalkan kaca mata matanya dan melipat surat khabar dan meletakkan di atas meja. Lalu meraup wajah perlahan.

"ayah. yahh. Borak ape nie?"
Tanya Nurin Syarina dengan manja sambil membaringkan kepala di atas paha ayahnya.

Entah bila Nurin Syarina keluar dari bilik dan datang ke situ tidak pula mereka semua menyedari. Dah bertukar jadi halimunan barangkali.

"nie ha ayah dan Kak Iqa kamu ajak Adila bermalam. Dah alang alang nak petang kan. Jauh perjalanan nak ke Hulu Langat. Dahlah perempuan. Seorang pula tu. Bahaya. " jawab Encik Iskandar mesra namun tegas seraya mengusap rambut anak bongsu nya.
Manja!

Nurin Syarina hanya mengangguk tanda faham. malas dia hendak memanjangkan cerita. Dikerlingnya Adila Naufa sekilas, yang sedang leka bermain dengan Auna dan Auni.

Adila Naufa sangat penyayang orangnya. mungkin kerana dia mempunyai dua adik, maka kerana itu dia terbiasa menjaga dan melayani karenah budak kecil.
Nurin Syarina Kagum melihat. Tambahan Auna dan Auni kelihatan cepat mesra bila diagah. Gelak tawa si kembar menghiasi rumah mereka petang itu.

"Yah. Ina nak jalan jalan kat pantai boleh tak ? nak ajak Adila sekali. "tanya Nurin Syarina meminta izin dari ayahnya. Nurin Syarina seorang anak yang taat dan hormat akan orang tua. kemana sahaja dia hendak pergi, pasti terlebih dahulu akan memaklumkan dan meminta izin daripada ayahnya. Dia tidak mahu membelakangi ayahnya dalam setiap perkara. Baginya dialah ayah, dialah ibu, yang harus dia taat dan hormat.

"boleh nak, kenapa pulak tak boleh. Ina bawak la Adila jalan jalan. nikmati udara segar kat kampung kita. Adila pun mesti nak tengok suasana kampung kita. ayah pun kejap lagi nak sambung rehat. " jawab Encik Iskandar tenang.

Nurin Syarina gembira kerana ayahnya memahami kehendaknya.
Adila Naufa yang telah pun mengambil tempat di sebelah Nurin Syarina turut mencelah.

"wah ada pantai eh? bestnya. saya suka pantai sebab boleh beri ketenangan, tenangkan hati dan fikiran, bila duduk kat pantai boleh hilang segala resah atau masalah." ujar Adila Naufa dengan nada yang ceria. Encik Iskandar ketaw kecil lalu mengiyakan kata kata teman anaknya itu.

Nurin Syarina tersenyum manis. gembira akan kesudian temannya untuk diajak pergi ke pantai. Ternyata pandangan Adila Naufa tentang pantai sama dengan pandangan Nurin Syarina yang juga menggemari ketenangan pantai.

    

Syafiqa leka mengejar si kembar yang berlari lari ke sana sini dengan gelak keletah yang menghiburkan.
Begitulah kepenatan dan rutin yang ditempuhi Syafiqa setiap hari. Dengan dugaan yang silih berganti, dia cekal meneruskan hidup setelah kematian suaminya tiga bulan yang lalu. Dugaan itu membuatkan Syafiqa menjadi tabah dan kuat. Dia bekerja sebagai guru di sebuah Sekolah Rendah di dalam kampung yang berhampiran dengan rumah.
Kerana itu Syafiqa mampu menyara kedua anak kembarnya , Auni Raesha dan Auna Riesha tanpa meminta bantuan orang lain.

Sayang, I LOVE YOU (🌹completed✅)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora