Rumah Adila

3.2K 67 3
                                    

                                          🌹 BAB 3 🌹

"Adila, mana makanan tadi.
Saya laparla. Heeeeeee "
Sengih Nurin Syarina bersuara sambil menutup mulut menahan malu.

Malu bila teringat akan sikapnya pagi tadi yang seakan kebudak budakkan. Jam sekarang menunjukkan pukul 11 pagi.
Mereka masih dalam perjalanan untuk sampai ke rumah Adila Naufa untuk mengambil motorsikal Nurin Syarina yang ditinggalkan di beranda rumah Adila Naufa. Adila Naufa mengajak Nurin Syarina menggunakan kereta untuk keluar bersiar siar bimbang akan cuaca yang kebelakangan ini sering hujan.

"Hahaha. tau pun awak lapar. Ada kat seat belakang, dapat capai x?"  soal Adila Naufa semula kepada temannya itu.
"Ahahaha janganlah perli saya. jap saya cuba"
Nurin Syarina cuba mencapai bakul di seat belakang, namun sikunya terkena bucu dada Adila Naufa. Adila Naufa yang sedang fokus memandu tersentak kerana terkejut. Terkejut merasakan seakan ada aura berdegup menampar hebat dadanya.

"Eh eh sorry Adila. tak sengaja"
ujar Nurin Syarina apabila menyedari sikunya terkena bahagian dada Adila. Mujur tidak terkena terus pada bukit kembarnya.

kemerahan wajah Adila Naufa menahan malu. malu bercampur debaran yang tidak terkata.

"Tak pe awak bukan sengaja pun. hehe. " Adila Naufa terus memandu perlahan sambil membuka sedikit kuat volume lagu dan penyanyi kegemarannya.

"saatku menanti.. wahai cintaku..saat ku lemah..aku... terbayang wajahmu..dimata ku .. dalam jiwaku...kau melihat aku..dalam senyumanmu ..kau bahagiakan aku ..tulus...takdir temukan kita...haaa...aa..cinta aku...dengan kamu..meskipun ku harus bisa junjung langitnya...meskipun harus aku gapai bintangnya..hanya kau yg satu..tercpta utkku..aku xkan berpaling..Tuhan yakinkan aku dia utkku..agar aku xkan luluh genggam tangannya..suluhlah jalanku selama bersamanya..dia untukku ............"

"perghhh!!. jiwanggg nya awak ni Adila. Hahhahahaa"
perli Nurin Syarina ketawa sakan melihat temannya yang sedang syok berjiwang dan menghayati sepenuh jiwa dan raga.

Adila Naufa yang sedang asyik melayan perasaan mengerling sekilas.
"Alaa Jiwang sikit je wak. hehe. saya suka lagu ni tau. awak pernah dengar tak lagu ni?"
Adila Naufa menyoal Nurin Syarina yang sedang enak dan leka mengunyah keropok perisa udang disebelahnya.

"Pernah jugak. tapi jarang la. sebab saya tak layan sangat lagu jiwang jiwang ni."
Syarina menjawab sambil menghulurkan bungkusan keropok kepada Adila Naufa.

Tanpa Nurin Syarina sedari, Adila Naufa lama merenung matanya melalui cermin mata hitamnya.

Tepat jam 11.45 pagi. Mereka pun sampai. Setelah meletakkan kereta di garaj, Adila Naufa dan Nurin Syarina pun keluar dari perut kereta.

"Er, Adila, Saya terus balik eh?"
Ujar Nurin Syarina sambil membetulkan selendang hitamnya. Nurin Syarina seorang gadis ayu bertudung, kecil molek orangnya, sederhan tinggi  dan berkulit sawo matang.

"Laaa. balik apa nya awal lagi ni. dah nak tengah hari dah pun. awak makan sini jela Ok."
Adila Naufa menjawab sambil membuka kasutnya. Adila Naufa ringkas berkasut, bertudung merah hati, dan mengenakan jeans dan tshirt lengan panjang, berbadan agak tinggi dan sedikit berisi, kulitnya agak cerah kemerahan.

"Ala Dila. saya seganlaa. Dahla first time kat umah awak. Family awak ada ke kat dalam?"
Nurin Syarina gelisah mencuba mencari alasan yang sesuai.

"Xde xde awak masuk je. mama dan papa balik kampung, ada urusan keluarga kat sana. Adik ada la kat dalam tu mungkin tak bangun tidur lagi kot." jawab Adila Naufa meyakinkan teman nya itu.

   Belum sempat Nurin Syarina berkata kata, Adila Naufa lantas mencapai tangannya untuk masuk ke dalam rumah.

"Eh Along dah balik. cepatnya. Ni ke kawan along tu?"
Dari arah dapur terdengar suara gadis serak serak basah, berseluar doraemon dan berbaju tshirt biru sambil menguruskan rambut yang kusut masai.

   "aah la dik, ni kawan along la. Dia tinggal area dekat dekat sini jugak."
Jawab Adila Naufa menahan ketawa melihat keadaan adiknya yang sedikit serabai.

Nurin Syarina hanya tersenyum memandang gadis de hadapannya. Gadis itu ternyata mempunyai ukuran ketinggian sedikit pendek darinya. Dan turut membalas senyumannya dengan mesra. Gadis yang berusia 22 tahun itu dilihat seperti agak peramah sama seperti kakaknya.

  "kenalkan , ini Nur Hani adik saya, dan dik ini kak Syarina kawan along. kawan yang selalu jadi tempat pendengar setia along. Yang selalu ada masa along sedih dan happy." Adila Naufa memperkenalkan adiknya kepada temannya dan begitulah sebaliknya.
Nur Hani mengangguk tanda faham. Nurin Syarina disebelah yang mendengar hanya tersenyum malu malu. Nurin Syarina sememangnya seorang gadis yg agak pemalu. Bukan setakat malu malu kucing, tapi malu malu dinosour dah. Terlebih malu namun malu itu akan hilang bila sudah lama mengenali nya, sebab itu Adila Naufa menyukainya. kerana sikapnya yang membuatkan Adila rasa tercabar untuk mendekati dirinya , suatu tika dulu.

  (setahun yang lepas)

Hai awak,
hai juga.

Saya suka laa tengok status status awak kat fb ni.
yeke. Tq.

awak memang suka menaip eh?
yups, hehe.

Btw, Saya Adila. saya selalu nampak status status awak.  Setiap hari ada jee status yang awak buat. kadang kucu, kadang serius, saya suka baca.
(krik.. Krik..)

"Oi.along, mengelamun ape ntah."
Nur Hani menepuk bahu kakaknya yg sedari tadi tersenyum sendirian.

"tak de pape la. haha.  adik ni dah gi sana mandi. bau dah macam kambing Pak Seman kat kampung je. kambing Pak Seman pun wangi lagi kot dari adik."
Usik Adila Naufa kepada adiknya.

Nur Hani lantas mencapai bantal di sofa dan membaling kakaknya.

Nurin Syarina tergelak kecil melihat gelagat keduanya.

"Kring.. kring...kring.. kring.."

Telefon Nurin Syarina berdering ringkas.
Lalu dengan pantas menyentuh butang
answer dan terus meletakkan di telinga kanannya.

"Hello...."

Sayang, I LOVE YOU (🌹completed✅)Where stories live. Discover now