Chupppp!

2.9K 54 2
                                    

                                        🌹 BAB 8 🌹

" Hati hati Dila. jangan laju laju bawak kete tu.
Syarina, time kasih sebab sudi makan lauk yang autie masak tadi. maaf kalau tak sedap tau" tutur Puan Azian lembut mengingatkan anak sulung dan seterusnya mengucapkan terima kasih kepada Nurin Syarina atas kesudian merasa masakannya.

" Sama sama auntie. eh tak la. Masakan auntie sedap. Cenggini ha.  " jawab Nurin Syarina menujukkan simbol good  menggunakan ibu jari tangannya sambil menyalami tangan wanita separuh usia itu
Puan Azian tersengih malu bila dipuji.

Encik Ishak datang dari belakang dan kemudian turut berpesan supaya berhati hati di jalan raya. Setelah meminta izin untuk pergi, mereka berdua masuk ke dalam kereta.

Jam menunjukkan pukul 10:05 malam.

"awak, dah lewat ni. tak takut ke? saya takutla. saya tak biasa keluar malam malam camni." soal Nurin Syarina bila melihat kepekatan malam yang seakan memberi kesan menggerunkan pada dirinya.

Adila Naufa yang mendengar hanya menggelengkan kepala.

" Tak la nak takut ape. kan ramai je orang lalu lalang, kereta pun masih banyak kat highway. awak relax  la jangan takut , saya kan ada. " Adila tenang meyakinkan temannya.

Ketara matang dan berani sikap Adila Naufa yang lebih berusia dari Nurin Syarina. Dengan usianya yang sudah pun mencecah angka 29 tahun itulah dia banyak  belajar dari pengalaman hidup. Bukan Adila Naufa enggan berkahwin, tetapi dia sendiri merasakan hati dan perasaan dia tiada untuk insan yg bergelar lelaki. Ramai jejaka yang datang melamar, namun ditolak mentah mentah oleh Adila Naufa. Ada saja alasan dan lakonan supaya lelaki dan keluarga lelaki yang datang ke rumah membatalkan hasrat untuk melamar anak sulung Puan Azian dan Encik Ishak itu.
Pernah sekali dia berlakon menjadi orang gila hanya kerana enggan dilamar, sehingga lintang pukang lelaki dan keluarga lelaki yang datang melamar berlari ketakutan.

Itulah Adila Naufa. seorang yang berjiwa keras namun mempunyai hati yg baik dan sangat penyayang.

Manakala Nurin Syarina pula lebih muda sedikit berbanding dirinya. Berusia 27 tahun, namun kadangkala bersikap kebudak budakan. Begitu juga dengan Adila Naufa. kadang kala bila datang angin kebudak budakan, kalah Aqil Danish dibuatnya.

Setelah menyusuri highway  selama lebih kurang 15 minit, mereka tiba di hospital . Adila Naufa mencari tempat parking  yang sesuai.

"adoii rasa nak kencing pulak dah." bisik Nurin Syarina perlahan namun sempat didengari Adila Naufa yang kusyuk mencari tempat parking terus menjawab,
" sabar eh, jap lagi kita naik atas ." Adila Naufa bersiul sambil menyanyi perlahan dan terus tersenyum lebar apabila dia berjaya menemui tempat parking yang kosong.

" Ha yesssss jumpa pun !". Kata Adila Naufa girang.

Setelah memastikan kereta berada dalam keadaan selamat, mereka berdua sama sama berjalan menggunakan lorong  pejalan kaki. senyap sunyi keadaan disitu membuatkan Nurin Syarina ketakutan lantas memaut erat lengan temannya.

Adila Naufa tersentak namun terus membalas dan memegang lembut tangan temannya. sejuk dingin terasa tangan temannya. Dada Adila Naufa kembali berdebar kencang. 

Dupdap.dupdap.dupdap.

"ooopssss. sorry tak sengaja. " kata seorang gadis yang berada di hadapan mereka.

Apabila terdengar suara itu, Adila Naufa seakan kenal. Nurin Syarina menahan kaki nya yang dilanggar oleh seorang gadis di hadapan mereka tanpa sengaja. Adila Naufa  memandang temannya dengan raut penuh kebimbangan lalu segera bertanyakan keadaan temannya.

Nurin Syarina hanya berdiam diri dan memberi isyarat OK.

" sam? Ibtisam? You ke? " Dalam cahaya gelap dan suram itu , Adila Naufa merasa sukar untuk  melihat dengan jelas empunya suara di hadapannya. 

Dengan berbaju jaket hitam dan berseluar jeans kelabu asap serta berambut coklat ikal keperangan, gadis itu kehairanan seraya bertanya.

"Eh.  tak sangka. ingat jugak you pada  rupa nya."
Tutur gadis itu riang. Sungguh tidak menyangka sama sekali akan terserempak di situ.

"I kenal la suara you. btw you buat ape kat sini? dengan girlfriend  you eh? " tanya Adila Naufa sekadar berbasa basi.

" i baru je balik dari ziarah mak saudara i.  dia masuk hospital semalam , erm ni girlfriend you ke? " tanya Ibtisam sambil menjeling tajam ke arah Nurin Syarina. Nurin Syarina hanya tersenyum. Malas mahu bermasam muka.

  " aah yups.  She's my girlfriend.." jawab Adila Naufa  tenang tanpa ada rasa bersalah kerana telah melakukan jenayah bohong.
bohong sunat.

CHUPPPPPP!

Nurin Syarina terkesima seraya menoleh pantas apabila menyedari pipinya dicium oleh temannya.
Belum sempat Nurin Syarina bersuara , Adila Naufa  lekas menggenggam erat jarinya dan menarik tangannya dan kemudian melangkahmeneruskan perjalanan menuju ke dalam hospital.
Ibtisam yang menyaksikan babak itu cuma mampu termangu sendirian .

'not bad !'
bisik Ibtisam sendirian memuji 'girlfriend'  Adila Naufa.

Berdiri di depan pintu lift , Nurin Syarina menarik tangannya dari genggaman Adila Naufa.

" awak kenapa tiba tiba kiss saya tadi?? "
wajah Nurin Syarina kelihatan agak sugul. Cumq mereka berdua yang berada di dalam lift  tika dan saat itu. Sungguh Nurin Syarina tidak menyangka sama sekali akan ciuman dari temannya sebentar tadi.

Mungkin bagi yang sudah terbiasa, perkara itu adalah normal. tetapi tidak bagi Nurin Syarina.

"Maafkan saya. Er ..er.." belum sempat Adila Naufa berkata kata,Nurin Syarina dengan pantas menyambung, " Dan satu lagi,  awak kata saya  girlfriend awak? apa maksud awak sebenarnya Adila?

TETTTT..

Pintu lift  tingkat 7 terbuka. Mereka melangkah keluar beriringan. soalan Nurin Syarina masih belum terjawab. Yang tinggal hanya lah tanda tanya.
Kedua dua hanya berdiam diri sambil meneruskan langkah kaki menuju ke bilik wad penempatan, Encik Iskandar. Ada raut kecewa dan kesal yang terpamer pada wajah Nurin Syarina, begitu juga dengan Adila Naufa.

Sejujurnya, Adila Naufa merasa kesal akan tindakannya yang gelojoh tanpa memikirkan kesan dan akibat yang bakal terjadi.

Adila Naufa kesal. sungguh kesal.

' Arghhhhhhhhhhh!'
Jerit hatinya.

Sayang, I LOVE YOU (🌹completed✅)Where stories live. Discover now