along sayang adik

2.8K 69 0
                                    

🌹 BAB 4🌹

"Hello, dik balik sekarang. Ayah jatuh dalam bilik mandi dan sekarang tak sedarkan diri, ikut akak pergi hospital." kata suara cemas di dalam talian.
mendengar kata kata itu, Nurin Syarina bingkas bangun dari tempat duduknya lalu mendapatkan temannya Adila Naufa , dan terus meminta izin untuk segera balik atas urusan penting.

" Urusan penting apa wak. Macam serius sangat bunyi nya?" Tanya Adila inginkan kepastian. Wajah Nurin Syarina agak kemuraman dan cemas.

" Ayah saya jatuh dalam bilik mandi n sekarang dia tak sedarkan diri. So kakak ajak saya pergi ke hospital sekarang , sebab tu saya kena balik.
saya minta maaf sebab kena balik sekarang. "
jawab Nurin Syarina bersama sendu pada suara lembutnya. Bimbang akan keadaan ayahnya.

" Laa yeke. okey okey kalau saya nak ikut boleh ? "
tanya Adila Naufa turut dilanda kebimbangan.

"Eh takpela wak. Saya pun kena cepat cepat ni, Insyaallah tak da pape. Ok la saya gerak dulu. "
Jawab Nurin Syarina lantas memakai helmet dan memulas kunci motorsikal nya.

Adila Naufa akur dengan jawapan temannya itu. kalau sudah A maka A la. kalau sudah B maka B la. Kalau nak berbalah rasanya bukan masa yang sesuai, akhirnya Adila Naufa mengalah dan memasang niat untuk menyusul ke hospital petang nanti, kalau tiada aral melintang.

Setelah menghantar Nurin Syarina di muka pintu, Adila Naufa masuk semula ke dalam rumah dan terus menghempaskan punggungnya di sofa sambil menekan remote tv channel 404 iaitu channel seram kegemarannya.

Melihat jam sudah pun menunjukkan pukul 12.30 tengah hari , Adila Naufal lantas bangun dan menuju ke dapur. Sempat mengusik adiknya yang tengah bersiap siap selepas mandi.

"Cepat sikit siap tu dik, tolong along masak kat dapur. perut dah lapar sangat ni, kita masak yg simple simple je hari ni." Laung Adila Naufa dari dapur , tegas namun tetap lembut.

"yela long. jap lagi. sabar sabar " Nur Hani menjawab pantas.

5 minit kemudian, Nur Hani telah pun tercegat di belakang kakaknya sambil memeluk manja.

"Geli la dik, peluk peluk along ni mesti ada pape ni kan,kan?" tanya Adila Naufal mmgusik adiknya yang tersangat manja.

Sejak kecil lagi Nur Hani manja dan akrab dengan kakaknya. Adila Naufa la satu satunya kakaknya juga merangkap abang nya. Seorang lagi ialah adik bongsu mereka iaitu Aqil Danish yang sudah pun berusia 10 tahun. Tahun depan boleh dah disunatkan.

"along along. kat tempat keje adik kan. ada sorang perempuan ni, dia suka kacau adik. kadang dia pegang pegang adik, sampai adik jadi geli, rimas. adik rasa dia tu something la ......"

"Hahahaha. Hahahahaha. hahahahahahahaa. kenapa dengan perempuan tu dik? dia pegang adik kat mana? adik ada tanya tak kenapa dia buat camtu? "
Adila Naufa sakan ketawa mendengar kata kata dan aduan adiknya.

Melihat kakaknya yang sakan mentertawakan dirinya, Nur Hani mencebik bibir terus memuncungkan mulut apabila ditertawakan sedemikian rupa.

Menyedari adiknya menarik muka masam kelat pahit pedas itu, Adila Naufa lantas memujuk lembut.

"alololololo. majuk eh. ok ok along tak gelak dah. along tanya betul betul ni, kenapa dgn perempuan tu dik?? Apa yang dia nak? Tak tanya ke dia kenapa dik? "
Adila Naufa enggan memanjangkan gusar dihati adiknya. Baginya ada masa untuk bergelak tawa dan bergurau senda, ada masa harus serius, lagi lagi hal yang penting dan melibatkan maruah.

"Emmm. Tak lah Long, adik hairan nape dia selalu pandang pandang adik. pastu dia pegang tangan adik, kalau pegang macam biasa tak pe, ni dia pegang lama lama dah tu senyum sorang sorang. Tiap kali adik duduk sebelah dia, mesti dia pandang adik lain macam. Kawan baik adik si Mastura tu ada gitahu yang perempuan tu memang suka kacau perempuan perempuan kat tempat keja. Ada yang kata dia ni les. Eeeeeeeee. adik geli la bila dapat tahu dia les."
ujar Nur Hani panjang lebar dan penuh dengan gaya penegasan, memulakan cerita dan luahan hatinya.

" Laaa, yeke dik ahhahahhahah. eh ok ok tak jadi gelak. hahhaha. eh adoi, ok ok tak gelak, tak, tak. erm mungkin perempuan tu , cuma nak berkawan rapat kot dgn adik, sebab tu dia macamtu. adik cuba la tanya dia. Tanya baik baik. Jangan cepat salah sangka dik dan jangan cepat percaya kata kata orang. kadang ada yg dengki, kadang ada yang jadi talam dua muka. jadi, adik kena ambil langkah positif, kalau boleh siasat dulu. ok??" terang Adila Naufa panjang lebar sambil mencubit geram pipi adiknya yang bulat macam pau. pau pun tak sebulat itu barangkali.

Nur Hani termenung memandang sudut dapur. kelihatan cicak sedang menyusuri dinding sambil melenggokkan punggungnya yg tak berisi. Nur Hani memandang kakaknya sambil tersengih manja.

"ok la kalau macamtu along cakap. adik akan siasat sendiri pasal perempuan tu besok. thanks along sebab sentiasa nasihatkan yang baik baik dan positif pada adik. adik sayang along sangat sangat. "
Nur Hani memeluk erat tubuh kakak kesayangannya. Adila Naufa mengusap mesra rambut adiknya.

Di luar jendela, kelihatan dedaunan kering melayang jatuh ditiup angin, seakan ada tompokan rintis hujan membasahi bumbung rumah mereka. Angin mulai bertiup deras. Adila Naufa dan adiknya, Nur Hani masih berpelukan erat, manja dan penuh kasih sayang.

"along, adik rindu mama dan papa."

Sayang, I LOVE YOU (🌹completed✅)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें