Bermalam di hospital

2.1K 48 3
                                    

🌹BAB 10 🌹

Sekembali dari bilik air, Adila Naufa menghampiri temannya lalu duduk bersimpuh di atas tikar.

"Erm awak tak gi kencing ke ? "
Tanya Adila Naufa ringkas sambil menarik semula hujung lengan bajunya.

"Tak rasa nak kencing pun.hee."jawab Nurin Syarina tersenyum kecil.

Adila Naufa membuka pin kerongsang pada selendangnya dan kemudian meletakkan selendang nya di atas kerusi.
Nurin Syarina telah pun membuka selendangnya, menampakkan rambut panjangnya yang harum mewangi.
Dengan wajahnya yang manis, ditambah manis dengan lesung pipit di kedua pipinya, membuatkan kecantikan Nurin Syarina semakin terserlah. Tambahan disuluhi cahaya suram dalam bilik wad itu.

Adila Naufa menahan debar didada. Dia tahu temannya itu bukan seperti dirinya. Nurin Syarina seorang gadis yang ' normal '. Dia melilau mencari air minuman yang dibelinya lalu menikmati kesegaran nescafe tarik.

"awak nak minum tak ? ni ada air lagi, kalau awak dahaga awak minumlah ." Tanya Adila Naufa kepada temannya.

"Dah saya dah minum dah. awak minumlah. saya nak tidur dulu eh ngantuk sangat dah ni."
jawab Nurin Syarina sambil menutup muka dengan lengannya.
Malu bercampur mengantuk yang teramat. Ada rasa ketakutan menyelubungi dirinya takut jika diapa apakan temannya yang tidak berapa nak ' normal ' itu
.
Namun, setelah difikirkan,

Bukan semua mereka yang tidak normal itu macam tu.
Ada juga yang bukan jenis suka mengambil kesempatan.
Tetapi sayang sebagai teman rapat atau pun sahabat mesra .

'eh betul la. aku
tak boleh fikir yang bukan bukan dan tuduh Adila Naufa macamtu. Mungkin ada sebab dia yang tersendiri. Aku tak boleh nak judge orang sesuka hati. Yes ! aku kena faham dan aku tak boleh memandang dari segi negatif semata.'
bisik hati Nurin Syarina sambil memejamkan mata. cuba untuk positifkan minda dan bertenang lalu menggapai lena.

Adila Naufa duduk termenung sambil menghabiskan air minumannya di dalam tin, Air kegemarannya tak lain tak bukan ialah nescafe tarik. Adila Naufa merenung temannya dengan seribu satu perasaan yang ada kalanya, happy, adakala rasa bersalah, adakala rasa seolah tidak percaya bahawa mereka boleh berjumpa dan menjadi semakin rapat seperti ini. Dia betul betul tidak menduga akan semua ini boleh berlaku. Pernah terdetik di hati Adila Naufa berniat untuk menjelaskan tentang dirinya semasa awal perkenalan mereka, entah dimana silapnya, keraguan demi keraguan menghantui dirinya. Dia seakan hilang kekuatan untuk menceritakan perihal sebenar mengenai dirinya. Lama Adila Naufa berteleku di hujung tikar sambil menyandar di dinding.

"Adila. Dila. bangun. Awak kenapa tidur duduk ? tidurlah kat atas ni. " Soal Nurin Syarina yang terjaga dari lenanya, kerana ingin menuju ke bilik air , lalu sedikit terkejut apabila melihat temannya tidur dalam keadaan duduk di hujung kakinya. Dia mencuba untuk mengejutkan, Namun secara tidak sengaja kepala Adila Naufa rebah di bahu Nurin Syarina. Adila Nurin tidur mati.

"Adoi.. Dila bangun la. saya dah tak tahan ni nak gi kencing. bangun Dila, Dila..." Nurin Syarina yang menahan kencing semakin panik bila kepala temannya semakin rapat dan kemas landing di atas bahunya.

"Aaa.. er...ye ape..wak" Adila Naufa bersuara mamai.

"Awak tidur baring atas ni, saya nak gi tandas jap." Tutur Nurin Syarina lembut sambil menepuk bantal yang berada di sebelahnya. Adila Naufa yang masih di dalam dunianya sendiri itu, terus merebahkan kepala di atas bantal tanpa meluruskan kaki. Nurin Syarina bingkas bangun dan mengatur kedudukan kaki temannya.

"Argghh! beratnya kaki dia ni." bisik Nurin Syarina perlahan.

Setelah melihat temannya semakin diulit lena, Nurin Syarina cepat cepat ke tandas lalu tersenyum sendirian.
Entah kenapa ada rasa seakan panahan asmara yang singgah pada relung hatinya.

' tak mungkin......' bisik hatinya.

Sekembali dari tandas, usai sahaja membuang air kecil, Nurin Syarina melihat temannya yang sedang enak dibuai lena ke bulan. Nurin Syarina mengambil tempat di sebelah temannya lalu perlahan lahan baring memandang siling, terasa kaku badannya, terhidu harum mewangi yang terbit dari rambut milik susuk tubuh disebelahnya. Haruman itu membuatkan Nurin Syarina merasa tenang dan nyaman. Nurin Syarina menoleh ke sebelah tanpa menggerakkan kepala dan badan. Hanya bebola mata hitamnya yang bergerak melihat si pemilik susuk badan disebelahnya. kaku.

Ayu! ya sangat ayu wajah temannya bila dilihat dalam posisi yang dekat. Hanya beberapa inci jarak mereka. Ada dengkuran halus kedengaran. Alis mata Adila Naufa yg kehitaman direnung dalam dalam, hidungnya yang mancung bak seludang , dengan matanya yang bundar serta bibir yang mungil tampak semulajadi kemerahan membuatkan Nurin Syarina memuji sendirian di dalam hati. Entah mengapa bila direnung lama wajah itu, seakan sejuk dan tenang hatinya, lama Syarina mengelamun, teringat semasa awal perkenalan mereka suatu tika dulu.

'Hai awak. Buat ape tu? Dah makan ke belum? '

chat yang selalu dihantar oleh temannya setiap kali dia mempunyai masa lapang. Boleh dikatakan saban hari. Dan setiap kali chat dari temannya itu masuk, pasti Nurin Syarina membalas. kerap kali juga Adila Naufa bertanyakan khabar. Itu yang membuatkan hubungan mereka menjadi semakin rapat dan akrab. Kadang apabila mempunyai masa lapang, mereka pasti berborak menggunakan voice call ataupun video call. Itu pun setelah berkali kali temannya itu berusaha meminta no.telefonnya. Nurin Syarina bukanlah jenis yang suka suka memberi no.telefon kepada orang kerana baginya tidak semua orang boleh dipercayai, lagi lagi dunia sudah semakin akhir zaman. Haruslah sentiasa berwaspada.

Kerana terlalu asyik mengimbau kenangan, Nurin Syarina mulai terasa mengantuk lalu terus cuba untuk memejamkan matanya.
Sempat dilihat ayahnya yang masih lena diulit mimpi.

"Dik, dik, bangun, doktor dah sampai. " Kejut Nurse muda dan seorang lagi nurse yang kelihatan jauh lebih muda. Barangkali nurse pelatih disitu. Mereka sedang berdiri di sebelah tikar tempat beradunya Nurin Syarina dan Adila Naufa.

" err... em...arghhhh!" Adila Naufa mengeliat sambil menutup mulutnya yang menguap.

"Eh eh. Nurse. Er.." kata Adila Naufa dalam keadaan mamai sepatuh sedar sambil mengesat mata, dikerlingnya sekilas jam dipergelangan tangannya, sudah pun menunjukkan pukul 8 pagi. Adila Naufa memandang temannya di sebelah, Namun tiada wajah temannya disitu.

Sayang, I LOVE YOU (🌹completed✅)Where stories live. Discover now