Ayah keluar hospital

2K 45 0
                                    

                              🌹Bab 11🌹

Terasa berat kaki Adila Naufa untuk bergerak, seakan ada yang membebani kakinya. Dengan keadaan yang masih mamai, Dia memandang ke arah kakinya. Ternyata ada makhluk berambut hitam panjang mengurai yang landing selesa di kakinya.

Adila Naufa terkejut gorila, Entah bagaimana temannya itu tidur sehingga boleh sampai ke hujung kakinya. Dia tersenyum menahan geli hati. Terasa ada yang menggeletek hatinya tika itu.

Adila Naufa kembali memandang nurse muda di hadapan yang terlihat sedang mencatat sesuatu.

 
"Errr. sorry. Tak sedar dah pagi. hi..hi.."  tutur Adila Naufa sambil tersengih sengih menahan malu.

" Eh tak pe dik. sorry jugak sebab kejutkan adik. Doktor Kumar dah sampai. kita dengar dulu apa yang Doktor Kumar bakal bagitahu nanti. mana tahu Kot kot boleh balik hari ni.hehe." Jelas nurse muda itu dengan ramah sekali. Biarpun jarak umur mereka pada dasarnya tidak lah jauh beza, namun dia lebih selesa membahasakan dirinya sebagai akak.

Adila Naufa menggangguk tanda faham dan  tersenyum lalu merapikan rambutnya. Hendak bercakap banyak dia sendiri masih terasa mamai.

Adila Naufa kembali  mengejutkan temannya yang tidur pulas di hujung kaki kakinya. 

"awak,wak.. bangun dah pagi. Doktor dah sampai, Bangun la."
Adila Naufa menggoncang perlahan tubuh temannya supaya bangun dari lena. Hendak digoncang kuat takut terpelanting anak orang.  

Doktor Kumar Rameshan pula mengambil tugas untuk mengejutkan Encik Iskandar yang juga terlihat lena beradu. Entah apa lah yang dua beranak itu mimpikan.

nurse muda itu kembali mencatat sesuatu di atas kertas yang terletak dalam failnya sambil ditemani nurse yang berbadan kecik molek disebelahnya.

Suasana pagi itu sudah pun riuh rendah dengan pelbagai ragam dan suara manusia yang ada di wad tingkat tujuh itu.


" Incik Iskandar, Ini hari Incik sudah boleh balik. Tidak ada apa apa kecederaan dalaman. cuma incik kekurangan gula dalam darah, tapi sikarang semua suda ok. lepas ini kena jaga pemakanan ok, dan sudah boleh siap siap untuk balik ke rumah , sikarang incik tunggu surat pengesahan keluar hospital ok " Terang Doktor Kumar Rameshan sambil menujukkan isyarat ok menggunakan ibu jarinya.
      
"oo.. macamtu rupanya. Alhamdulillah. Baik baik saja. baiklah terimakasih Doktor ,"
Tutur Encik Iskandar mesra sambil tersenyum.

Adila Naufa dan Nurin Syarina yang masih berkeadaan mamai turut tersenyum. Setelah mengucapkan terimakasih kepada Doktor Kumar Rameshan, Nurin Syarina mendapatkan ayahnya, diikuti Adila Naufa .  

"Syukur yah. dah boleh balik hari ni. yaAllah, Terima Kasih kerana memberikan kesembuhan buat ayah ku tersayang"  Nurin Syarina memanjat doa. Teman setianya, Adila Naufa turut sama menadah tangan lalu diikuti Encik Iskandar. Mereka bertiga tersenyum serentak.

Nurin Syarina lantas mengambil beg dan barang yang berada di dalam almari dan kemudian mengambil pakaian ayahnya. Adila Naufa turut membantu temannya menyimpan barang barang seperti tikar, botol air panas, dan bantal ke dalam bakul. Setelah dipastikan semua siap.
Encik Iskandar pun menukar pakaian di dalam bilik air.

Disuruh mandi Encik Iskandar pula enggan dan menolak dengan alasan merasa kurang selesa mandi di situ.

Sementara menunggu ayahnya menukar pakaian, Nurin Syarina menelefon kakaknya Syafiqa, untuk memaklumkan berita baik pagi itu. Lalu meminta kakaknya untuk datang ke hospital mengambil mereka.

Adila Naufa yang mendengar cepat cepat mencelah.

" Ala tak pe la  Syarina. biar saya hantarkan. lagi pun dah alang alang saya cuti hari ni." 
Bicara Adila Naufa tegas menawarkan khidmat buat temannya. Nurin Syarina tanpa berfikir panjang terus bersetuju, lagi pula dia tidak mahu menyusahkan kakaknya yang sudah pasti sibuk menjaga Auni Raesha dan Auna Riesha , si kembar comel yang baru berusia setahun jagung itu. 

"Ina, macam mana dah bagitahu kak Iqa belum?
"Encik Iskandar yang sudah pun bersiap dengan kemeja birunya itu yang tampak segak, langsung bertanya kepada anaknya.

"Dah yah. baru je Ina call tadi. Tapi, Adila dah tawarkan diri untuk hantarkan kita. Lagi pun kesian jugak dengan kak Iqa sibuk jaga Si Auni dan Auna " Sahut Nurin Syarina lembut.
   

" Eh tak pe ke nak? pakcik tak susahkan Adila ke?"
Tutur Encik Iskandar, ada garis kebimbangan terpancar pada wajah tuanya.

" tak pe pakcik. Saya ok je. lagi pun saya cuti hari ni. Ala bukan jauh mana pun nak kena naik roket ke naik bot ke. hehe" Adila Naufa meyakinkan Encik Iskandar.

Encik Iskandar hanya mampu mengangguk dan mengucapkan terimakasih.

Adila Naufa tersenyum gembira , begitu juga dengan Nurin Syarina. kini mereka hanya menunggu surat keluar sampai dan bersedia untuk balik.

Walaupun baru sekejap,
Rindu pada anak anak buah kesayangannya terasa menggunung. Rindu akan suara manja Auni dan Auna yg merengek. Rindu akan tangisan mereka bila diacah manja, dan juga rindu nak usik kakak kesayangannya.

'Itu baru sehari. kalau lama lama berjauhan. entahlah. '
bisik Hati kecil Nurin Syarina.

Sayang, I LOVE YOU (🌹completed✅)Where stories live. Discover now