Part 37✅

5.2K 171 23
                                    

"Rachel. Please jangan macam ini boleh? Apa lagi yang kau nak aku buat sebenarnya?"

Aku berhenti menapak pergi dan memusingkan badan memandangnya.

"Awak nak kahwin kan? Pergilah. Tapi awak tahu kan apa yang kena buat?"

Dia mengeluh berat dan kepala ditundukkan.

"Kita kena berpisah. Tiada istilah mencintai dua orang dalam satu masa. Awak tipu!"

"Apa yang aku tipu kau? Cuba kau cakap. Jujur dengan aku apa masalahnya"

"Masalahnya awak!" balas aku.

Dia diam.

"Awak masalah saya. Awak tipu saya. Awak kata awak kesana kerana kerja? Seriously? Habistu kena mummy dan daddy sibuk kata awak pergi sana dengan Medina? Apa itu? Saya bukan nak ungkit kisah lama itu tapi sakit. Selagi saya tak dapat jawapan dari awak selagi itulah saya akan terus macam ini" sambung.

"Okay. Biarlah aku explain everything kalau itu yang membuatkan kau puas hati"

Aku memeluk tubuh dengan riak. Memang aku nak sangat dengar penjelasan bodoh dia.

Dia menganbil masa yang lama juga untuk membuka mulut. Setelah sekian lama, dia menarik nafas dan lepaskannya dengan berat. Wajah dipanggu dan aku dipandangnya.

"Aku mengaku. Memang aku pergi Jepun dengan Medina"

"Look! Awak tipu saya lagi" sampuk aku dan menuding jari padanya.

"But- aku kesana memang tujuan kerja. Dan aku tak curang dengan kau. Secara kebetulan sahaja semua itu. Dia nak lahirkan baby dia di sana"

"Baby? Baby dia dengan awak itu ke? Well. Pasti dia dah besar sekarang kan?" dengan sinis aku menyoal.

"She's not mine, Rachel. Berapa kali aku nak bagitahu kau yang dia bukan anak aku"

"She? So, it's a girl" itu sahaja yang terpacul di bibir aku.

"Then kenapa sekarang baru beritahu? Kenapa awak tak jujur je daripada awak kalau itu yang terjadi? Kenapa perlu tipu saya?" soal aku bertubi-tubi.

Aku tersenyum. Tangan ditepuk bila otak aku cergas memberi jawapan.

"Oh. Saya tahu. Awak taknak saya ikut awak ke sana kan? Taknak saya ganggu masa awak dengan dia kan? Wow!" aku bagaikan tak sangka.

"Apa yang kau cakap ini?"

"Jadi kenapa awak balik sini cari Dylan padahal awak dah ada keluarga baru? Tak cukup dua, tiga pula itu. Tambah satu lagi" balas aku.

"Rachel, tolong bagi aku jelaskan dulu"

"Patutlah awak tak bagi saya ikut awak masa itu. Hebatnya awak dan bodohnya saya kerana terlalu percayakan awak. Saya tak patut bagi peluang pada awak dulu" sambung aku.

Dia terdiam. Aku pula sudah tak tentu arah. Marah. Benci. Kecewa.

Tapi aku takkan bersedih lagi kerana lelaki ini.

"K-kau menyesal bagi peluang pada aku?" soalnya.

Aku mengangkat wajah memandangnya. Riak wajahnya kelihatan sangat sedih. Peduli apa aku? Aku lagi menyedihkan dibandingkan dengan dia.

"Kau rasa menyesal bersama dengan aku selama ini?" soalnya lagi.

Aku tegakkan badan. Hati aku jadi sayu. Sangat sayu melihat wajahnya. Hati aku meronta-ronta ingin menidakkan kepada soalannya. Tapi ego aku ...

"Ye! Saya menyesal. Kalau saya tahu saya taknak berjumpa dengan awak. Kalau boleh saya taknak kenal siapa awak. Saya cukup sakit kenal dengan lelaki bernama Kai Shaquille" dengan tegas dan kuat aku laungkan padanya.

Mr. Pervert Is My Husband (New Version)Where stories live. Discover now