Part 13✅

11.5K 315 5
                                    

"Tak! Kenapa saya nak jealous? Tak ada maknanya" dengan pantas aku membidas.

Tangannya tiba tiba memegang lengan aku dan menariknya. Jari aku dibeleknya. Kemudian, matanya terarah pada jari aku yang dilekatkan handiplast itu.

"What this? What happen to you, sexy?" soalnya, geram.

"S-saya terluka sikit. Tak ada apa pun. Saya okay" jawab aku.

Dia mencium jari jemari aku. Lembut bibir dia mendarat di tangan aku. Tersentuh juga hati aku dengan perhatiannya.

"Jangan lukakan diri kau please. I hate it very much" jelasnya.

"Kalau awak yang lukakan saya... macam mana?" soal aku.

Matanya menunduk memandang aku yang pendek. Mata sedih aku tayangkan kepada dia. Biar dia tahu yang aku kecewa dengannya.

"Aku sahaja yang boleh lukakan kau. Bukan orang lain" ujarnya.

"Awak akan berterusan lukakan saya?" soal aku lagi.

Dia seakan-akan tidak mampu menjawab. Aku tersenyum nipis.

"Awak dah pun lukakan saya sekarang" aku menarik tangan aku darinya.

Dia memandang aku dengan riak tidak percaya. Dia mengeluh dan tangan aku kembali dipegangnya.

"Rachel, aku..."

"Saya tahu. Saya akan sokong awak. Awak akan dapat Shaquille Co. Jangan risau. Dia milik awak" sampuk aku.

Dia menundukkan wajahnya.

"Tapi, saya curious sesuatu" sambung aku dan wajahnya naik memandang aku semula.

"Kalau awak berjaya peroleh Shaquille Co, apa awak akan buat pada saya?" soal aku.

Entah kenapa hati aku dihimpit hiba. Mungkin ini perasaan baru sebagai seorang isteri. Walaupun kami berkahwin atas sebab tertentu tetapi tak semua mahukan perpisahan, bukan?

"Awak akan biarkan saya di sisi awak selamanya. Atau"

Kai seolah-olah faham apa yang aku ingin sampaikan.

"Atau awak akan tinggalkan saya selamanya?"

Dia menarik aku dan pinggang aku di rangkulnya. Dia menarik nafas dan melepaskannya seberatnya.

"Rachel. Aku tak terfikir untuk tinggalkan kau even kita berkahwin atas sebab harta. Tak kira. Walau aku dah dapat company itu, aku takkan lepaskan kau. Sebab apa yang aku dapat aku takkan lepaskan semudah itu" ujarny, tegas.

Aku tersenyum sahaja. Cakap dari mulut memang lah. Bukan sampai hati pun. Yang kat bawah itu buat apa?

"Where are we? Medina kacau waktu kita, so"

Dia memandang aku dalam sedalamnya. Wajah aku diusapnya.

"So, aku nak sambung apa yang terlepas tadi" bisiknya.

Aku menolak badannya perlahan.

"Tetamu ada di bawah, Kai. Behave please" tegur aku.

Dia hanya mengeluh.

"Kalau macam itu, aku suruh dia balik" dia  ingin pergi tetapi tangannya aku capai.

Perlahan-lahan tangan aku naik memeluk lehernya. Dan senyuman di berikan kepadanya.

"Janganlah tinggalkan saya. Saya taknak duduk sorang dalam bilik ini" kata aku separa berbisik.

"Then, kau nak aku buat apa?" soalnya dengan suara menggoda.

"Teman jelah saya" jawab aku dan rambutnya aku sentuh lembut.

Rambut lebatnya aku usap perlahan dan tangan sebelah lagi memeluk lehernya. Jari aku menyentuh lehernya dan turun pada dada bidangnya. Dia seakan tergoda dengan sentuhan aku.

Mr. Pervert Is My Husband (New Version)Where stories live. Discover now