Part 24✅

6.6K 201 39
                                    

Kai tergamam.

"Kai, saya isteri awak. Kenapa orang lain pula yang mengandungkan anak awak? Saya memang tempat pemuas nafsu awak sahaja ke? Jadi semua kata-kata cinta awak pada saya semua palsu? Rekaan semata-mata?"

"Kau kena beri aku masa untuk settlekan masalah ini. Aku sendiri tak tahu macam mana dia boleh pregnantkan anak aku" ujarnya.

"Tak tahu? Awak lupa ke yang awak pernah bersama dengan dia sebelum ini? Tak sampai sebulan pun perkara itu berlaku. Entah-entah masa itu yang terjadi"

Kai agak serabut. Dia meraup rambutnya. Geram agaknya dengan aku. Lagi-lagi air mata aku menjadi saksi segalanya.

"That's enough. Please" dia mula merayu pada aku.

Telapak tangan disatukan dan memandang aku dengan penuh muram.

"Don't cry. I will not going to let you go. Bagi aku masa. Aku akan siasat perkara ini"

"Memang. Memang aku pernah bersama dia. Tapi aku dapat rasakan itu bukan benih aku. Jadi tolong, bagi aku sedikit masa untuk betulkan semuanya" sambungnya.

Aku kecewa. Betul-betul kecewa. Medina mengandung. Anak Kai? Kalau betul macam mana? Dia akan tinggalkan aku untuk bersama dengan Medina?

"Rachel" dia perlahan-lahan memegang kedua-dua belah bahu aku.

"Jangan sentuh saya" aku segera menolaknya tetapi dia dengan pantas menarik aku ke dalam pelukannya.

"Lepaslah!" aku menolaknya kuat.

"Aku minta maaf. Aku sayang kau"

"Saya taknak! Lepas" aku menolaknya lagi.

Entah macam mana aku boleh tertampar pipinya. Kepalanya terteleng ke kiri. Aku terdiam. Dia juga kekal beku. Aku memandang tangan yang menamparnya tadi. Terketar-ketar tangan aku.

"S-saya minta maaf" terus aku beredar dari situ.

Dia pula juga seakan terkejut dengan tamparan aku tadi. Aku terus menuju ke bilik lama aku. Pintu dikunci dan terus badan tersandar pada pintu. Terus terduduk aku disitu. Aku menekup wajah. Menangis sepuasnya.

Aku tak tahu nak beri apa komen. Dia mengandungkan perempuan lain. Tetapi dia kata dia tak pasti. Medina pula seakan meminta Kai untuk bertanggungjawab.

Jadi, apa yang perlu aku buat sekiranya memang betul Medina mengandungkan anak Kai?

Mengalah?

Berjuang?

***

Aku terjaga dari lena. Bila mata dibuka yang aku perasan aku tertidur di lantai. Aku bangun dari baring dan mengosok mata aku.

Entah kenapa aku rasa mata aku macam bengkak. Mungkin kerana aku teruk menangis semalam. Semalaman aku memikirkan tindakan aku selepas ini. Tetapi masih tiada jawapan. Aku masih bingung selagi Kai tidak memberikan apa-apa respond.

Aku bangun dari lantai dan menuju ke bilik mandi untuk bersihkan badan. Dekat sejam juga aku berada di bilik mandi. Selain membersihkan diri, air mata aku tidak henti menitis lagi.

Aku ada kelas pagi ini. Nak taknak aku kena juga pergi. Maklumlah aku ada sedikit lagi masa sebelum betul-betul tamat belajar.

Sweatshirt berwarna putih disarung dan seluar jeans straight cut. Rambut dibiarkan lepas dan beg galas aku dicapai. Aku terus keluar dari bilik.

Dan tepat aku keluar, dia juga baru keluar dari bilik utama kami. Kami berpandangan. Dengan cepat aku terus turun ke bawah diikuti dia.

"Aku hantar kau"

Mr. Pervert Is My Husband (New Version)Where stories live. Discover now