Part 33✅

5.2K 179 21
                                    

Aku menatap wajah aku di cermin besar itu. Kecewa. Lima tahun kau tinggalkan aku, dan bila kau balik sini kau sudahpun jumpa penganti aku?

Dan sekarang apa tujuan kau nak rapatkan diri dengan Dylan?

Nak rampas dia dari aku? Huh, aku takkan biarkan itu terjadi. Dylan anak aku. Aku seorang diri besarkan dia. Aku takkan sesenang itu serahkan anak kesayangan aku pada kau.

Aku tersentak apabila bunyi telefon aku mula berbunyi. Aku pantas mengeluarkan telefon dari handbag aku.

Lily.

Terus aku sahut panggilan itu.

"Hello, yes Lily"

"Dylan meracau? Okay. Saya balik sekarang"

Aku terus menamatkan panggilan dan berjalan keluar dari tandas. Laju kaki melangkah menuju ke Aayden yang sepertinya seronok berbual dengan dia. Lengan Aayden aku pegang. Serta merta dua lelaki itu memandang ke arah aku.

Dia pula menjeling ke arah tangan aku yang elok memegang lengan Aayden. Marah? Jangan nak perasan.

"Yes, kenapa Rachel? Any problem?" dengan wajah risau dia memandang aku.

"Saya kena balik. Kawan saya baru call saya dia kata Dylan meracau-racau" jelas aku.

"Dylan meracau? Kenapa?" suaranya terlebih dahulu kedengaran risau menanyakan soalan itu.

Aku dan Aayden memandangnya yang beriak cemas itu. Aayden pelik. Dia kembali memandang aku.

"Oh. Really? Kesian Dylan. Takpelah. Awak boleh balik. Or do you want me to take you home?" soalnya.

"No, it's okay. Saya boleh balik sendiri"

Dia meletakkan tangan di bahu aku. Aku terus jadi kaku. Dan aku sedar Kai juga seolah-olah terkejut dengan perbuatan Aayden.

"Okay. See you tomorrow, pretty" dia tersenyum manis ke arah aku.

Aku membalas dengan senyuman janggal. Dengan rasa kekok aku menurunkan tangannya dari bahu aku. Pandangan mata Kai entah kenapa buatkan aku rasa takut.

"Saya pergi dulu"

Dia hanya mengangguk. Dengan sekali kerlingan, aku memandang Kai yang juga sedang merenung tajam ke arah aku. Terus aku pergi dari situ. Sempat aku meminta diri pada Tuan Wilson dan mengucapkan selamat ulang tahun sebelum aku pergi.

Keluar sahaja dari dewan, aku berjalan menuju ke kereta aku. Kereta aku elok terparkir jauh dari dewan sebab semua parkir penuh. Sambil tangan aku meraba-raba mencari kunci kereta di dalam handbag aku.

Apabila jumpa, telefon aku pula berdering. Jay pula kali ini. Aku terus menekup di telinga.

"Yes Jay. Kenapa dengan Dylan?"

Aku hanya elok mendengar pesanan daripada Jay. Bermacam-macam benda yang dipesan oleh Jay kepada aku. Dylan meroyan mahu makan makanan ringan malam-malam ini. Aku hanya menggelengkan kepala melayan kerenah anak aku seorang ini.

"Yelah. Saya singgah mana-mana kedai belikan dia makanan. Thank you Jay"

Aku menekan butang merah pada telefon dan kunci kereta dicapai.

"Rachel!" suara husky itu memanggil aku.

Wait. Suara itu. Terus kaki melangkah laju menuju ke kereta aku. Dan dari belakang aku dapat dengar derapan kakinya mengejar dan mengekori aku.

Dengan laju aku berjalan laju lagi di mengejar aku dan akhirnya dia menghalang laluan aku. Terus kaki aku berhenti menapak takut-takut terlanggar dia.

"Eh, Tuan Kai. Ada apa-apa boleh saya tolong ke?" Nampak. Aku memang pandai berlakon.

Mr. Pervert Is My Husband (New Version)Where stories live. Discover now