Part 49✅

3.5K 161 6
                                    

Suasana kekok antara kami bertiga. Tak tahu apa nak bualkan atau bercakap. Tak lama kemudian, Jihoon datang dengan sedulang air. Aku membantunya menghidangkan air itu kepada mereka berdua.

"Thank you" ucap Bella.

Jihoon tersenyum lalu meninggalkan kami. Sempat juga dia mengerling aku tetapi aku hanya tersenyum pahit kepadanya. Mata aku dikalih kepada dua manusia itu. Bella tersenyum melihat aku.

"Hi, Rachel. Long time no see you. Awak sihat ke?" soal Bella.

Aku membalas senyumnya tanpa sinis atau niat tak elok. Hanya senyuman manis.

"Saya sihat. Awak berdua pula?" soal aku.

Bella dan Aayden memandang sesama sendiri. Kemudian, Bella memandang aku semula.

"Sihat. Kami berdua sihat sejahtera" jawabnya.

Aku hanya mengangguk. Mereka terus diam begitu juga dengan aku. Tidak tahu mahu borak apa lagi setelah itu. Wah, aku rasa bunyi angin pun boleh kedengaran sekarang. Kebetulan pelanggan tidak ramai. Dari hujung mata aku pula, aku dapat lihat dua kawan aku sibuk mengusha aku dari kaunter.

"Well. Macam mana dengan hubungan kau orang berdua? Semakin baik?" soal aku sekadar menghilangkan rasa awkward.

Aayden dan Bella tersenyum manis. Jelas senyuman itu menunjukkan mereka sedang berbahagia.

"Kami semakin damai. Atau erti kata lain, bahagia" mereka memandang sesama sendiri lalu ketawa kecil.

Aku tersenyum mendengarnya.

"Baguslah kalau macam itu. Saya harap kalian berdua dapat teruskan hubungan yang baik ini. Kalian berdua pasangan sepadan. Jangan sia siakan orang yang ada di depan mata" nasihat aku sekadar untuk memanjangkan perbualan.

Senyuman Bella perlahan-lahan pudar. Mungkin dia fikir yang aku sengaja memerlinya.

"Rachel. Saya tak bermaksud untuk tunjukkan kebahagian kami atas penderitaan awak. Saya cuma-"

"Eh. Saya cakap bukan kerana itu. Awak berdua janganlah salah faham" dengan cepat aku menyampuk sebelum pemikiran mereka makin kelaut.

Jelas dari riak muka mereka yang mereka rasa bersalah. Aku hanya ketawa kecil melihat wajah pudar itu.

"Don't worry guys. Saya cakap macam itu bukan untuk ingatkan apa yang berlaku. Benda dah terjadi, saya dah lupakan semuanya. Lagipun kamu berdua dah bahagia. Saya dah bahagia. Tak perlu nak merumitkan keadaan. Saya tak derita lagi" dengan ikhlas aku melontarkan semuanya.

"Tapi, semua ini tak adil, kan?" Aayden mula bersuara.

Aku memandang ke arahnya. Kening dijongket ke atas.

"Kenapa pulak?"

"Tak adil. Kami bahagia, sedangkan awak tidak"

"Hei, siapa kata saya tak bahagia? Saya bahagia di sini. Saya dapat tenangkan fikiran. Saya dapat kerja. Saya dapat kawan yang baik walaupun saya tak berapa pandai lagi cakap korea. Saya dapat duit"

"Tapi awak kehilangan cinta awak, Rachel"

Aku diam.

"Rachel" tangan aku dicapai Bella lalu digenggamnya lembut.

"Baliklah"

"Balik?" dengan bodohnya aku menyoal.

"Balik semula ke tempat asal awak. Mereka disana perlukan awak untuk sempurnakan tempat kosong yang ada. Awak boleh isi tempat sebagai isteri dan ibu di sisi mereka" Bella mula memujuk aku.

"Awak tak rindukan anak lelaki awak?" Aayden mula menyoal aku.

"Dia dah besar. Even baru beberapa bulan awak tinggalkan dia, kami dah nampak betapa matangnya dia. Dia tak tunjuk depan daddy dia yang dia sedih rindukan awak. Dia simpan itu semua seorang diri, Rachel"

Mr. Pervert Is My Husband (New Version)Where stories live. Discover now