Part 45✅

5.5K 223 43
                                    

Dari luar aku hanya memerhatikan dia. Elok dia berborak dengan mummynya. Kaylee dan daddy juga ada di dalam. Dia ketawa kecil juga. Lega juga hati aku bila dia sudah sedar dari tidurnya. Senyuman dia juga buatkan aku tersenyum. Hilang sedikit rasa bersalah aku.

Lagi buatkan aku terhibur bila Dylan tak habis-habis menyondol di atas Kai. Padahal laki itu tengah sakit. Boleh pula dia sibuk nak baring sekali di atas katil. Kai hanya mengikut sahaja. Layankan sahaja perangai anak kecilnya.

Kemudian, Puan Shaquille berjalan menuju ke pintu. Pintu wad itu dibuka dan serta merta dia memandang aku. Tangan aku terus dipegangnya.

"Rachel" dia menutup pintu bilik wad itu dan memeluk aku.

Tubuh belakang badan aku diusapnya perlahan. Aku juga membalas pelukannya. Sudah lama aku tidak berjumpa dengan keluarga Kai. Ini sebabkan perangai selfish manusia. Habis punah hubungan yang terjalin.

"Rindunya mummy dekat Rachel. Dah lama mummy tak jumpa. Rachel kenapa tak datang rumah?" dia melepaskan pelukan dan air matanya berkaca.

"Rachel minta maaf. Rachel tak sempat nak singgah" jawab aku.

"Rachel marahkan mummy?"

Aku tersenyum pahit.

"Untuk apa? Rachel tak marahkan mummy pun" jawab aku.

Dia diam dan hanya memerhatikan aku. Aku menundukkan kepala kerana rasa tak sedap ditenungnya.

"Kai ada bagitahu mummy. Kalian sepakat nak berpisah. Betul ke?" soal mummy.

Aku menarik nafas dan menganggukkan kepala. Riak wajah Puan Shaquille hanya tenang. Dia tersenyum pahita.

"Mummy minta maaf atas kesalahan yang anak mummy dah buat pada Rachel. Mummy takkan halang keputusan yang kamu berdua dah buat. Mungkin jodoh kamu berdua takat sampai sini sahaja" ujarnya.

"Mummy. Kenapa cakap macam ini? Kai kan baru sedar dari koma. Biarlah dia sihat dulu. Lepas dia dah sihat baru kami berdua bincang pasal perkara ini semula. Buat masa sekarang, saya akan jaga Kai sampai dia sembuh. As a wife" balas aku.

Dia tersenyum. Air mata yang menitis dipipinya diseka pantas. Kemudian tangan aku digenggam.

"Jomlah masuk jenguk suami kamu. Kenapa tengok dari luar je" dia menarik perlahan tangan aku.

"Eh! Rachel ada kerja sekejap. Nanti Rachel masuk" aku cuba menolak.

Sebenarnya sejak dia sedar aku langsung tidak menjenguknya. Aku hanya masuk ke dalam apabila dia sudah tidur dan hanya melihat dia secara senyap dari luar sahaja. Rasa tak selesa nak masuk ke dalam.

"Ye ke? Takpelah kalau macam itu. Kalau macam itu, pergilah. Pasal Dylan Rachel jangan risau, mummy ada"

Aku mengangguk. Tubuh aku dipeluknya lagi dan tubuh belakang aku diusapnya.

"Jaga diri baik-baik"

Aku mengangguk. Dia pun masuk ke dalam wad meninggalkan aku diluar. Aku hanya dapat melihat sekejap keadaan di dalam sebelum pintu bilik wad itu kembali tertutup.

*****

Jam sudah menunjukkan jam 2 pagi. Aku keluar dari bilik rehat dan mencuci muka di tandas. Ingin menyegarkan diri aku. Kemudian, aku keluar dan berjalan di kaki lima. Kaki melangkah menuju ke bilik wad milik Kai.

Lama kaki aku terpaku di depan pintu biliknya sebelum perlahan-lahan pintu itu dibuka. Lampu bilik itu sudah ditutup dan itu tanda dia sudah tidur. Perlahan-lahan aku menutup pintu itu semula dan kaki menapak perlahan mendekati katilnya.

Tubuhnya elok berselimut menutup tubuhnya. Badannya tegak menghadap ke siling. Mata tertutup dan elok dibuai mimpi. Lama aku tenung wajahnya. Senyum.

Entah kenapa aku senyum pun tak tahu. Dan serupa kerang busuk. Aku terus mengalihkan pandangan. Tangannya yang berada di tepi dipandang aku. Jari aku bermain-main dengan tangannya. Diusap perlahan.

Mr. Pervert Is My Husband (New Version)Where stories live. Discover now