Bab 35

45.9K 1K 14
                                    

Hari ini tibalah hari yang paling bahagia buat Tasya tapi derita buat Tengku Shah kerana akan bertunang pada tengah hari ini selepas solat zohor

Bahagia tak terkata wajah Tasya saat melihat pantulan dirinya pada cermin setelah cantik disolek tebal dengan gaun tunang yang dipilih minggu lepas nampak cantik dibadannya

"Hari ni...aku akan jadi tunang abang Shah...ah!...bahagianya.." teruja Tasya sendiri di dalam biliknya

"Tasya..dah siap dah sabar ye kejap lagi Aunty Jamilah sampai dengan keluarga diorang" kata

Tasya membalas kata2 mummynya dengan senyuman manis

Tak sampai 15 minit keluarga Tengku Shah tiba di rumah Tasya dan acara ikatan pertunangan dimulakan

Tengku Shah dilihat diam dan tidak seceria seperti semua lelaki patut rasakan saat ini ketika wanita kesayangan mereka menjadi ikatan milik mereka sementara sebelum menjadi hak milik kekal

Tengku Shah sengaja menggunakan alasan kepada Tengku Jamila bahawa dia tidak mahu melihat bakal tunangnya kerana takut tergoda padahal hagi tengah resah memikirkan Emelia di rumah entah sedang menangis atau berduka sendiri itu

Ye pertunangan  ini direstui oleh Emelia kerana katanya pilihan mama Tengku Shah tak baik jika di bantah , nak pula itu mama Tengku Shah dan tengku shah adalah anak lelaki

"Tak apa..sayang izinkan abang kahwin dengan Tasya kalau tu yang mama abang nak , sayang tahu sayang ni bukan isteri pilihan abang atau mama abang jadi rasanya sayang tak ada hak nak menghalang pilihan mama abang" kata Emelia dengan suara yang rendah dan mesti saja Tengku Shah tahu dia akan menangis nanti namun sengaja dia kuatkan diri

"Sayang...please abang tak boleh , abang tak boleh nak kahwin dengan perempuan yang bukan pilihan abang  and sayang silap kalau sayang bukan pilihan abang takkan abang senang2 nak peristerikan sayang" kata Tengku Shah sambil menggenggam tangan Emelia itu

"Abang...tolonglah..kali ni je dengar cakap mama abang , kalau itu boleh buat dia bahagia...bila lagi abang nak balas jasa mama abang , abang sekurang kurangnya masih ada peluang untuk balas jasa mama abang  , tengok sayang tak sempat pun nak ucap terima kasih dengan mama dan papa sayang" kata Emelia sebak terkenangkan orang tuanya yang sudah tiada

Tubuh Emelia ditarik kedalam pelukan Tengku Shah

"Kenapa cakap macam ni , sayang kan dah ada abang yang akan selalu ada untuk sayang" kata Tengku Shah

"Tak apalah..kalau tu yang sayang nak , tapi ingat abang buat ini semua sebab sayang yang suruh jangan persoalkan nanti ye , abang tak boleh janji yang abang akan berlaku adil sebab abang tahu yang mana abang sayang dan yang mana abang tak suka" kata Tengku Shah dengan tegas

Emelia diam dan tubuh Tengku Shah dipeluk erat seakan akan itu adalah kali terakhir Tengku Shah menjadi miliknya seorang

"Mel sayang abang dunia akhirat Mel" kata Emelia tiba2

Tengku Shah mengeluh kerana dia juga begitu sayang pada Emelia namun dia juga turut takut akan melukakan hati mamanya pasal perkahwinan rahsianya ini

"Abang sayang Mel selamanya , dan hanya Mel seorang sahaja isteri yang paling abang sayang takkan ada gantinya" kata Tengku Shah dan mencium ubun2 Emelia

Mr.Bad Guy✔Where stories live. Discover now