Bab 10

63.7K 1.4K 53
                                    

Emelia termenung di balkoni rumah itu sambil memikirkan tentang Tengku Shah

Ya dari semalam lagi tengku Shah tak pulang sejak dia marah Emelia menolak dirinya

Emelia yang marah menyerabutkan rambutnya

"Salah ke apa yang aku buat , aku ni cuma perempuan simpanan dia memang la dia marah sebab aku tolak permintaan dia semalam" bebel Emelia sendiri

Tengah membebel sendiri tiba2 pintu rumah di buka oleh Tengku Shah , emelia yang melihat tengku shah berjalan masuk ke dalam rumah itu terus berlari dan mendapatkan tengku Shah

Dapat Emelia bau minum keras pada  badan tengku Shah yang sangat kuat baunya

"Awak pergi mana semalam , kenapa tak balik?" Tanya Emelia dengan perlahan

Tengku Shah yang kelihatan serabai macam badboy itu memandang Emelia

"Aku pergi pilih perempuan yang macam kau untuk lepaskan apa yang aku nak semalam , kalau kau tak nak banyak lagi perempuan dekat luar tu yang nak layan aku" kata Tengku Shah dan berjalan masuk ke biliknya

Emelia berasa sangat kecil hati apabila Tengku kata begitu pada dirinya

Lama Emelia menunggu Tengku Shah keluar dari bilik , sedang Emelia menonton TV Tengku Shah keluar dengan berpakaian seluar pendek dan tshirt putih dan tanpa memandang Emelia Tengku Shah berjalan ke dapur

Emelia memerhatikan Tengku Shah yang mengeluarkan sekotak susu dari peti sejuk dan menuangnya ke dalam gelas , Tengku Shah langsung tak pandang sarapan yang Emelia masak di atas meja makan itu

"Awak tak makan ke?" Tanya Emelia

Tengku Shah menjeling Emelia ketika berlalu masuk semula ke biliknya

Emelia mengeluh dan memandang semula kaca TV itu namun kini dia tidak lagi melayan drama yang sedang bermain di tv namun sibuk melayan perasaannya yang sakit

Tengah hari itu Tengku Shah duduk di ruang tamu dan menonton siaran yang diminatinya

Tu pun dia keluar selepas dia dengar Emelia masuk ke dalam bilik , sebab terlalu marah jadi tak sudi nak duduk dengan Emelia

Emelia yang baru keluar semula dari bilik itu melihat dari belakang Tengku Shah sedang menonton TV

Dia dengan takut menghampiri Tengku Shah lalu duduk di sebelah Tengku Shah

"Awak fahamkan kenapa saya tak nak bagi apa yang awak nak semalam?" Tanya Emelia

Namun Tengku Shah tetap diam dan memandang TV

Emelia juga turut diam dan menunduk memandang lantai

"Aku akan jual balik kau dekat kris" kata Tengku Shah

Emelia yang terkejut memandang Tengku Shah

"Awak...please jangan buat saya macam ni...saya tak nak duduk dekat tempat tu lagi.." pinta Emelia sambil menangis

"Aku tak kira aku tetap akan jual kau balik , lagipun buat apa aku simpan perempuan yang tak boleh aku guna " kata Tengku Shah

"Saya tak bagi sebab awak dengan saya bukan muhrim , mana awak boleh sentuh sesuka hati awak" kata Emelia

"Habis yang dulu dekat kelab kau sentuh ramai lelaki kau tak pula fikir pasal muhrim" sindir Tengku Shah

"Saya tak pernah sentuh diorang , diorang yang pegang tangan saya tu pun hanya sekadar pegang tangan tapi saya masih tak rela , apa yang saya boleh buat dah kalau saya kena paksa buat semua benda tu " terang Emelia

Tengku Shah diam sebentar

"Kau pasti hanya tangan?" Tanya Tengku Shah

"Ye..hanya tangan" kata Emelia

"Baik..kalau kau cakap macam tu , aku akan kahwin dengan kau tapi ingat kalau aku tahu kau bukan anak dara lagi..siap kau aku kerjakan" ugut Tengku Shah dan bangkit lalu berjalan pergi

Emelia diruang tamu itu mengeluh dan mengenangkan nasibnya selepas dia menjadi isteri Tengku Shah nanti

Mr.Bad Guy✔Where stories live. Discover now